Sunday, May 13, 2012

Jodoh

ehem..back to hectic life!

Had conversation dengan seorang teman. Memang lama kot dia dah cakap hal ni. Since awal tunang sampailah majlis nak dekat dah. Tapi sebagai kawan, tak kan aku nak jadi batu api ye dak. Seboleh mungkin kita kena bagi support dan kata-kata yang positif. 

Bila kita decided nak medirikan masjid, kita kena teruskan lah. Kalau tiba-tiba tak ada jodoh..itu hal lain. Tapi seboleh mungkin kena pertahankan.

terkadang aku fikir kenapalah syaitan ni suka membolak-balik kan hati manusia ni. Tak tetap pendirian. Tak dinafikan, aku pun tergolong dalam golongan ni kadang-kadang. Sebab tu solat istikharah penting!

Okay, aku pernah terbaca dalam satu majalah. Lupa nama tapi aku rasa Solusi. Syaitan ni memang suka manusia ni buat maksiat. Sebab tu bila kita nak buat benda baik, contohnya mendirikan rumah tangga sebagaimana yang dituntut dalam agama, seboleh mungkin buat hati kita ni berbolak-balik dan ragu. Sebenanrnya istilah frust akibat dikecewakan tak wujud dalam Islam. Sebab syaitan tu yang buat kita rasa serik dan tak ada rasa nak berkahwin akibat pengalaman silam. Semua tu kerja syaitan yang membolak-balik kan hati.

Mungkin aku rasa kawan aku ni terlalu drastik kot buat keputusan untuk berkahwin. Sangat drastik. Sebab sebelum tu ada cerita yang bukan calang-calang orang yang boleh lalui kot. Tapi mungkin jodoh, kenal tak lama terus decided nak kahwin.Cuma itulah, bila kita ni buat keputusan semata-mata untuk menutup mulut orang, kadang-kadang kita ni menafikan hati kita sendiri. Nak patah balik, bukan tak boleh. Tapi banyak hati yang perlu dijaga. Mahu tak mahu, teruskan dan belajar untuk terima. Dah tertulis dia jodoh kita, mudahan-mudahan perasaan sayang tu akan muncul sendirinya. percayalah! 

Cinta tu tak semestinya bersatu kan! 

Sebab itulah kita kena adakan ruang untuk diri sendiri. Insha Allah, lama-lama akan healing dan terima orang lain dengan hati terbuka. Buat kawan aku,  moga segala-galanya diberkati. Teruskan. Kadang-kadang dalam hidup kita ni, kita tak akan dapat apa yang kita mahu. Tapi apa yang perlu sahaja. Buat apa menghabiskan masa dan usia menunggu sedangkan memang dah nyata yang kesudahannya memang tak ada. 

Pandai aku nasihatkan orang kan! note to self jugak. Setiap orang tu ada jodohnya. Cuma lambat atau cepat je.




Rasa diri comel bila dengan org yg lebih comellll...
jeans ni size 6 (dulu longgar siap pakai belt)
tapi sekarang tak payah dah!



p/s: i gain weight!! seriously..duhh..sangat seriuss ini. Nak kata melantak sangat, tak jugak (erkkk). Tapi tiap kali timbang, pasti naik lagi jarum tu. Parah sudah ni....a sign of 'hati senang' erk? 


No comments: