Tuesday, April 3, 2012

Kenapa awek zaman sekarang perut buncit



Malam dah larut. Tapi aku belum ada rancangan nak tidur lagi.

Fokus terganggu sebab malam-malam buta allergic satu badan. Minda sedang memikir apakah yang aku makan tadi.

Sebenarnya aku dah buat planning dengan kak in's untuk bertapa study Analysis Structure (even rumah lain-lain). Nasib banyak sudah application sosial macam whatsup ke kan. So tak faham boleh busy body. Lagi tak faham, sms lagi nak terang call lah.

Tengah-tengah syok study (sangat lah kan), syuk sms tanya pasal apa yang keluar masa test sabtu ni. Mestilah debo sebab killer subject. Melayang-melayang je nak ingat formula yang banyak. Next week lagi best, Design Steel. Sila lah gunakan kepakaran otak untuk simpan semua formula, jalan kerja etc.

" eh, kau tak catit ke apa yang keluar?" 

"kau ada, aku harapkan kau lah"

" Kurang hasam.Take for granted"

"Za, ko tak ada hati ke nak ajar aku?"

" Hahaha. entah-entah ko yang ajar aku. Boleh je. Tapi aku nak pengerasnya Mcd King"

Lepas tu aku kena sekolah kan...

"Za, ko tau tak nape awek zaman sekarang perut buncit?Sebab suka makan fast food lah. Dulu time sekolah mana ada sangat fast food ni. Tu yang dulu semua slim"

Time ni aku baca message dia dengan berdekah-dekah ketawa. Hilang ilmu aku.

" Kurang ajar kau kan. Kalau tak nak belanja cakap jelah."

"Oit, setakat ko nak makan-makan tak da hal lah . Dah, cepat bila nak ajar aku ni"

So aku rasa, haruslah aku bersengkang mata study (walau tak teror lah) kan. Nanti dia pulak ajar aku. Terbalik suda. McD King tu mana ada. Burger king aku tak suka. Saja aku letak. Tak terasa pun nak makan. Saja je. ....Tapi kalau orang baik hati nak belanja, aku ok je walau sedar berat badan dah bertambah dah ni. ahaks....








2 comments:

mukapelik said...

Study Civil Eng?? Nice! Good Luck!

Dari sudut Hati kecilku said...

ye darling,...
tak habis lagi ni :)