Tuesday, June 5, 2012

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan



Setelah sekian lama barulah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ni buat kat Johor. Lokasi haruslah kat Persada. Akupun tak  perasan sebenarnya. Tapi bila tengok sepanduk on the way nak pergi office, baru perasan sepanduk yang tulis dalam bahasa jawi tu. Then cakap dengan officemate, tapi dia menidakannya. Katanya peringkat Johor lah. Terus confuse sendiri, tak tahulah kan kalau akuni buta jawi. Ke tak reti baca jawi. Tapi macam tak lah, sebab aku sekolah agama Johor sampai darjah khas. Tak tahulah kan tetibe aku tak boleh baca jawi pulak kan. confuse makk.

Tapi bila dah berulang kali baca bila driving (haruslah nak jadikan bukti). So tilawah ni berlangsung 4-8 Jun kat Persada. Excited lah nak pergi. Sebab first time kat JB. Bak kata makcik-makcik yang datang tu, "selalu tengok kat TV je, so nak lah jugak tengok live".

Tema kali ni -->Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Oleh kerana aku puasa, keluarlah awal. Solat kat Mariamah (padahal boleh je solat kat persada). Tapi takut kalut sebab takut ramai orang . Sampai je lengang. Boleh pilih-pilih lagi nak duduk mana. Goodies sangat best. Mula-mula macam tak ramai. Mungkin sebab aku ter-Awal yang excited datang. Tapi lama-lama penuh. Ramai juga rombongan berbas-bas dari macam-macam negeri, daerah (base on aku dengar-dengar diorang borak and aku tegur acik-acik depan aku kan).




Choose tempat duduk yang tengah-tengah tapi tepi
reason, senang nak keluar dan senang nampak muka vvip



Qari' dan Qariah setiap negeri
ehemehemmm..aku spot seseorang sebenarnya.
cer teka qari' Kedah tu. Mesti pernah nampak kat TV.
Sebab dia pernah masuk Akademi Al-Quran, Pengacara Gen apantah kat TV3, pastu member of UNIC
Tapi dia ni nampak macam pak lawak sikit. Sebab masa tunggu VVIP sempat kot dok borak dengan qariah depan siap buat lawak lagik.

p/s: mesti pasangan dia pun solehah macam dia kan...



Actually PM yang rasmi
tapi sengaja aku snap picha Rosmah.
bak kata makcik depan aku
" acik nak tengok muka Rosmah depan-depan"



PM waktu merasmikan...

kawan aku asyik sebut "En.Najib" macam susah sangat nak sebut PM.




wahh, dahrasa macam Ustazah Pilihan pulokss
tapi memang tak berapa pilihan lah khannn...



Oh dapat jumpa ramai orang hebat selain PM. Ustaz Ravi, Dato' Jamil khir, KM Melaka, MB Johor, pastu sapa erk,.Ketua Menteri Sabah yang lama , Dato' seri Sakaran Dandai. etc. Ohh, paling best masa nyanyi lagu Johor. Oleh kerana lagu Johor ni banyak versi, dalam majlis ni adalah kedua yang lam..bat lah muziknya. Aku pernah pergi satu majlis rasmi (tak ingat) lagi lembb...

So marilah memeriahkan majlis tilawah ni. Seronok lah. walau dulu aku fikir majlis macam ni hanya untuk orang tua-tua jek. Lepas tu ingat lagi waktu muda remaja dulu, bila atok aku ke mak pak aku ke bukak channel TV1 ni nak dengar tilawah ni berbulu jek. Macam lama sangat jek aku rasa diorang ni baca Quran. Sebab masa tu aku tengah syok tengok rancangan kegemaran. Tapi sebenarnya, bukanlah banyak page pun diorang baca 1 muka surat lebih sikit. Sekejap je bila aku dengar sendiri kat sini. 

Oh, ramai juga budak-budak muda yang datang. syabasss. Even Qari' dan qariah pun dah ramai yang muda-muda. Syabas.

Jumaat ni penutup best sikit. Sebab Sultan Johor, TMJ dan kerabat datang. wahhhh.....




No comments: