Sunday, June 17, 2012

Abah-ku



Hari ini adalah hari israk Mikraj. Ruginya sebab terlepas ceramah agama kat masjid sebelah tempat kediaman aku ni. Rugi sebabnya diri sendiri tak concern! aku bajet malam ni, rupanya pagi tadi okay diorang ada cermah. The other one is Father's Day! Penuhlah Timeline kat Twitter harini cerita hari bapa dan kenangan bersama bapa mereka. That was great memory kan. 

Cerita ku biasa sahaja. Bapak ku bukanlah orang kaya. Memang biasa sahaja. Orang kampung. Tapi aku bangga dengan bapak ku.Eventhough aku pun tak faham budak-budak sekarang malu sangat nak cerita background. Sanggup menipu bapak diorang keje macam best. Lagak macam anak orang kaya, lepas tu rupanya bapak hanyalah orang biasa je. Tertipu akak ni dik dengan style awak tu! Tak apalah, nanti lama-lama awak sedar kot.

Bapak ku sangat strict mendidik anak-anak sejak kitaorang kecik. Pelajaran agama dengan sekular ni kalau boleh sama rata. sebab tu adik-beradik kitaorang memang wajib belajar sekolah agama sampai darjah Khas. eventhough adik aku sorang tu terkantoi sekali, tapi bapak aku paksa ambik lagi walaupun dapat pangkat tiga akhirnya.

Dulu masa kecik jangan cakaplah ye kalau bab kena bantai. Aku pernah kena bantai guna batang paip kat bontot dengan adik-adik lelaki aku. Rotan tu jangan cakap. dah biasa. Almaklumlah aku nakal macam lelaki. Orang pergi sungai, aku pergi beb. Lepas tu buat dajal letak rumput yang bertanah kat tangga rumah orang. ye aku ingat lagi. Kecik-kecik bestfriend aku semua lelaki. Sebab sebaya aku kat area rumah aku tu lelaki. Tapi bila dah besar, nan hadoo nak tegur. Malu konon.

Lepas tu mengaji. aha..ni tak boleh blah. sebabnya memang wajib tiap petang. Lepas bapak aku macam boring je mengajar kitaorang, kena hantar kat Cik Yah kadir. cikgu ngaji aku. Tu pun garang. Kalau tak dapat baca, kena rotan kat tangan. Dululah orang mengajar macam tu. Sekarang??? susah kot nak jumpa.

Lagi satu bab solat. Yezzza...aku ingattt lagi sampai sekarang . Mula-mula aku belajar solat. aku tak ingat darjah berapa, yang penting sebelum darjah tiga. Kena baca kuat-kuat okay . Contohnya dari niat sampailah tahiyat akhir. Nangis-nangis aku sembahyang. Kalau tak memang kena marah lah aku. Yelah, sebab bapak aku nak tahu aku baca betul ke tak (dah beso baru fikir). Bila malam jumaat wajib baca yassin sama-sama.

Then bila sekolah sampai sekolah menengah rendah (form 3) , waktu maghrib kena solat jemaah. Wajib! Then TV tak boleh bukak lepas maghrib. Time tu memang memberontak habis. Bila bapak aku tak boleh jadi imam sebab masa tu kerja, time tu aku rasa happy sebab tak payah solat jemaah (boleh happy?? bengong aku rasa). Lagi best sebab form 4 aku masuk asrama, lagilah tak payah solat jemaah lagi.(tapi kat asrama kena jugak solat jemaah maghrib dan isya'). 

Tapi sekarang rindu pulak. So, bila balik rumah kalau boleh tak nak miss solat jemaah. Tapi aku ni kepala batu jugak. Melengah-lengah, sampailah dah habis solat jemaah. banyaklah yang aku rasa the moment dari kecik sampailah aku dah pegang duit sendiri sekarang. Walau abah ku hanyalah orang biasa yang tiada pangkat apapun dalam masyarakat dan juga mana-mana parti politik, tapi dia ada keistemewaan dia sendiri. Alhamdulillah, adik-beradik ku semua menjadi. Cuma sekarang bila abah dah agak berumur, adik aku yang bongsu untunglah. Tak kena marah macam kitaorang dulu. So, kitaorang yang dah besar ni ambik tanggungjawab mengigatkan orang yang bongsu yang lahir-lahir je dah senang sikit.

Buat abahku, selamat hari bapa. Terima kasih sebab mendidik kitaorang sampailah jadi orang sekarang. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik dan berkesempatan melihat kitaorang semua adik-beradik berjaya, Insha Allah. Kita minta maaf sangat kalau kita buat sesuatu yang menyebabkan dosanya abah yang kena tanggung. Sebabnya abah dah bagi pelajaran agama yang sangat cukup.Nak sangat cakap kat Allah yang dosa tu biar kita yang tanggung sendiri. 

Ayat ni aku cakap sendiri ye tadi. Konon nak call, gerak hati tu kuat kot. abah dah call dulu. Hahaha, Fine..aku lembss sikit lah kan.





No comments: