Monday, June 11, 2012

Alin kahwin akhirnya




Aku punya tajuk macam menganjing ' je kan. Cer kena kat aku sendiri;-

" finally!!!! ko kahwin jugak kan"

Ayat tulah kawan-kawan dak Alin cakap masa diorang datang rumah Alin tadi. Cer kena kat aku nanti-nanti yang tak tahu bile tu kan. ahaks...

bye the way, aku dahlama janji dengan Alin nak sponser cup cake untuk wedding dia nanti. Siap plan dalam kepala nak buat red valvet. Finally my plan tak jadi. Busy dengan exam puloks. Lyn whats Apps pun lambat je aku nak reply. Tapi nasib baik, schedule paper aku  tak ada time dia wedding. So, aku boleh datang kan. Even terpaksa bangun subuh-subuh dan drive pergi Gemas. Walau kepenatan sebab tak cukup tidur sebab study nak exam tak habis lagi. Nasiblah aku ada Ekin (paksa dia ambik cuti sebenarnya) temankan aku driving. Bolehlah buat kawan borak-borak.

oleh kerana sepanjang-panjang jalan hujan, aku dah rasa macam jauh bebeno Gemas ni. Tapi bila balik cepat pulak aku rasa. Sampai pulak, sesat barat jap. Well, akuni langsung tak guna GPS ke apa. Just direction by fone. Then tengok singboard. Kad kahwin pun aku tak dapat okay. almaklumlah dia cakap aku dah biasa laluan ni (sebab makcik and Ita kat area-area ni jugak). Baiklahhhh.....Sesat bukan apa, makcik ni terconfuse jap sebab banyak sangat majlis pengantin dalam satu hari tu kat area yang sama.

Well, oleh kerana persandingan kat sini awal sangat. Dalam 12.30 macam tu. Pukul 11 pagi aku make it sampai. Lambatlah aku driving. Berhemah lah konon. Lepas tu siap ada makan pangkal lagi bila start majlis. Oh lagi satu expereince, sebab combination of foods tu macam pelik. Almaklumlah i kan orang Johor. Dah terbiasa dengan nasi beriyani or nasi minyak yang lauk macam acar, ayam masak merah, dalca, kambing/lembu. Kat sini eden pelik lah pulak tengok nasi minyak macam pelik. Siap nak argue dengan budak depan aku kan. Lepas tu sedar balik ni tempat orang. Lauk pulak siap ada kangkung, lodeh,daging masak kari. Maybe sebab ada nasi putih kan.

Oh, yeah. Aku boleh kira bajet kahwin si Alin ni adalah puluh ribu. Dari bunga telur,kek, baju pengantin sampailah pelamin aku dah boleh kira bajet berapa. Ahakssss...Goddies dia meriahh sangat. Lagi satu, MB N9 siap kasi flower besar gila...ahaksss....






Congratulation Alin & Amir
Doa sangat-sangat kebahagiaan korang dua hingga ke syurga. Amin

yess aku nampak gemuk.
Tapi aku confident je dengan size aku sekarang ni..ahaksss...



Ada coklat fountain lagi kat wedding Alyn!





Experience!
Kalau kat Johor Pengantin perempuan just duduk kat pelamin tunggu pengantin lelaki datang
Lepas tu ada tol bagai...
kat sini kena keluar dan pergi kat pengantin lelaki. penat eden pusing-pusing...



mak jemah yang kepoh  dan sempat bergosip
"kau punya kepala tu jangan senget-senget tau"




makcik kepoh " cik cik..ni ni...bunga telor"

Actually first time aku tengok majlis bersanding satu rombangan bersalam dan nak tepung tawar pengantin.
Dari sebesar-dan setua sampailah kat budak-budak kecik.
Tujuannya nak dapatkan bunga telur yang ada patung tu!
sampai ada yang cakap macam ni, request lagi kat aku;-

" dik anak makcik ada dua. nak dua boleh"
-_-



tugas biasa as pengapit.
Oh, alin ni memang Rocks lah. Cer bayangkan tengah makan, belum set up meja kek .
Sempat call kakak yang buat kek tu untuk set up. Itu belum lagi dengan hal-hal lain.
" mama, coklat tu nak masak lagi ke tak?"
ni anak buah dia tanya time nak berarak..




my old friend zaman Diploma. fidaaaaaa
Jumpa juga kat sini..Sekarang dah kerja kat Kuantan lepas habis Degree kat UTHM.
kawan kutuk mengutuk tak ingat dunia, sama dengan Alin..
Kalau tengok kat FB mesti ingat kitaorang gaduh kat komen-komen. Padahal, tak ada apapun..memang dah terbiasa macam tu sejak zaman dulu lagi.






baby Amna Safiya

copsss..macam kesian je kan muka aku. Padahal aku tengah cakap yang  dahi Amna berpeluh.
Singgah rumah Ita kat Segamat sebab nak tengok baby dia. 
Miracle sangat Amna ni. Yelah, aku kenal Ita since belajar,kerja,tunang sampailah ada anak.
Cepat je masa berlalu. Bila ingat balik dulu-dulu selalu malam-malam nak tidur dok cerita tentang masa depan. Siapa yang kahwin dulu. anak bla bla. Aku je yang tak ada perubahan..ahaksss..



As a close friend, yang kenal dengan dia since zaman Diploma. My housemate-still keep in touch - kwn kutuk megutuk-even kitaorang jauh, akupun boleh cakap " finally, kau dah kahwin akhirnya Lyn". Have secret behind this line. ahaks...Happy tengok dia, then doa sangat-sangat-sangat kekal dan bahagia hingga ke syurga. Ameen.


Faktanya, i'm the only yang still single among my close friends. So, aku decided tahun ni last lah aku nak jadi pengapit . Tak nak dah. But, aku okay je being single. Tapi orang lain yang aku tengok dok stress dan susah hati sangat-sangat tengok aku ni tak kahwin-kahwin lagi. Doakanlah ye. Cepat sikit jodoh aku ni sampai. Tapi jangan harap lah aku nak buat grand-grand, biasa dan sangat biasa je yang aku idamkan sekarang. 

p/s: another 2 month tunggu sorang lagi my close friends tamatkan zaman bujang!!!! Yeaaaa




No comments: