Tuesday, April 10, 2012

Surah Al-Quran amalan



Actually take a break study. Boring tak ada sapa nak lawan cakap. So, marilah kita bukak blog.

Sebelum tu, Just nak bagi penerangan sikit tentang blog ni.(tak ada siapa pun nak ambik tahu sebenarnya, aku tahu).Cuma nya sekarang since twitter aku dah boleh di akses oleh kawan-kawan rapat hinggalah ke adik-beradik (oh, dah tak selamat nak merapu), jadi link blog ni hanyalah di twitter. 

Aku ada blog since 2008. Tujuannya adalah suka-suka. Bukan nak gain duit pun. Saje je aku letak. Tengok orang lain buat, aku pun letak. Aku saja nak catat apa yang rasa dalam kehidupan ni. Mungkin tak sepenuhnya. Sebab aku tahu, aku adalah poyo tapi aku comel (tak boleh blah). Yang terlalu private, aku simpan dalam hati, since sejak diary-diary aku sejak darjah 6 dibaca oleh adik aku, aku dah malas nak tulis diary (macamlah dia tak baca blog aku kan). ahaks..lantak..itu je. Ni in case terserempak dengan blog aku ni lah. Saje nak bagi penerangan supaya tak pelik lah kan (tapi aku tak rasa pun ada yg baca blog aku). in case lah terserempak blog poyo aku ni.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lately ni aku feeling something yang lain. Everything. Tapi aku bersyukur sangat. Bila aku dengar satu slot Ustaz Muhammad Abdullah kat ikim, baru aku terperasan. Perjalanan hidup kita ni disusun Allah sangat cantik. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. 

Macam ni, sekitar 2010 kot kalau aku tak silap aku pernah pergi course apantah. Tapi course tu untuk P&P. Sebab aku tak cukup 7 hari course, aku terjerumus lah. Penceramah tu aku dah lupa nama, tapi sangat bagus. Sebabnya, masa tu course untuk personal skill apantah (aku lupa). Then akhir tu dia bagi ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan. Ilmu agama dia bagus. Sebab dia cerita dia meuntut ilmu agama dari beberapa orang kiyai kat Indon. Dia sangat berilmu. Sebab, dari segi penampilan, cara dia bergaul dengan kita, cara dia cakap, topik apa yang dia borak kan biasanya mengambarkan siapa orang tu. 

Make it short, dia suruh amalkan supaya baca surah Al-Waqiah setiap malam dan disambung dengan 3 ayat dari surah Al-talaq supaya rezeki kita tak terputus (ayat seribu dinar). Kemudian dia bagi satu potong ayat Al-Quran pendinding dibaca 7 kali selepas solat subuh dan maghrib (kalau tengok kat Darul Syifa punya website ada). Sampai sekarang aku ingat lagi ilmu ni. Terima kasih Tuan (dah tak ingat nama).

Make it short lagi, Ustaz Muhammad Abdullah cakap kalau kita nak sentiasa jumpa orang yang baik-baik amalkan baca surah Al-Talaq. Cerita Tuan penceramah tu dah lama, tapi hikmah yang Allah nak bagi tu baru sekarang aku perasan. Alhamdulillah. Kemudian, kalau kita ni pemarah orangnya diri kita hendaklah sentiasa berwudhu'.

Sebenarnya Al-Quran ni banyak hikmah kalau betul-betul kita amalkan. Aku ni jahil, jadinya aku baru baca tafsir Al-Quran sampai surah At-Taubah. Nak fahamkan satu muka surat pun berkerut-kerut dahi. Kat masjid rumah aku ni ada belajar tafsir A-Quran setiap malam Selasa. Tapi sebab tak ada perempuan yang pergi, aku seganlah. Kita ni khatam Quran dah banyak kali, tapi makna surah lazim pun aku tak tahu. Seriously, bila baca tafsir Al-Quran banyak benda kecik-kecik yang kita tak perasan/perasan tapi buat-buat tak perasan yang perlu kita ambik berat. banyak cerita dalam Al-Quran. Itupun inisiatif beli tafsir Al-Quran lepas dapat baucer buku. Teruk sangat aku rasa aku ni.

Kak Normah, my classmate. Dia cikgu, selalu pesan kat aku dan Kak In's kalau kitaorang cerita pasal runsing ke apa ke kan. Selalu dia pesan, cuba baca surah Al-Mulk tiap-tiap pagi. Surah tu ada 30 ayat pendek je. Tak banyak masa pun nak baca. Terdiam. Oh, btw kalau baca makna surah tu Ya Allah indahnya syuga tu. ermmm.....

Oh ya, haritu ada seorang anonymous share surah yang biasa Rasullulah amalkan. Terima kasih, mesti dia ni terserempak dengan blog aku. Lepas tu time tu aku tulis tajuk hasad kot,dia shared. Terima kasih ye anonymous. pahala untuk awak kalau orang lain amalkan.:-)

i) Surah Al-Mulk, Dughan, Yasin, Al-Mulk---> Sbg teman dalam kubur

ii) Al-Waqiah ---> Menenangkan hati dan perasaan

Hari tu aku baru khatam Travelog Haji by Profesor Kamil. Malunya, padahal semua orang dah habis baca. Aku baru je khatam. Banyak tips masa mengerjakan haji yang dia bagi. Salah satu yang aku ingat ayat ni

"Rabbi yassir wala tuasir" --> Ya Allah permudahkanlah urusanku, jangan kau susahkan...

ayat ni dibaca time dia betul-betul memohon pertolongan Allah. In between aku baca buku Prof. Kamil, aku ternampak ada yang shared link Prof. Kamil  kat FB. Bila like as fan, aku rasa dia ni hebat. Kalau dalam travelog haji tu, dia ada cerita serba sikit diri dia sebelum ni. Now dia jadi lecturer kat Uni kat Mekah. Sebelum tu, adik aku ada  cerita pasal Prof ni. Tapi masa tu aku buat tak endah je. Bila dia selalu shared picture life dia kat mekah, rasa macam Ya Allah bestnya rumah Allah....sejujurnya bila baca buku dia ni, terbawa-bawa sampai ke mimpi.

Bila dah dipinjamkan usia sampai sekarang ni, aku perasan sesuatu. Mungkin lambat lah kan aku terperasan. Kadang-kadang kita dah berusaha, tapi Allah tu nak tunaikan lambat sangat. Tapi sebenarnya semua yang terjadi dalam hidup kita ni ada hikmah. Sebab tu aku rasa dekat sangat dengan ayat yang aku post dalam dua entry sebelum ni. Yang penting sabar dan yakin dengan Allah.

Finally, saat-saat ni teringat dengan Kak Leeds. Blog dia adalah blog yang mula-mula aku terjumpa dulu masa nak tulis blog. Itupun sebab aku google nama Akim Af7 (time tu fan habis lah kat Akim ni). Aku tak kenal dia pun, suka baca blog dia. Bila dia berubah, aku rasa lain sangat. Dia shared buku apa yang dia baca sekaligus merubah pandangan dia tentang apa yang dia pernah buat sebelum ni. Now, blog pun tak update, FB pun dah tak update, Twitter pun tak bukak (tak tahulah kalau dah delete). Tak mustahil, one day aku pun delete semua yang aku ada kat web sosial.

So, kawan-kawan rapat kalau terbaca...aku ni tak adalah bagus sangat. Masih menimba ilmu lagi. Mesti korang baca macam aku poyo gila kan. So, kalau aku buat silap..tegur. Tapi, aku masih kawan korang yang happy go lucky! korang pernah nampak aku sedih-sedih ke? tak kan. :-).


Kalau ada yang silap..tegur ye...

terbayang-bayang vcd 'forgive me' by Maher Zain. Nak beli ..nak beli. ...hadiah untuk diri sendiri mungkin.

so, nak sambung study lagi...

~miza~




1 comment:

Nads Couture said...

saje blog walking..jumpa pula blog ni..nice blog..so i follow u :)