Friday, April 20, 2012

Our Friendship!



Okay, finally aku rajin nak menulis lagi. Selagi memori masih kuat dan jari masih dan gemar nak menaip.

Hari kedua aku nak tidur rumah Zam's. Planning asal konon nak masak sama-sama. Tak nak makan luar. Lepas balik dari office aku singgah Jalan TAR yang memang dekat gila dengan office aku lah kan. Wajib kot datang KL pergi Jalan TAR ni cari latest tudung/shawl. Aku lah, orang lain aku tak tahu. Kebetulan aku nak crai baju bling-bling untuk jadi pengapit Alin nanti. Seriuosly dah sampai rumah aku menyesal okay, sebabnya size tu tersangat besar. Shud be aku stick je dengan size 36 tu. Now dah terasa menyesal, wajiblah kecik kan baju tu. Padan muka sendiri.

Memang tak boring lah aku 'ukur site kedai ni' walau pun jalan sorang-sorang. I okay jek. Tiba-tiba je aku ternampak satu awek membonceng satu motor tak ingat brand lalu betul-betul depan aku dan jerit 
" woi....oooooooo!!!!" Aku terkasima okay. Then just berdiri tegak dengan muka gelabah dan cuma lambaikan tangan dan cakap "haiii". Seriously tak terjangka terjumpa kat tempat yang macam ni. Lepas beli cendol kat depan Nobel Hotel aku jalan lagi kat depan. Tiba-tiba je perempuan tadi kejar (berjalan sebenarnya) aku "ooooo,..datang KL tak nak bagi tahu aku. Mana ko nak lari" Time ni dah macam budak-budak sebab lari-lari. Munguks jek. Serius macam lawak okay. Nasib orang-orang kat situ semua aku tak kenal.

Yeeee...aku terserempak dengan As yang nak pergi ukur site kat KFC jalan TAR. Mana nak jangka dia pergi sini naik motor jek. Akupun datang KL senyap-senyap je. Padahal dia banyak kali peringat kat aku kalau datang KL bagitahu dia. Akupun kononlah tak nak kecoh-kecoh kat tweet ke kan, last-last kantoi kat sini. Cehhh. As ajak pergi rumah dia lepas dia habis kerja dia kat Jalan TAR. Sementara dia habis kerja aku sambung lagi window shopping kat SOGO. Eh bukan SOGO je kot, siap PERTAMA dengan Maju Junction sekali aku pergi. Semata-mata nak cari perfume.

Lepas tu aku ikut As balik rumah dia kat Sentul. Baru aku tahu, dekat gila rumah dia dengan office aku ni by LRT. Next time aku lepak je kat rumah dia kan senang kalau datang KL ni. Lepas maghrib barulah bertolak ke rumah Zam's. Merasalah naik 'preve' baru As. nge nge...Oh, As ni schoolmate merangkap dormate merangkap teman sekatil double decker masa hostel dulu. Kawan gossip ler. Even sampai sekarang still keep in touch. Alah, nowday kan dah senang. Whatsup ada..Twitter ada. Ada benda nak borak kan, guna je medium foc ni. Kan kan....






Rumah Zam sangat besar. Memang selesa sangat.
Aku teruja dengan decor rumah dia ni. Sebab simple tapi nampak elegant. 
Everything dalam rumah ni sangat canggih. Aku memnag check lah semua yang ada. Nampak sangat jakun kan. Tak lah, atleast ada idea bila ada rumah sendiri nanti. Insha Allah. Sampai As cakap
"nanti aku bawa kau gi show house decor..takpun kat tempat kitchen ke"
overan okayyy.....

P/s: nanti wedding kau, aku nak carik something y cute-cute kat Romantika/IKEA ke.since semua barang elektrik kau dah ada kan....




: Taken via Instagram!

kitaorang satu sekolah teknik..
masih keep in touch sampai sekarang..Alhamdulillah.
btw, rumah dia banyak gila cermin....



:Taken via instagram!

me: As : Sizuka
Sizuka ni housemate As which is kawan twitter aku. Then jumpa kat rumah dia...

ngada-ngada nak tulis ni;-
T-shirt : Own zam's (tapi dh bagi kat aku)
Sandal : Own Zam's. Nasib size kaki sama...





: taken via Instagram!

Laman dia cantik sangat..teruja aku tengok.
dengki lagi siap pijak-pijak rumput dia, padahal ada cctv memerhati gerak -geri aku yang memijak-mijak rumput rumah dia ni...





she really really skinny!
Tapi  she perasan dah berisi...memang tak lah okay...
aku je yang makin gemok..


Ni kat Uptown Seksyen 24 Shah Alam.Tempat ni lagi cantik lah banyak sikit dari Danau Kota.Bukan cantik apa, tersusun kot. Kalau kat Danau Kota tu kat area rumah orang kan. Then masa makan aku kepelikkan tengok ramai sangat pakai baju kaler merah.Oh baru perasan PKNS vs Lion apantah. Kagum sungguh aku tengok semangat fan Selangor ni. Tabik spring lah. Sebab kat Johor memang tak pernah aku jumpa macam tu. Ke aku yang jarang keluar rumah malam aku tak tahu lah kan..Tapi aku memang kagum ah dengan fan Selangor ni.

Next time boleh datang lagi rumah Zam. Tapi nak dia masak. Maybe time tu tittle dia dah berubah lah. Someone wifey kan kan...

Aku ni senang berkawan dengan orang. Tapi kalau bab-bab nak bergosip hal personal, rasanya aku jenis memilih dengan siapa aku nak bercerita. So dua orang wanita ni adalah yang selalu aku menggosip esp zam's lah kan. Tulah gunanya ada whatsup. Hahahaha, poyo. Padahal dulu text okay jek.

Ah, tetibe je rasa macam best kalau kerja kat Klang Valley. Sebab sebenarnya kawan-kawan sangat ramai kat sini. Tapi untuk lebih tenang dan tak terkejar-kejar, aku prefer JB! Tak kisahlah orang cakap JB ni bosan dan tak ada life, aku rasa okay jek kalau dari segi ketenangan dan keselesaan. hahaha...poyo je aku ni.


P/s: Sebenarnya baru aku perasan aku ni banyak assg + Project assg tak siap..Gila ahh. Nama je grouping...aku tak suka grouping ni. Sebabnya sama je macam kau buat sorang.  Pastu nanti nak pulun time study week. Tak nak okay....





2 comments:

Asrida said...

zam dok kat mana? kawin dah ke dia eks? heheheh... menyibuk je aku nih.. ;p

zyla said...

HEHEHE
miza : thanks for coming
sorry for the unprepared dinner
x yah nak up sangat yer
yang penting we are as we are

asrida : aku dok kat klang
going to get married soon.. :)