Thursday, June 14, 2012

Tentang Hati



Aha...(patutnya kena bagi salam. tapi  aku tak rasa pun ada yang baca. so abaikan).

Just tiba-tiba rasa mahu menulis  disini. Walau yang sebenarnya aku sedang study Analysis Structure sambil menonton hindustan yang SRK lakonkan. Oleh kerana movie ni tak familiar, aku dengar je tak fokus pun tengok (macam hebat je kan faham bahasa hindustan...nahi je aku tahu maknanya).

Aku dah rasa viva lah pulak untuk semester ni. walau sebenarnya ada berbaki 2 paper lagi. Gila lama nak tunggu 20 hb dan 25. Sampai terlupa yang aku ni sedang dalam mood exam. Mood study tu macam hilang sekejap. Tapi kena ingatkan diri. Nanti lalai. Tadi singgah FKA jap,sebab nak snap paper last sem untuk Analisis Structure (sebab library FKA xd photostat). Dan terus email semua classmate. Sempatlah aku curik dengar perbualan seorang senior yang baru lepas presentation PSM dengan  junior 3rd year macam aku ni (sebab subjek dia sama macam aku). Si junior minta nasihat dan tunjuk ajar sebab dia nak buat Thesis Structure. Ohh, saya salute awak. Sebab Structure adalah sesuatu subject yang sangat tough gila. Lepas tu nak buat Thesis Structure lagi, awak memang hebat! Eventhough sebeanrnya kalau diikutkan, aku lagi confident subjec Structure rather than subject Design Steel/Concreate. -_-.

okay, just baca blog kawan aku ni tentang " Love just didn't rest on that person".  


If you find yourself in love with someone who  doesnt love you,
Be gentle with yourself,
Nothing's wrong with you.

Love just  didnt rest on that person's heart.
If you find someone else who is in love with you,
But you  dont love the person,
Gently refuse the gift you  cant return.

 dont take advantage.
 dont cause pain because how you deal with love is how love deals with you



Okay, bila difikirkan dalam hidup ni kadang-kadang kita menyukai seseorang tetapi seseorang tu tak punya perasaan yang sama macam kita. Bila dah going through with, cer fikir lagi. Bila seseorang betul-betul beria menaruh perasaan hinggakan sanggup menunggu walau telah ditolak berulang kali, tetapi diri masih lagi tiada lagi perasaan itu. Ajaib sungguh seketul hati yang Allah ciptakan ni.

Bila aku menyelami keadaan ini, aku rasa ajaib bukan apa. Begini, aku rasa ramai yang punya pengalaman disukai tetapi tidak punya hati langsung pun pada yang menyukai. Begitu juga menyukai, tetapi si penyuka tak punya hati pun. Ayat aku memang tak boleh blah sebab macam bolok-bolok gitu. Janji aku yang faham sudah lah kan. Ajaibnya Allah tu menciptakan suatu rasa yang tak sama, mungkin sama. Ajaib.

Kadang-kadang memang tak boleh nak balas. Sebabnya 'keadaan' si penghulur tu tak berapa sesuai. Misalnya mungkin juga orang tu suami orang, mungkin juga dan pelbagai kemungkinan. Aku rasa hati aku ni masih tebal kot. Boleh tahan jugak aku punya ketebelan hati setakat ini. Dan aku mohon sangat-sangat agar Allah tu tak uji aku dengan ujian yang sebegini. Mohon sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh cakap besar sangat, sebabnya anytime Allah tu boleh menguji hambanya.

Tapi sebenarnya Allah tu dah menguji hati aku dengan sesuatu dengan satu statement yang pernah aku buat dulu masa zaman muda. Unexpected. Akupun tak sangka. Cumanya aku hanya anggap itu semua ujian Tuhan. Ujian hati aku sendiri. Yang mana  kadang-kadang kita tak boleh nak nafikan. Sebab ianya memang berlaku. Cumanya aku hanya anggap itu mungkin sebagai keselesaan berkawan kot. Tak lebih dari tu. Kadang-kadang kita ni kena sedar diri. Tak semua orang yang hadir dalam hidup kita ni berperasaan macam apa yang kita rasa. Kadang-kadang hanya untuk peneman berbual harian, sekadar selesa untuk berkawan dan sekadar tempat rujukan. Kematangan seseorang bukanlah semestinya diukur dalam bentuk nombor. 

Bila dah sampai stage ni, aku lebih terbuka. Terbuka menerima pandangan, orang-orang yang bernombor sedikit dan banyak. Yang bernombor  banyak tak semestinya bagus dalam memberi pandangan. Pengalamannya dihormati. Tapi mana yang elok kita ambil, yang tak elok kita jadikan sempadan. 

Oh, tapi seharusnya muhasabah kot fikir semula kenapa hati menyukai seseorang. Adakah kerana fizikal, karisma, material, sikap ataupun AGAMA-nya. <--- aku pernah terbaca ayat ni kat Tweet Solehah. Tapi tak ingat full line macamana. Lebih kurang itu lah. Cumanya aku petiklah satu tweet yang aku RT dari peserta Ustazah Pilihan " kahwinilah, cintailah..sayangilah seseorang yang dapat menjadikan kita jatuh cinta pada Allah".

Lagi satu, kawan aku pernah cakap yang dia teringin sangat nak dapat wifey yang pakai tudung. kerana ia lebih membanggakan. Tapinya mahu bermabut panjang. Macamna nak tahu rambut panjang ke idok kalau belum kahwin kan. Unless orang tu freehair. Pandangan aku pulak macam ni, tak kisahlah ciri macamna isteri yang diidamkan. Once dah jadi wife, didiklah dia ikut ajaran Islam. Sebab dah namaya khalifah dalam keluarga. Tak semestinya yang pakai tudung tu baik. Tapi yang baik tu datang dari yang bertudung. Sebabnya dosa perempuan yang dah berkahwin tu, suami yang tanggung semuanya. Even macam ada argue sikit masa kitaorang berbahas tu. Tapi pandangan aku umum. Sebabnya ayat tu pun aku petik dari dari bahan-bahan yang aku baca/dengar.

Yang pastinya unik sungguh perasaan dan hati yang Allah ciptakan. Hinggakan bagi orang lelaki ada 'jatuh cinta' lagi. Perempuan pun macam tu juga. Ada yang beriya-iya menyatakan perasaan, tapi hati sendiri tak rasa apapun. Rasa geli adalah. Unik dan unik sungguh hati ciptaan Allah ni..........







No comments: