Monday, April 30, 2012

Hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan


Ehem....

Padahal akuni banyak gila assignment. Menyempat kan bukak blog. Kata grouping, so bukan satu kepala je kot yang memikir. Tapi wajib kena push, kalau tak mahu tak jalan. Akupun kena orang push jugak, kalau tak macam nilah..sempat lagi online kan. 

Dah masuk bulan May, maknanya sebulan ni je lah nak pulun semua. Sebabnya next month dah final exam. Lepas tu dengan kerja kat office, kursus, mudahan-mudahan tak selalu travel lah. Haih, aku awal-awal lagi dah declare kat bos baru aku (bos aku cantik), yang aku belajar lagi. So tak adalah nak bagi aku kerja banyak-banyak (hahaha, taktik je lebih).

Semalam aku gigih google siapa yang jadi husband Peeja. Yelah selalu dia adress as Dot Dot je kat blog dia. Gigih mak google tau lepas nampak dia tweet pic suami dia. Sebab aku rasa macam kenal base on dia punya entry dia previous year. Aku punya gigih google tu sampai bukak kat wall FB mak peeja, Aunty Nani. Wah, tekaan tak silap. Betullah, Ben lah  rupanya dot dot. Which mean ex-bf dia (kalau baca blog dia, tahulah kronologinya gimana) dan now suami dia. Gila saiko tau kau ni Peeja. Ingatkan siapa, rupanya Ben! Patutlah aku terperasan kau tak pernah buang semua entry kau pasal Ben yang kau tulis bertahun tu. Rupanya orang yang sama.Pelik gak aku. Happy lah untuk kau. Selamat pengantin baru Peej, moga bahagia hingga ke Jannah. tengah fikir apa nak bagi kat kau ni. Sebab dah janji. Yang penting aku nak beli Tabita dulu dengan kau. Stok nak habis dah.

Okay habis cerita kahwin blogger yang famous nih.

--------------------------------------------------------------



Pinjam kat Library!


Haritu pergi PSZ. Nak pinjam buku lain konon, sebab kena buat  traffic punya journal. 
Tapi sebab aku tak jumpa rack (pemalas gila tengok kod kat pc) kat mana rack tu, padahal Aju dah cakap. Terus aku pinjam buku lain.Sekarang tengah memikir, macamana nak cari satu mekanisma yang sesuai untuk aku habiskan baca buku ni. Buku yang aku beli dulu-dulu pun tak habis baca. Tapi sebab ni buku pinjam, wajiblah baca kan. Ada kemungkinan, aku pulang dan pinjam balik ni.

Aku ni jarang baca buku omputih ni. Tapi masa aku belek-belek buku Delirium ni, aku rasa macam best. Especially bila buka je buku ni, 1st page tulis macam ni ;-

"They say that the cure for love will make me happy and safe forever. And i've believed them.Until now.Now everything has changed. Now i'd rather be infected with love for the tiniest sliver of second than live a hundred years suffocated by a lie."

Ehem...sesuai ni . Sesuai untuk orang macam aku baca ni. 

Moga aku tabah lah nak perabih kan buku-buku ni.

Patutnya kan aku rasa, haritu siapa yang pergi #Bersih pergi sekali Pesta Buku kat PWTC eh? cer bayangkan dari puluh-puluh ribu tu, 10 orang tiap satu beli buku. Kan ke bagus. Kalau aku orang sponsor free pergi KL untuk purpose #Bersih ni, aku pergilah juga sebab free. Pastu aku menyelinaplah pergi Pesta Buku tu. Lagi elok kot dari sesak-sesak tu. 

So, Marilah membaca buku ! Dannn aku suka kot dengan orang yang suka baca buku ni...ehem.

------------------------------------------------------------------------------------


Bila jumpa kawan-kawan lama, for sure mesti ada soalan ni;-

" Kau ni bila lagi? "

" Aku tak ada masa lah nak fikir sekarang. Busy gila.Dengan belajar dengan kerja.Tak ada ruang kosong nak isi ruang nak buat majlis kahwin"

Kepoyoaan je aku ni. Ayat penyelamat keadaan.

Nak kata tak ada life, aku rasa still ada life. Bijaklah bahagikan masa. Cuma bila dah menjadi wanita dewasa, dewasa ke? Tak perlu lah kot nak hegeh-hegeh sangat. Ada, adalah. Orang kalau dia nak, dia akan datang juga kat kita. Tapi kalau dia dah tak nak, dah tak suka, kau buat lah macamana pun, dia tetap tak nak jugak (eh, merujuk kat diri sendiri ke ;-p).

Just cool jek. Biasa-biasa jek. Entahlah, aku rasa siapa yang ada pengalaman yang lebih kurang sama, akan berfikiran macam aku juga. 

Lepas tu, ada juga ayat kurang ajar yang aku terima. Sebab diorang ni ingat kitaorang yang dah seusia aku ni  macam desperate pulak.

" alah, just for fun je. Bukan untuk kahwin pun"

Kurang ajar okay. Sangat kurang ajar! First sebab tak respect langung bini sendiri. Second tak hormat aku sebagai perempuan dan jangan pandang perempuan tu semua sama! 

Okay, ini pandangan aku jek. Orang lain aku tak tahu.

Tak apalah, aku anggap itu semua ujian bila kita ni nak buat benda baik dan dugaan sebelum kita ni temui kebahagiaan yang kita impikan. Ewah. ..Dah macam dalam drama pulak aku rasa kehidupan ni. Susah woo jadi wanita dewasa ni. Banyak benda yang kita kena jaga...banyak benda juga yang kena face.

Eh, aku dah lama mencatat ni. Times Up! 




No comments: