Saturday, May 5, 2012

Stress Up to The Limit

Assalamualaikum..

Tetibe je blog appearance dah berubah wajah. Entah, tiba-tiba setting yang lama ada malware. Lepas tu tak boleh bukak. Lantak. Setting semula picha dan tulisan dah besar gila. Lagilah picha muka aku yang dah sedia satu muka surat. Lantak! nanti rajin dan free semula baru tukar setting (kalau rajin).

Ohh, seriously dah stress up to the limit. May already! Macam-macam gundah gulana tiba. Dengan kerja, assignment, project, kursus, kenduri kendara, hal rumah lagi. Stress mak tau! 

Sebenarnya geram sangat dengan geng group assignment yang buat endah tak endah. Kita ni punyalah cuak kan. Dia boleh buat tak tahu je. Apapun tak nak ambik tahu. Karang aku bising-bising mesti ada yang sakit hati, kecik ati. Semualah yang berkaitan dengan hati. Dahlah group member lecturer bagi untuk sesetengah subject tu. Dapat pulak yang hampeh. Sikit pun tak nak ambik tahu. Tahu-tahu je tulis nama kat assignment!
Senang je kan kerja kau!

Tak kisah pun you nak buat ke tak kalau tu personal punya kerja. Tapi ni grouping okay! Dah malas nak cakap. Call tak angkat, message tak balas. PM kat FB tak nak reply. Apa ni? Sedih ok. Tak kisahlah kau tak nak ambik tahu. Tapi aku kisah. Sebab melibatkan markah aku sekali. Memanglah you's tak kisah pun kan grad lambat, aku kisah sangat! Sebab aku dah limitkan sampai tahun depan je aku belajar degree ni. Tak sempat nak fikir pasal boyfriend ke apa ni. Kalau aku ada boyfriend ni, mesti terabai. (angkat mata ke atas). Mungkin je boleh fikir kalau semua group member bagi kerjasama. 

Nak kata you's busy dengan kerja? Hello macam aku ni tak kerja kan. Aku ni dah rasa macam bersalah pulak dengan kerjaya hakiki. Kerja tak berapa nak complete, ye memang rasa bersalah. Lepas tu curi bukak buku kat office. Nasib dapat bos yang memahami. Dah rasa curi tulang sebab buat kerja tak proper. At the same time buat kerja,  ingat pasal assignmet, sempat call lecturer,nak adjust jadual kuliah kalau ubah, google bahan nak buat assignment itukan dah kira curi tulang juga. Itu belum lagi hal-hal lain yang mendatangkan ke-stress-an.

Hah, you's aku tengok update kat FB wah kemain lagak macam orang yang tak belajar. Status macam best-best je ada event dot dot every night, every wekend. Hoi, assignment group tu kau buat bodo kan. Aku komen pedas sikit, you's buat tak tahu je kan. Skip comment aku. Bila aku message " tolong lah menyumbang sikit untuk project assignment ni" you's boleh balas "berapa RM?". Menyumbang tu tak semestinya duit you's. Ni yang aku maksudkan is idea, usaha kau nak siapkan group assignment!!! Stress okay dapat ahli macam ni.

Time ni aku dah rasa setuju sangat dengan kata-kata lecturer yang memang tak menjadi kegemaran ramai masa sem dua dulu. " Kalau dah willing untuk belajar, perkara yang lain-lain tu kenalah tolak tepi". Oklah, akupun ada juga kawan-kawan punya wedding aku tak dapat attend. Makcik aku punya wedding anak dia pun aku tak attend. Aktiviti sosial dengan kawan-kawan pun banyak aku skip. You's boleh senang-senang create event dot dot, tapi you's tak menyumbang langsung dalam assignment kau pun. Tahu tumpang nama jek!

Ye, aku memang tengah stress up to the limit!! Nak marah dah tua. Karang kau cakap aku ni bajet macam bagus je. Orang lain pun ada masalah peribadi kot. Masing-masing ada hal lain yang nak kena fikir bila dah dewasa ni. Tapi fikirlah, kau tu pun ada tanggungjawab belajar juga. Sikit pun you's contribute aku rasa okay dah.

Panjang sungguh aku tulis. Yelah, mungkin aku ni cepat gelabah. Sikit-sikit gelabah. Bukan masalah gelabah. Tapi ni dah nak habis sem. Aku paling tak suka buat kerja last minit. Sebab aku tahu aku ni bukan bijak dan genius sangat. Lepas tu semua nak pulun akhir-akhir, memang tak lah. Dapat pulak lecturer yang dah limitkan masa. Dapat lagi lecturer yang makan dalam. Tengok result hampeh. 

mmmmmmmmm....

Kalau orang stress, macam ni lah. 

Sabar lah wahai hati. Aku sedihlah. Sebab aku ni bukan bijak sangat. Otak aku tak macam otak zaman aku study full time dulu. For sure aku tambah tensi dapat group yang buat tak tahu je. Markah asal boleh je. Sebab aku nak habiskan belajar sampai tahun depan je. Banyak benda aku dah terlepas sekarang. Banyak benda yang aku fikir sekarang...



1 comment:

zyla said...

sabar....
dont so stress...
buat ape yang mampu, ok