Thursday, June 28, 2012

Bilal Bin Rabah



Alhamdulillah..

Jika kita mencari ilmu, insha Allah akan didorong dan dibantu dengan cara yang kita tak sangka-sangka.
Ceritanya mencari tentatif Prof.Dr.Muhaya akan datang ke masjid BBU 30 Jun ni. Kebetulan terjumpa FanPage Masjid BBU, terus like dan tengok ada event ini. Bilal Bin Rabbah Musical teater...Crowd sangat ramai. Meleset sungguh apa yang aku fikir sebelum ni. 

Rasanya semua orang Islam pasti tahu siapa Bilal Bin Rabbah tu kan. Kalau tak tahupun, mesti tahu kenapa kalau ada imam mesti ada bilal kan?

Bilal Bin Rabbah adalah orang pertama yang melaungkan azan dalam sejarah Islam. Kisahnya  bilal seorang yang berkulit sangat gelap, menjadi hamba kepada Muawiyah. Tetapi bila Muawiyah tahu Bilal memeluk Islam, beliau diseksa dengan cara yang sangat kejam. Sebiji batu besar diletakkan di atas badan Bilal. Tetapi Bilal masih tidak berganjak dan masih mempertahankan keimanannya kepada Allah. Mulutnya tidak berhenti-henti menyebut " Allah..Allah". Beliau dibebaskan apabila dibeli oleh Saidina Abu Bakar.

Sebenarnya aku banyak baca kisah sahabat ni masa kecil.Kalau tak silap aku, dulu ada buku-buku berkulit nipis yang mencatatkan banyak kisah-kisah sahabat nabi dan pahlawan-pahlawan dalam sejarah Islam. Kalau boleh aku bawa kisah Bilal tu pada zaman ini, apa yang boleh aku simpulkan...zaman ini Agama tu boleh dijual beli. Iman tu terpaksa ditinggalkan atas sebab-sebab materialistik.

Saat yang paling impak dan sedih waktu scene, Nabi Muhammad SAW wafat. Bilal disuruh oleh Saidina Umar untuk azan sebagai penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW. Bila part " kami naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" ....Bilal tak dapat menghabiskan ayat tu (kalau kita baca dalam kisah sahabat, memang itulah sebenarnya). Semua menangis. Terasa sangat . Aku pun emo. Tak semena-mena kiri kanan aku emosi.

Bila aku belajar dan dengar majlis ilmu, kat akhirat nanti kita memerlukan syafaat Rasullulah untuk kita masuk ke syurga. Kita kena tengok, kat dunia ni apa sunah-sunah Nabi yang kita amalkan...mampukah kita mendapat syafaat baginda?? Sedangkan Rasullulah sering memikirkan tentang umatnya sehingga akhir-akhir kewafatannya...(betulkan kalau aku silap).

Sekarang ni bagus, sebab PTS banyak terbitkan semula kisah-kisah Nabi, para sahabat dan pahlawan-pahlwan Islam. Bagus untuk anak-anak zaman ni yang cenderung baca kisah dongeng dari barat yang memang tak wujud.



kalau kita baca dalam cerita Bilal Bin Rabbah ni, saat pertama Saidina Abu Bakar minta dia laungkan azan, alunan azan bilal seperti menjerit. Tapi bila dah terbinanya masjid, akhirnya suara bilal semakin lunak..Seriously orang yang bawa watak ni memang ada suara yang sangat merdu dalam mengalunkan azan. SubhanaAllah!



pelakon-pelakon-nya..Tahniah.
Tak mengecewakan..dari segi lakonan, nyanyian (sebenarnya ada penyanyi latar kat tepi tu) memang sedap sangat. Tahniah!



cess...macam makcik nak pergi kipmart jek
almaklumlah tak sampai sepuluh minit dari rumah katanya





Oh ya..kalau sesiap FREE bolehlah join Konvesyen FIQH Ummah 2012 kat UTM Skudai





Ya Allah, semua ahli panel sangat hebat!!!! Para ilmuan yang sangat terkenal dan hebat-hebat..
Tak rugi kalau pergi. Malah, kalau aku tak silap kata akan dapat compile kertas kerja yang diorang bentangkan. Tak rugi sangat bayar RM 100 untuk dua hari ( aku student dapatlah diskaun)..

Malangnya.....

setelah check jadual, aku ada kelas short sem waktu tu..sedihnya....:-(
macam tu jugak aku dapat satu jemputan ke talk show. Malangnya masa tu Lab Week. 
Takpe, mudahan-mudahan akan datang aku berkesempatan lagi.


Lagi satu, Talk Show " Bahagia Itu Pilihan" 
bersama Pak Haikal Hassan (Motivator dari Indonesia) bersama moderator Ustaz Ellyeen Amineen 

Date : 4 Julai 2012 (Rabu)
Waktu : 2.00 ptg-6.00 ptg
Tempat : Dewan Tanjung Puteri, PERSADA
Bayaran : RM 90.00 (ada tea time)
Contact : 012-7371931


So, kalau rasa ada masa...dan mahukan ilmu buang sikit duit untuk ilmu rohani.Tak rugi pun. Kalau buang duit pergi konsert, berlibur dan holiday (akulah tu) boleh pulak. Just sharing. Insha Allah, bila kita  meluangkan masa untuk Allah, Allah juga akan meluangkan masa untuk kita. 


p/s: Teringat kata-kata azimat Ustaz Pahrol " perubahan tak perlu dilakukan secara drastik. perlahan-lahan dan terus istiqamah".  Dalam berusaha mencari perubahan, pasti ada cabaran yang menguji iman. Dan..dugaan itu sedang aku harunginya. Moga aku terus kuat..





No comments: