Tuesday, April 24, 2012

Impian Kecil!



Actually penat menaip Biz proposal (project assg). Dah macam orang gila kuasa pun ye aku ni. Sesuka hati bahagikan tugas. Sebabnya ada dua project assg. untuk subjek entrepreneur ni. Tapi kalau tak buat, nanti study week nak pulun semua..tidak ler sanggup nak menghadap. Tapi semua ahli group pun okay je dengan pembahagian nama-nama untuk tugasan yang aku sendiri list tanpa berbincang..Subject ni harus dapat A+ untuk cover subjek lain yang super mencabar.

Tadi lapar, aku malas nak masak walau teringin nak makan ketam masak cili api + bubur durian kacang hijau. Mestilah nak masak. Tapi mood nak masak tak berapa nak ada. Simpan dulu, walau pergi KipMart macam teruja dengan bau durian (aku tak minat pun) tetibe je craving. eh? pendekkan cerita pergi je lah kedai kat Kip Avenue beli maggi. Dasar pemalas. Lepas tu terpandang satu mesin jahit lama kat kedai aunty yang jual barang-barang sembahyang India. RM 250! Murah okay. Walau second hand lah.



pattern lama pun guna kaki jek


aunty tu cakap mesin dia elok lagi. Aku pandai guna kaki je. Yang karen punya tak reti sangat (tapi boleh belajar). Aku tak adalah reti sangat menjahit. Takat jahit sembat tu aku reti lah.  So kalau nak alter baju, selalu berangan nak jahit sendiri. Last-last mak aku yang jahit kan..Ada trick, mula-mula jahit skit jek. Lepas tu macam tak kemas je aku jahit, panggil mak aku tolong jahitkan bagi kemas. Lepas tu smapai ke sudah. Nge nge...That why sayang mak lebih-lebih.:-p

Jahit baju kurung je dah mahal sekarang. Kalau kat bandar ni RM 40.00. Kat kampung cuma RM 18.00. Kebaya/baju fashion baru RM 25.00 je kat kampung. 

So my wishes after habis belajar adalah ikut kelas jahit dengan betul. Haritu dah call MARA. Diorang buat wekend je. Sebulan bayar RM 50.00 jek selama 6 bulan. Gila murah! Tunggu aku habis belajar lah nampaknya. Lepas tu ingat nak join kelas jahit manik dengan nora manik.  Tiap kali dia buat bengkel kat Jb, dia akan call. Tapinya wekend kan aku ada kelas. Susahlah nak join. Walaupun aku ni retilah jahit, walau tak adalah expert sangat macam diorang ni..atleast skill yang mungkin berbeza dapat belajar. Normally aku belajar thru buku Rosita Jaafar, blog-blog je. Tak pun tengok kat butik, snap dan buat sendiri. Kreatif lah sikit.

Satu lagi.....Baking Class!

Ni pun aku belajar ikut resepi dalam blog jek.  Takpun tengok You Tube banyak jek pun. Takpun tanya kat orang yang pandai buat kek. Lepas tu kalau beli bahan-bahan buat kek kat kedai tu, diorang kat sana biasanya tak lokek bagi petua dan resepi. Itu je lah yang aku belajar. 

Oleh kerana hanya amature, kadang-kadang menjadi kadang-kadang bantat. Kalau bantat tu time aku tak ikhlas lah. Penat, lepas tu terpaksa buat..jadilah tak ikhlas. Dan juga.....baking course ni pun wekend..jadinya habis belajar lah aku boleh follow kelas-kelas berbayar ni. Nak mantapkan lagi skill.

Tu je lah impian kecil aku. A.tleast lepas habis degree ni, masa aku tak adalah terbuang macam tu aja. Ada something lah yang aku nak buat selain impian nak sambung Master (degree pun tak habis lagi).

Panjang dah nih...

..Ameen...





No comments: