Sunday, April 22, 2012

hari yang dramatik



Hari yang sangat dramatik. Agak lah merubah mood. Masuk ke kelas dengan lecturer yang bad mood.
Mungkin juga disebabkan aktiviti semalam yang menyebabkan dia rasa penat. Kemudian mendegar bebelan secara tiba-tiba. Mulalah kata-kata yang mengugkit. Biasalah manusia bila marah, semua pun dia nak keluarkan. Walaupun tanpa sedar ianya menyakitkan hati yang mendengar. Benarlah kata-kata ini " Menunggu adalah satu perkara yang sangat membosankan dalam hidup". Bila mood dia dah ok semula, sebenarnya dia adalah lecturer yang bagus. Cumanya, dia adalah manusia yang " ada ubi ada batas, ada hari aku balas". Ahaks..bahaya tu. Ingatan supaya berhati-hati buat diri sendiri.

Aku sangka langit sentiasa cerah. Aku sangka aku wanita yang happy dan tak mudah kecik hati. Ye, aku belajar lama untuk menjadi seperti hari ini. Aku gembira dengan kehidupan yang aku lalui sekarang. Tapi kenyataanya aku tetap seorang wanita biasa punya hati yang mudah tersentuh. Dah lama tak menangis disebabkan manusia. Puncanya hanya disebabkan sekeping gambar yang menjadi perbalahan antara sepasang bakal suami isteri yang juga kawan sendiri.

Akupun menjadi tersentuh bila si kawan mengeluarkan' kata-kata' tu' berulang kali. Padahal sebelum ni aku memang tersangat okay. Tapi disebabkan oleh kerana melibatkan relationship orang lain, aku rasa kecik hati. Bab-bab relationship ni aku sensitive sikit. Tak tahu kenapa. Gambar tu hanyalah sekeping gambar yang bukan sensor pun. Gurauan antara kawan-kawan. Sebelum ni okay aja, tapi sekarang dah berubah.

Bila bercakap dengan Kak Z aku tiba-tiba menangis betul-betul. Memang tak boleh nak simpan lama-lama.  Munguks je ingat balik. Pergilah aku ke toilet sebab tersegan sendiri. Bila keluar je Si kawan datang minta maaf. Time ni si kawan dah start menangis sama. Dahlah diri pun baru lepas nangis, boleh pulak si kawan ni menangis sama. Drama sungguh keadaan waktu tu.

Aku pun lupa, si kawan dalam tempoh mempersiapkan diri sebagai isteri. Si bakal suami ni tiba-tiba je berubah menjadi seorang yang mengongkong. Padahal sebelum ini si bakal suami sangat lah sporting.  Sekeping gambar sahaja boleh menjadi issue untuk berbalah. Si kawan mungkin stress dengan perubahan bakal suami. Tanpa disangka dia terkeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya yang harus dilapik-lapik pada kawan sendiri.

Haih, sensitif sungguh aku ni. Patutnya tak payah lah ambik port sangat. Orang tengah stress memang macam tu. Patutnya aku lebih memahami kot. Bukan sama-sama nak berdrama. Atleast diri belajar sesuatu.

Tapi kadang-kadang bila kita selalu yang nak faham orang, tapi orang tak cuba nak faham kita pun susah jugak kan? It's life. Penat ke tak penat.suka ke tak suka..kenalah tempuh juga. 

Chill up!

*____*







No comments: