Friday, April 13, 2012

R n R



Haritu aku singgah R n R Pagoh . Masa tu singgah nak jamak solat. Bila kat changing room ni, tiba-tiba ada satu makcik propel ni masuk sekali nak pakai tudung. Mula-mula aku just senyum. Lepas tu dia tegur aku;

" Nak balik mana?"

" Balik Jb"
Makcik propel tu tercengang-cengang...Then baru aku perasan..erk

" Nak balik Johor Cik"

Normally orang Johor especially orang lama-lama dan kalau yang duduk kat daerah, memang panggil JB as Johor. aku dulu kecik-kecik pun tak reti nak sebut JB. Aku sebut Johor. Tapi bila dah kerja kat JB, baru aku reti sebut JB. ngeh ngeh....sorry makcik, men-confuse kan makcik....

" Belajar lagi ke?"

Ngeh ngeh..time ni confuse nak bagi jawapan. Tapi mesti makcik ni perasan aku ni macam student kan. lepas tu mesti acik ni tengok aku macam muda-muda je lagi kan. Ngeh ngeh (perasan)....Tapi oleh kerana malas nak panjang cerita aku jawab je macam ni;

" ha ah cik..belajar lagi"

eh tak tipu..sebab memang aku kan sekolah lagi.

"lama lagi nak habis belajar?"

Mesti time ni dia rasa aku macam confuse-confuse je nak bagi jawapan.

" tahun depan insha Allah cik"

"Baguslah"....
ngeh ngeh....Sebab malas nak cerita panjang.

Then borak lah pasal kebetulan ada pokok kat depan R n R tu kena potong. Acik ni cerita yang pokok tu kena potong sebab nak buat tempat ice-cream. Aku rasa Baskin Robbin tak pun Cool Blog. Tapi Cool Blog bukan ice-cream!

Lepas tu dia cerita lah, bagus dan tak bagus nya pokok ni dipotong. yang bagusnya kata dia sebab tak banyak daun yang dia kena sapu, sebab yang daun kecik-kecik tu lah susah nak bagi bersih. yang tak bagusnya sebab panas. Tapi kat situ petang-petang banyak burung suka hinggap. 

Lepas tu aku puji lah makcik ni sebab R n R Pagoh ni memang bersih kalau dibandingkan dengan R n R yang lain arah selatan ni. Tapi aku puji memang ikhlas memang tak bedek lah. Especially telekung dan toilet. Makcik tu sungguh-sungguh cerita setiap hari apa telekung tu ditukar. Toilet berapa kali sehari cuci. Then sungguh-sungguh dia ucap terima kasih sebab aku puji surau dan Toilet dekat sini bersih. Sebab katanya diaorang selalu kena tegur dengan pihak pengurusan tak puas hati. Tapi pada aku, biasalah sebab pihak majikan ni biasanya expect lebih sebab ada pihak lagi yang dia nak puas kan hati.

Teringat aku kat KSU lama Kementerian aku. He is very very good person/leader kot. Tapi sayang.tak nak cerita panjang sebab ada politik issue kat situ. Ada satu hari tu meeting dengan bos lama aku (ni bos lama aku cerita). Kat meeting tu dia tanya ;

" Ha, you dari Johor tadi kan. Mesti singgah surau kat R n R. Macamana telekung?"

Bos aku bagi jawapan  macam ni je;

" Ada bau hapak sikit Datuk"

Dan dan je KSU  ni call kawan dia kat PLUS (orang atas lah kan semestinya) bagitau service kat R n R tak bagus. Since that kot, kalau pakai telekung mesti bau wangi. Then surau pun wangi dan bersih. Tapi tengok jugak lah kan R n R mana . 

Aku biasa travel. So bagi aku kalau menghala ke Utara dari Selatan ni R n R yang bersih sikit toiletnya Ayer Keroh, Machap (tapi makan tak best kot banyak lalat), Seremban (kat sini ada Yong Tau foo sedapppp gila). Kalau menghala ke Selatan Seremban, Ayer Keroh lagi dan Pagoh. Itu bagi aku lah. Orang lain aku tak tahu. Kalau belah-belah utara nun, Sg Perak dan Tapah pun not bad..Tapah lah kot cantik gilaaaaa....

Teringat kata-kata Prof.Dr.Muhaya;

" Sebelum kita nak tegur orang, kita kena sayang orang tu dulu. Seebelum kita nak salahkan orang, kita audit balik diri kita. Sebelum kita nak penghargaan orang, tanya diri kita, kita pernah tak ucap penghargaan kat orang lain"



No comments: