Thursday, July 19, 2012

Bawal Power




Haritu masa jumpa zam ku pergi satu kedai makan ni. Lupa nama kat Shah Alam tu.
Zam minta set bawal selatan. Rupanya ikan bawal goreng biasa sahaja. Kat JB apasal tak famous erk macam kat Klang Valley. mwhahaha...okay. bukan ini yang ku nak catat.

Begini, aku terbaca komen pasal tudung bawal ni hanya sesuai untuk makcik-makcik kat gomen pakai pergi office. Akak ni tak adalah sentap, sebab macam biasa je rasa. Tapi akak ni bangkang lah kan kalau dikatanya HANYA SESUAI UNTUK MAKCIK-MAKCIK.  Nak gelak, tetibe terasa tua lah sangat aku ni sebab memang pakai tudung bawal pergi office. Aku tak reti lah nak pakai tudung sarung-sarung tu. Sebab nampak tembam sangat muka aku dan ermmm...sorry akak rasa lagi nampak tua dik.

Cantik je rasanya siapa yang pakai tudung bawal tu. Maybe dua tahun sebelum ni dah tenggelam sebab sibuk sangat dengan shwal yang bermacam-macam, tudung syria dan kemudian tudung serkup tu. Bagi orang yang mementingkan kesenangan untuk solat, rasanya majoriti yang kerja pakai tudung serkup tu. Tapi bawal pun okay.

Baiklah, ada sebab aku pakai balik bawal ni. Sebelum ni aku pakai shawl. Masa pergi Batam aku borong banyak. kebetulan masa tu kat Malaysia ni tak famous lagi kot tudung bawal ni. Nak tau sebab apa?? Murah okay tudung bawal ni. Sehelai je kat Batam kalau beli banyak baru RM 3.00. Cuba kalau beli tudung Ariani tu, paling murah RM 60.00 kan. Aku pun tak faham bila kawan-kawan aku pergi Ariani menggila kot shopping tudung Ariani yang beratus sehelai tu! Oh, tidaklah aku nak perabih kan duit kat situ. Tapi aku tak nafikanlah, memamg sedap pakai tudung Ariani ni. Cumanya, aku tak suka pakai tudung serkup ni. Pakai waktu buang sampah jek (siyot je kan aku).

So,, tiadalah istilah sesuai untuk makcik-makcik ke tidak. Yang penting cara kita sesuaikan. Kalau nak berfesyen sikit, tengok YouTube. Banyak kot diaorang tunjuk cara pakai tudung bawal berfesyen ni. Dulu zaman aku study dah ada fesyen-fesyen bawal ni, bukan takat selimpang je. Kalau pergi Jalan TAR nak carik shawl,  dah agak susah lah. Haritu aku pergi jek mostly adalah tdung bawal bertone-tone. Dah macam-macam tone. Beza kot masa aku pergi hujung tahun lepas, nak cari tudung bawal indon hampeh tak ada. Sekarang melambak. 




One of duta tudung bawal dia sendiri adijuma
kalau kat JB outlet dia ada kat Angsana..




yang ini si pemakai sangat selekeh lah kan
asal boleh...




2 comments:

hajiMete said...

salam ramadhan akak tuu..

Anonymous said...

selamat berpuasa miza