Sunday, April 8, 2012

Mabruk



Hari ni kawan aku punya majlis kahwin. 5 bulan sebelum majlis, awal-awal lagi siap cakap yang aku jadi pengapit dia. Tapi aku sendiri tak bagi kata putus. Nak tolak salah, nak pun terfikir aku ada kelas ke, test ke kan. Almaklumlah, aku kan sekolah lagi. :-p Jadi haruslah tengok mana yang lebih penting. Bila dah dekat, dia siap cakap lagi, pengapit lagi pakai baju hitam. Oh, maknanya aku memang kena jadi pengapit lah ni (cakap dalam hati). Diam...Hanya gelak tanpa jawapan.

Bila harinya, syukur sebab test dah lepas. Pergilah kelas separuh hari atas faktor ini adalah subjek yang susah. Siap-siap pakai baju bling-bling dari awal pagi. Even Kak In's cakap aku ayu (ermm, gi kerja kan pakai baju kurung saya kak), lepas tu Kak Yang toleh dua kali sebab aku pakai scarf senget (fesyen kak). Bila lecturer cakap, "ok, kita rehat setengah jam" hati bersorak sebab boleh cabut kelas tanpa perlu takut-takut dan pura-pura pergi toilet padahal aku dah cabut kelas.

Destinasi adalah Pontian. Antara daerah yang aku suka pergi kat Johor ni. So, aku macam rasa aku master lah jalan Pontian ni. Tapi bila sampai kat Kayu Ara Pasong, aku rasa macam lost kat Parit Sikom. Time nilah baru nak call Ekin. Lepas tu baru nak tengok map. Kalau berlagak sangat memang macam ni, tuhan tu uji kita balik. Jadi aku turunkan level master tu pada degree je lah. ahaks..




The reason why suka orang Jawa Dan Bugis.....sebab tak lokek makanan!
Pergilah kenduri-kendara orang Jawa dan Bugis....memang tak lokek menjamu tetamu...
Orang Melayu pun baik hati jugak :)






Atas pelaminan pengapit boleh siap buat 'peace yo' lagi..Ketara double chin.Aku memang gemok skrg. Fine.
Pengantin perempuan siap bagi arahan " Tu, kawan akak yg baju hijau jangan lupa bagi goodies!"
Pengapit lelaki siap cakap " control bang. Ko dah peluh-peluh tu"







Paling best jadi pengapit sebab boleh makan sebelah pengantin kat meja makan.
Boleh makan tembikai yang diukir-ukir..Boleh makan udang yang berdiri-diri...sotong yang disumbat-sumbat
Padahal pengantin makan sikit jek. Pengapit lupa sebenarnya tugasnya kena tolong pengantin ambik lauk!





Barakallahulakuma wabarokah Nizam & Lela...:)
Semoga bahagia hingga ke syurga Insha Allah...




Macam cantik je props ni. So macam biasa lah aku ni kan..
Enterframe lah kan...



Bila dah biasa pergi majlis kahwin orang lain, diri sendiri cuma berharap agar kalaulah masanya tiba untuk diri sendiri nanti, biarlah majlis yang besederhana dan ikut syariat je (kalau boleh). Kehidupan lepas kahwin tu yang lebih penting. Bila tengok orang lain bahagia hingga final step menjadi yang halal, diri cuma berharap agar mendapat pasangan yang soleh dan mampu membimbing ke jalan Allah. Tapi diri sendiri pun bukanlah solehah. Oleh itu, diri sendiri haruslah belajar dan terus belajar untuk mencari ilmu Itu. Istiqamah ya!


Lepas ni, ada lagi job 'pengapit' lagi. Nak gelak pun ada bila declare as 'job'. Hanyalah untuk 'please' kawan-kawan.  Walaupun ada yang cakap, "kalau jadi pengapit, nanti lambat kahwin". Tapi sebenarnya, jodoh tu kan ditentukan Allah. Tak kiralah kau jadi pengapit ke tak. Lambat atau cepat, jodoh tu tetap ada. Mungkin belum sampai waktunya lagi. DIA tahu apa yang terbaik buat kita  :)



~miza~


2 comments:

bebeldotsorang said...

wah dpt jadi pengapit..bestnya hehe

Dari sudut Hati kecilku said...

hehehhe..xdlah
tolong kawan2 je