Thursday, May 3, 2012

Apa yang kita nak, biasanya kita tak akan dapat



Okay tak boleh tidur. Padahal aku sekarang ni pantang letak kepala kat bantal, confirm tidur sampai ke pagi. Padahal niat asal adalah untuk luruskan badan 10 minit macam tu. Tapi berejam sampai pagi.Hahaha..rugi masa aku okay.

Harini kira pack gila aktiviti aku. Ewah, nampak macam senggang je kan sempat tweet-tweet. Almaklumlah android ada di mana-mana. kalau orang pakai BB, mestilah BB dimana-mana. Macam tu jugaklah kan kalau Ipone. Baiklah pendekkan cerita, harini habis kerja terus ke gym ada kelas cardio. Aku jarang miss. Sebabnya cardio ni best. Mungkin juga instructor dia best. Sejam lebih jugak lah. Then jalankan tanggungjawab, mandi-mandi kat gym, bersolek lebih kurang (pakai toner je pun) dan bertolak ke UTM sebab ada group discusion.

Sebenarnya kan, aku terperasan. Sebab aku selalu catat pasal study..study. Hahaha, dan aku perasan orang yang belajar full time tak pernah pun up up kan sangat rutin belajar dia. Boring je aku ni. Err, aku rasa kalau kita dah kerja mesti opposite kot. Ada ker aku selalu cerita pasal kerja aku? Tak kan. (Tanya dan jawab sendiri) *Mata ke atas tangan kat bahu*.

Sebelum tu aku singgah jap petronas sebab lapar. Almaklumlah dah banyak kalori aku buang (wah, padahal aku melantak gak time kerja tadi). Sesampainya kat foyer  FKA (sesuka hati je aku sebut foyer..padahal bilik tu ada nama), diorang ada buat meeting. Aku kan penyegan (mata ke atas, tangan kat bahu again!) segan lah nak masuk sebab diorang tengah meeting. Tapi Shuk cakap masuk je lah. Then for sure dengar lah apa yang diorang meeting kan. Jahat aku ni, dalam hati ni nak gelak. Tapi cepat-cepat bear in mind " i was young before lah. sama je. Dulu pun aku macam tu jugak". Ok, terus tak jadi nak gosip dengan hati sendiri. Nasib tak lama korang meeting dik, kalau tak banyak dah dosa akak ni.

Sambil-sambil buat assignment group ni, Shuk cerita yang dia kena transfer jaga project jalan Segamat-Tangkak. Sebelum ni dia jaga projek khas jalan kat Permas Jaya. Jiwa dia sangat kacau. Sebab ada orang-orang tertentu dapat kat IP Nusajaya. Padahal sepatutnya solid semua kena transfer ke Segamat. Dahlah tengah study lagi. Mahu jiwa tak kacau. Borak pun tak nak. Nasib ada Kirin. Lepas tu decided nak balik KL semula. Wah, sentap mak dengar. Hilang geng bujang aku sorang-sorang. Tapi benda-benda macam ni tak boleh jangka. Akupun ni tengah berjaga-jaga. Sebabnya kalau confirm merge dengan satu department ni, confirm lah aku kena tukar. Dahlah tengah study, memang tak ready aku. Tak kisah nak kena tukar, tapi biarlah aku habiskan study aku dulu. Tak dapat aku bayangkan situasi tu nanti. Fuhhh (lap peluh berjurai-jurai)..

Oleh kerana jiwa Shuk tengah kacau bilau, makanya sepanjang buat assignment Kirin asyik mainkan lagu Opick, Rapuh. Tak boleh blah. Lepas tu dia teringin makan satay Agus. Oklah, kitaorang layankan pergi Taman U. Demi kawan yang tengah jiwa kacau walau aku tengok jam dah pukul 12am. Sesekali bolehlah, selalu memang takkk lah. Lagi-lagi mengenangkan orang tengah berjiwa kacau. 






Tadi dah buang kalori
Now aku tambah kalori lagi dengan makan Roti tisu yang berlemak + Teh Tarik..





bakso yang tak sedap sangat!





Restoran Agus! belakang Restoran Ayub
Siang-siang aku tak perasan pun ada...



Masa nak balik, diorang macam nak stay lama. Rumah aku dah lah jauh. Diorang dekat je kat area-area Taman U je. Then nak pergi parking aku cakap macam ni;

" eh, korang tak nak balik ke? Tak kan aku nak pergi parking sorang-sorang. Kalau ada orang yang culik aku macamana" <----poyo

" Siapa nak culik kau? perasan macam kau cantik lah sangat"

Kuang ajo ok. 

Aku pun berjalan dengan perasaaan, " i'm a super woman". Poyo je lebih, padahal terang benderang kat area tu. Otw, tu aku toleh belakang. Diorang mengekor kat belakang aku.

" kata tak nak balik lagi?"

" kau nak suruh aku tidur kat sini ke? macamlah aku tak kerja kan esok"


Dalam hidup ni kadang-kadang kita akan dapat apa yang kita nak, tapi kita cuma dapat apa yang kita perlukan sahaja. Kadang-kadang kita rasa dunia ni zalim, tapi sebenarnya perancangan Allah tu tersusun indah dan kita tak perasan. Apapun, semoga laluan hidup aku, adik-beradik,orang tua dan kawan-kawan yang baik di sekeliling aku dipermudahkan. Kita pun tak tahu apa yang akan kita lalui pada masa-masa akan datang.


P/S; Tengah memikir siapa aku nak ajak teman pergi wedding Mas sabtu ni. Kirin dengan gf dia. Shuk dengan tunang dia. Yang lain-lain dengan spouse masing-masing. Ni yang tetibe mak rasa macam nak ada  boyfriend (mata ke atas tangan kat bahu )..;-p Tengoklah macamana. Mak ok je lone ranger ni pastu tumpang jadi keluarga orang lain. 





No comments: