Friday, June 22, 2012

Stoking



Tadi petang dengar kuliah Ustaz Don tentang aurat wanita. Then dia ada sebut gini;

" dalam majlis nikah, ustaz baca doa. Cantik dah pakai tudung semua. Tapi tak pakai stoking. Dah dapat dosa kat situ"

Gulppp...Terberenti jap calculate stiffness kat beam

Tetiba teringat (mungkin kena lagi belajar), aurat wanita adalah keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi itu dalam solat ke atau seharian? 

Bila dah banyak sangat pendedahan sekarang ni, baru tahu benda-benda yang detail-detail yang sebelum ni kita pandang enteng ja. Bukan tak pernah belajar, tapi tak apply kan. So lupa. Aku pernah baca blog Wardina yang dulu. Pernah menyatakan tak puas hati sebab kena perli dengan sorang ustaz tu kat dalam rancangan Al-Kuliyah sebab dia tak pakai stoking. Tapi sekarang??? tutup litup kan. Dan juga, ramai yang berhijrah pakai stoking. Itu yang aku notice sangat selain tudung bawah dada.

Aku adalah try-try pakai. Tapi on off. Kadang-kadang rasa macam rimas, aku bukak. Masih belajar lagi. Kadang-kadang bila  pakai, mesti terperasan macam akuni good-good jek. padahal, tengah belajar-belajar. Bukan apa, sebabnya sebab orang kita kan skeptikal sangat. Atas tutup, bawah tutup. Haruslah perangai pun sopan. Tapi akuni atas tutup, bawah tutup. Tapi borak tak nak pulak kuat (dengan kawan-kawan lah je yeeee). Kalau kat library Faculty tu, malaslah pulak aku nak slow-slow cakap. Rimas okay.Itu belum lagi part bila shuk suka tonjol kepala aku. Kan dah macam ...."eeee, apa ni". Macamana erk nak cakap, aku ni happy go lucky. so kalau nak berubah jadi drastik nak cakap sopan-sopan (sebab pakaian sopan gila), ambik masa. Sebab perangai tu dah dari kecik kan.

Tapi sebebanrnya bagus pakai stoking ni. Sebab kaki terjaga.

Apapun, aku willing untuk belajar...



2 comments:

Anonymous said...

salam singgah.. got here sbb cari pasal pulau batam... :)

Dari sudut Hati kecilku said...

hope the info boleh membantu even sikit. Batam tu xdlah seronok sangat lah (for me).