Friday, March 2, 2012

The Telekung Project




Pernah dengar tentang The Telekung Project ?

The Telekung Project adalah satu usaha murni yang telah diasaskan oleh Puan Norazila Abdul Aziz.
Asalnya bermula dari rungutan daripada anaknya, sofea 7 tahun yang yang mempersoalkan kenapa telekung wakaf  di surau-surau pusat membeli belah selalu kotor dan masam. Beliau bertekad untuk terus membawa pulang tekelung yang kotor untuk di basuh di rumah.

Usahanya tidak berhenti begitu sahaja. Beliau berusaha untuk menjadikkan ianya sebagai satu projek yang boleh dilakukan oleh wanita muslim yang lain. Usaha nya sangat murni, ini kerana secara tidak langsung menyedarkan ramai wanita untuk sama-sama berbuat kebaikan.

Ok, sedar atau tidak kenyataan nya memang betul. Kalau kita pergi kat surau public macam RnR (ada yg bersih sgt mcm RnR Pagoh arah selatan), pusat membeli belah, petronas (horror biasanya) etc, normally telekung sangat lembab dan kotor. Bukan kat situ je, kalau pergi surau kat fakulti kat IPTA pun sama aje. Kadang-kadang yang tak ada kesedaran siap buang sampah makanan dalam surau. Kalau kat office tu jarang lah, sebab ramai yang bawa telekung sendiri.

So, usaha puan azila ni sangat murni dan membuka mata aku lah personally!

Kenapa tidak kita juga mulakan, dari merungut aja kan bila nak pakai kotor dan lembab. Solat pun cepat-cepat dan tak khusyu' sebab tak selesa! Kita mulakan dari komuniti yang kecil dan tempat yang kecil.


Banyak yang boleh kita buat antaranya menyumbang wang untuk project ini dan mewakafkan telekung.

Personally berita ni dah tersiar di sisipan MEGA bertarikh 28 Februari. Tapi masa tu aku tak ambik endah sangat. Masa breakfast 29 Februari aku alas kan untuk makan pagi. Then baca lah berita ni. Bila terbaca tentang perkongsian Puan Azila mengenai seorang penderma yang menderma sebanyak RM15 setiap bulan walaupun dia hanyalah seorang pengutip sampah di Bandaraya Kuala Lumpur. Padahal dia adalah lepasan IPTA! Pekerjaan itu dilakukan bagi menolong bapanya yang telah melakukan pekerjaan itu sekian lama.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Puan Azila berkenaan wanita tersebut, gerak hati aku menyatakan yang aku kenal wanita tersebut. Dia adalah kawan satu sekolah masa kat Teknik. satu dorm, satu tempat prep dan duduk sebelah meja aku time prep. Kalau tak silap dia ada Master. tapi tak tahulah kalau dia dah sambung PHD.Aku pernah terbaca status kat FB dia tentang the telekung project ni. Tapi tak ambil pusing sangat, sebab baca sekali lalu. Then pernah terbaca status dia berkenaan penghinaan yang diberikan kepadanya disebabkan pekerjaanya sebagai pengutip sampah. Tapi masa baca tu aku rasa dia sekadar bergurau. Sekarang aku cari dia kat FB dah deactivated kot FB dia. 







Boleh follow garis panduan untuk project ini



p/s: Jom join usaha murni ni. kita pun bukan banyak sangat pahala nak bawa ke akhirat kan. Tu belum tolak dosa mengumpat, lalai etc <------ NOTE TO SELF. Sharing is caring....



2 comments:

Latifah said...

Salam.
Hai Miza comel.
Jumpa kat blog pula ^^
*ko kenal aku lagi tak? kikiki~~

Dari sudut Hati kecilku said...

wasalam

hi tipah..
adpiiii, camne boleh terjumpa kat blog ni. sorry babe, nasib tak mention nama ko ok....:-)