Friday, May 18, 2012

To be a Good Engineer



Dulu selalu mengidamkan untuk jadi Doktor. Tapi bila dah masuk form 4 terlalu ambitious tengok makcik aku jadi Civil Engineer. Applylah dan dapat course Kejuruteraan Awam. Kemudian habis SPM, ada confuse dalam diri. Samaada nak jadi cikgu, secretary (memang taklahhh) atau accountant takpun designer (menyesal sebab drop lukisan masa form5, sebab rasa berat dh ambik LKJ).  Akhirnya dapat course yang tak pernah dalam kepala, Elektrik! Siap solat istikharah okay sebab jiwa memang tak nak. Tapi paksa diri pergi juga.

Ermm.. Bila dah tak kena dengan jiwa..macam-macalah konflik dalam diri. Perempuan dahlah 2 orang yang lain semua lelaki. Lepas tu terpaksa belajar subjek yang sangat asing bagi aku.Nasiblah ada kawan-kawan lelaki sekolah lama walaupun tak sama course masa sekolah dulu. Jiwa sangat tak tahan, akhirnya apply tukar course (adalah bantuan beberapa orang lecturer's ..makasih Pn.Norizah dan En.Marzuki!), naik turun HEP dan akhirnya 3 minggu lepas tu, back to 'jiwa'--> Civil Engineering!

Praktikal pun kat tempat yang best. YTL Construction. Banyak sangat aku belajar selama 6 bulan tu. Miss Raymond, Bulat, kak dayang,mr.wong, Tham. Then sempat kerja 3 bulan lepas Dip. kat site construction makcik aku sebelum posting kat gomen. Masa kerja selalu pendam rasa dan menangis sebab selalu kena marah dengan Edy, consultant projek tu. Yelah, muda lagi aku time tu. Freshy--> 21 dah kena jaga site!

Bila dah kerja gomen, jadi beku jap. Nak sesuaikan tu ambik masa. Weird sebab kerja limited. Sebab masing-masing ada pecahan tugas. Tak macam dulu, semua pulun buat kerja. Tapi, segala ilmu waktu practical dan kerja tu aku gunakan masa kerja ni. Seriously! Sebab kalau bukan duduk kat department yg jaga projek, knowledge kau tentang technical work kat site sangat limited. Seriously i tell you, on paper dan site tak sama! Samalah juga kalau Arkitek ni selalu syok sendiri design, tapi kat site menyusahkan Engineer sebab structure susah nak buat. Costing! Last-last kena adjust balik drawing. Sebab tu jadi Engineer mesti kena akal panjang dan cekap nak solve.

Here, myjob scope tak terlalu technical sekarang. More to admin dan sometimes technical sikit. Seronok sebab bila jadi bos nanti, everything dari segi admin, keewangan, etc dah tahu. The poor thing, of course lah skill technical kau limited. Tapi what to do, dari kawan aku yang lagi best scope kerja dia cuma baca paper hari-hari lepas tu tengok ada tak aduan dari masyarakat then buat jawpan rasmi kat paper etc dari segi teknikal...Tapi tak apa, nasib aku study lagik sekarang. 

So, haruslah pandai gunakan peluang yang ada ambik course yang boleh memantapkan skill teknikal walaupun terkadang macam buruh. Sebab on site surely kena check on by one. Kadang-kadang check pun tak tahu apa sebenarnya tapi buat-buat tahu. Nanti kontraktor kata SO ni tak pandai kerja, jadi buat-buatlah pandai tapi dengan cara belajar sekali. sampai sekarang aku salute dengan makcik aku. Dia perempuan, tapi hati besar. Tahu jelah kalau kerja dengan semua lelaki ni macamana. Masa aku kerja dengan dia, most of kontraktor, sub con ke memang puji dia. Tapi untuk aku, seriously aku angkat tangan lah. Nampak je aku kasar, tapi hati aku ni kadang-kadang macam kertas (rolling eyes).

Ramai pun kawan-kawan aku yang jadi engineer perempuan. hebat-hebat jugak diorang ni. Contoh, Zam. Eventhough siblings aku pun sorang dah jadi engineer even dalam bidang yang berbeza. Soon dua lagi termasuk aku walau dalam bidang yang lain (aku berangan kan, padahal belajar pun tak habis lagik!). Penatlah mak pak aku kena datang dua kali time kitaorang konvo nanti.






Sebijik dah macam mat indon masa course Installer IBS Roof Truss 
First time guna drill. Agak mencabar dan menggunakan segala peralatan pemotongan yg berelektrik.
Satu group 5 orang dari pukul 8.30am-4.30pm kena siapkan roof steel ni.

Nasib dapat group member kontraktor yang cekap. Siap awal!
experience yang best!



Jue dari IP JKR KL.
ada sesuatu yg lucu bagi aku.
1st day jumpa dia cakap macam kenal aku. Siap tanya dulu belajar mana, induksi bila bla bla.
Tapi aku tak cam sangat. Tapi bila Jue asyik ulang-ulang sebut aku cuba memaksa memori aku untuk ingat kembali mana aku jumpasi  Jue ni.
Akhirnya hari kedua tengahari, bila tengok nama penuh dan juga cerita-cerita dia baru aku teringat.

3 tahun lepas aku pernah tidur rumah dia dua malam. Keluar makan kat blok F sama. 
Pergi office sama-sama.

Walaupun bangunan dan department berbeza .
Ok, dasar kacang lupakan kulit dah aku ni! 
Then tergelak besar okay sebab memang tak cam dah. Cuma dealek Kelate dia tak ubah lah.
Dah banyak kot dia berubah, esp fizikal. Agak chubby sikit berbanding dulu.
Oh serius, masalah memori aku dah agak kritikal. Sebab pernah tidur sekatil 2 malam pun aku dah lupa!
("__")





Till we meet again.
Moga aku tak lupa nama kalian kalau bertembung kembali -_-


Tetibe teringat tahun lepas juga...(2011)

Time ni Course untuk Installer IBS Lightweight Concrete 
Best juga sebab kombinasi kontraktor & SO



Masa ni satu group 2 org
Encik ni dari JKR Seremban, Tapi aku dah lupa nama  -_-
hahahaha....






Geng's yang sangat klik!
Dah lah seharian buat praktikal
malam pergi tengok movies Kungfu Panda lepas massage
Ambik kau, boleh aku ter- tidur dalam cinema kat Times Square
Lagi best sebab dak Alin siap berdengkur....



ada timing! 8.30am-4.30am
Haruslah terkocoh sebab tak pernah buat pun
pulak tu dapat geng yang sama-sama tak pernah sentuh benda ni.
Tugas aku measurement kat batu, potong dan bancuh konkrit..-_-
Nampak mudah...tapi Penat woooo
Lagi bila tengahari, batu dah jadi berat bila angkat kat store sorang-sorang..
Finally ngam-ngam je markah pass by ABM.




Group Installer yang best kot...sangat best!
Tapi ...maaflah ada yang aku dah lupa nama -_-




Tapi sekarang aku tak rasa sebenarnya aku minat engineering. Ambitious sangat tengok makcik aku jadi Engineer dan kontraktor, lepas tu dream it on. Then sebenarnya aku ni just follow je apa yang aku belajar sejak sekolah sampailah aku dah kerja ni. Bila sekarang n baru aku perasan, aku rasa jiwa aku suka pada benda-benda yang cantik. Berangan nak bukak butik (rolling eyes). Bukak kedai jahit baju dan langsir. Kelakar tak kelakar ke...Mudahan tercapai sebelum aku pencen.;-p

Nak jadi kontraktor???memang takkkk-lah kan.




4 comments:

NasRah M. aZmI said...

salam akak... sya suka baca blog akak.. part pling best sya tahu akak ney stdnt civil engnrng.. OMG!! i found it!!! hehehe.. sya nak share ilmu civil engnrg akak.. can i?? sya ney lpasan matrik.. tgh tnggu upu kuar.. sgt mghrp dapat my course jg blik.. civil.. actually, sya minat civil.. smtime hilng minat tu.. xtw npe ek.. tp sya suka sgt org cter psl civil ney.. suak sgt2.. tu jg slh stu nak ambik blik smngt sya pasal civil ney.. sya hrp akak baca ney.. sya hrp akak sudi share ngn sya.... tq..

Dari sudut Hati kecilku said...

NasRah M.azmi

Thanks lah dik suka je baca blog akak ni kan.

btw camni. maybe apa yg awak dgr sebab persaingan bila nak kerja nanti kot. Memang agak tinggi, sebab kita perempuan. Tapi percayalah, ramai je perempuan yg jadi engineer in civil. Kerja tu pulak, kalau private mmg kena kerja keras sikit lah. tgklah company mana awak masuk. Plus x semestinya awak akan masuk line civil je kot.sbb ada kwn akak y join oil n gas company b/ground civil.

ok...meh kita cite beljar kat Uni pulak. Awak pandai kan. Matrix lagik. For sure boleh adopt. Lagipun dhada basic civil kan. Tapi kat Uni agak hard sikit. sebab kita engineering. Tapi boleh je buat Insha Allah.

Lagi satu bidang Civil ni meluas sangattttt. Tak semestinya bila dah kerja nanti akan involve dlm construction. sebab kita belajar banyak. scope kita banyak. Contoh JPS, KPKT, KKRW,JKR, KKR etc -- ni kalau gomen.

Kalau private pun banyak yg kita boleh pergi. sebab tu untung mabik civil engineering. QS pun boleh juga kita msuk sebab kita ada belajar even tak adalah mendalam mcm yg betul2 ambik QS. Banyaklah..yg penting...civil engineering memang best. So Good LUck dik. awak memang pandai.:-)

NasRah M. aZmI said...

bnyk nye sy xtaw lgik... hehehe.. btw,sy matrik kat pontian.. KMTJ.. slalu kolej ktaorg g UTM.. Studnt UTM hbt2 gtu lorh.. bila kat uni if kta ambil civil.. subjk kita ambil sma ngn uni2 yang lain ke? sory la akak.. sy bnyk tnya la... (segan plak bha).. lps ney lgi bnyk sy akn tnya akak.. apa2 pun thnks a lot...

Cik Ayu said...

assalamualaikum . whoaa . akak best nye jadi akak kan ? saya budak teknik . budak civil jugak . minat nak jadi engineer , tapi taktau nak ambik kos ape ? boleh akak terangkan pasal kos y ade dgn civil ?