Monday, May 28, 2012

Forum Transformasi Mukmin Profesional Dari Mata Ke Hati



Alhamdulillah petang tadi aku sempat menambah ilmu yang masih kontang dalam diri aku. Actually unplanning, sebab aku jangkakan majlis ni minggu sudah. Tapi dalam kelas tadi, lecturer aku dok  peringat. Walaupun sebenanrnya planning aku lepas habis kelas tadi adalah mahu menyiapkan report yang mahu ku langsaikan sebelum final exam.

Ya, Alhamdulillah sebab berkesempatan dan diberi peluang untuk hadir ke Forum Transformasi Mukmin Profesional Dari Mata Ke Hati. Panel sangat hebat. Biasa dengar slot Mukmin profesional dari Ustaz Pahrol dan Islam Itu Indah dari Profesor Dr.Muhaya kat IKIM. Harini jumpa in-person. Pak Haikal seorang motivator dari Indonesia pun sangat best!

Aku walk in je pergi. Oleh kerana tak ada geng perempuan pun, aku pergi je lah sorang. Eh, aku notice something. Nowday aku dah tak kisah kalau aku pergi kursus, meeting, apa-apa event (bergantung) sorang. Dah tak kisah dah pun. Sebab aku fikir, aku mesti jumpa kawan baru. Aku pergi dengan Wan, classmate aku. Oleh kerana dia muslimat, tak kan lah nak duduk sebelah dia kan. Wan lah yang beriya mengajak satu kelas. Kalau borak dengan dia, sememangnya seorang yang sangat islamic kot. Cakap pun positif jek. Aku pernah layan dia ' ceramah' sejam kot. Layankan.

Banyak yang aku belajar. Ye lah aku kan jahil. First sebab sesampainya di sana, mahu register. Tapi aku pergi tempat muslimin. (nampak sangat macam gatal). Tapi serius, aku memang tak perasan perkataan 'pedaftaran muslimin' kat situ. Rabunlah katakan. Mungkin jugak, sebab aku memang tak pernah pergi majlis macam ni. Secondly, pakaian muslimat yang datang memang muslimah habis. Tiba aku datang pakai skirt dan T sahaja. Mula-mula rasa macam segannya. Tapi nasib aku ni jenis tak kisah. Sebab aku memang tak rancang pun nak pergi majlis ni. Kebetulan. Dan kebetulan lagi, pagi tadi aku nak pakai baju lain. Kalau aku jadi pakai, lagilah segan. Tiba-tiba hati suruh tukar baju. 

Wan siap cakap kat aku " Eh, tak apalah. Slow-slow. Sebelum kau masuk, kau niat dulu bersihkan hati kau. Slow-slow belajar". Baik lah.

Kebetulan lagi, jumpa kak Rin. which is sekampung dengan aku. Dia pun sorang je datang. So marilah kita menjadi geng tempat duduk. ahaks. Pilih tempat duduk belakang Prof.Dr.Muhaya. In person, dia sangat cantikkkkk. Suka tengok dia.:-). Haruslah aku teruja jumpa ikon kegemaran.





Ikon yang menjadi kegemaran-ku!
Especially Prof Dr.Muhaya.
Ramai yang serbu dia bila habis forum.



Kak Rin. Adik dia kawan aku.
Pada aku dia sangat cantik in person. 
Profesional, bijak dan cantik. Package!
Rupanya selalu juga Kak Rin pergi majlis-majlis macam ni.
She change a lot :-)




Pak Haikal. Motivator dari Indonesia.
Banyak dia menerangkan tentang konsep 'law repeatition' 

Kebetulan masa semua orang busy nak bergambar, ada orang tegur aku.
Tak sangka jumpa si Ita ni kat sini. Classmate masa Diploma dulu. Tapi dia dah lama habis degree kat UTM ni. Dah macam jejak kasih pulak kat pentas DSI ni. Sebab aku ingatkan dia masih kat UK lagi. Rupanya dah lama balik Malaysia.







ustaz Pahrol Mohd Juoi

One of ustaz yang aku gemar baca penulisan dia kat Majalah Solusi dan juga kat blog dia.
Blog dia adalah blog islamic yang pertama aku baca sewaktu 'zaman down' dulu untuk mencari sumber inspirasi.  


Aku rasa aku jakunlah kot. Sebabnya aku kan tak pernah pergi majlis macam ni. Tetiba je kan, tengok ramai yang berpusu nak jumpa orang-orang hebat ni. Contoh yang aku nampak depan mata, macam Ustaz Pahrol. Ramaiiii sangat yang nak salam dan jumpa dia in-person. Lepas tu minta doa. Mungkinlah aku ni jakun sangat tengok suasana macam ni.

Lepas tu Prof.Dr.Muhaya. Aku memang minat sangat dia. Sebab dialah aku banyak berubah . Seriously. Tapi, kebetulan dia nak kejar flight. Ramai yang kejar dia sampai kat kereta. Oleh kerana aku ni macam blur dengan majlis yang macam ni, aku hanyalah pemerhati. Tapi kesianlah kat Prof. sebab dia nak kejar flight. Tapi sabar melayan kerenah yang nak bergambar etc.

Tapi banyak yang aku belajar. Sangat banyak. Nasib aku record. Jadi bolehlah ulang dengar. Especially tentang istiqamah dalam keidupan, mujahadah, makna dan cita-cita dalam kehidupan etc. Kita ni memang selalu kena cari dan mencari ilmu rohani. Aku ingat ayat Prof.Muhaya yang sentiasa dia ulang-ulang even dalam slot kat ikim " kalau kita nak tahu diri kita 20 tahun akan datang, tengok bahan bacaan apa yang kita baca, status yang kita tulis kat kat laman sosial, gambar profail kita etc"

Oh lagi satu. nak ketawa pun aku control. Kalau tak, memang haru lah aku ketawa. Oleh kerana yang datang kebanyakkannya sangat muslimah, aku kontrol lah ketawa. Walau sebenarnya nak ketawa kuat-kuat macam selalu. Bila tengok Kak Rin ketawa tutup mulut bila ahli panel buat lawak, aku terus tak jadi nak ketawa kuat-kuat. Pokoknya banyak lagilah yang aku kena belajar.

Mudahan-mudahan aku berpeluang lagi untuk ke majlis-majlis seumpama ini. 





No comments: