Thursday, July 26, 2012

Ramadhan-Ku



Mata ku tak boleh lelap. Ambil masa sejam nak tidur, tapi tak lelap jugak. Agaknya penangan coffe yang aku minum lepas balik terawikh tadi.Now, bangun bukak radio dan bukak notebook.

Padahal, aku cepat-cepat je tadi selesaikan payment dress yang aku nak pakai untuk wedding my bff raya ni kat The poplook. Frust sebab kaler yang aku nak dah sold out. Murah je kat The PopLook ni. Then baca Quran jap, Buat solat Taubat (boleh aku rasa ah takutnya kalau tetibe Tuhan ambik nyawa aku kan), boleh?? nampak sangat tak redha dengan yang bukan milik aku. Then baca (hafal) text speech public speaking sabtu ni. Konon bolehlah lelap, lepas tu sejam guling kiri kanan tak boleh tidur. Dalam kepala macam-macam fikir. Tapi penangan kopi pun iya jugak kot.

Ok, lets talk tentang Ramadhan. Macam wish Ziha, " semoga ramadhan kali ni lebih baik daripada ramadhan sebelumnya". Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk aku berjumpa sekali lagi ramadhan kali ni. Berpeluang spend full time wekend dengan family (which is yang jarang aku dapat buat dan of course mak aku happy). Terawikh pun seronok lah juga. Cuba lari dari kebiasaan. Kali ni try masjid-masjid lain. Aku baru try selang seli dua masjid yang dekat dengan rumah aku yang tak sampai 15 minit dan dapat rasa bezanya. Personally aku suka terawikh kat masjid Taman Perling. Sebab imamnya average dalam bacaan dan tak terasa lama dan bosan. Suara pun sedap. Siap ada tazkirah lagi sebelum solat. Siap nampak imamnya muda dan hensem. Terus aku dan h/mate aku cakap " astgharfirullah, weiii nak solat ke nak tengok orang". Tapi harini imam adalah tua.  Maybe ada semalam, tapi sebab aku pergi solat kat Taman aku je kan.Hahaha, padan muka aku.

Next nak try solat kat BBU. Sebab kat situ lagi happening.

Tapinya Ramadhan kali ni pun rasa lain. Lain sangat sebab kawan-kawan baik dah tak ada. Dah tak macam dulu.Masing-masing dah ada life sendiri. Dulu ada geng nak makan kat luar. Ada geng yang excited preparation nak raya. Tengok diorang dah ada family, anak-anak dah berderet.Terasa aku dah terlalu tua sangat (APTB). Terus rasa, ah bestnya kalau ada family sendiri. Tapi terus keep in mind " positive!positive!". Ewahh....Ni lagi, geng-geng Poli aku ajak gathering IFTAR. Confirm, aku sorang yang bujang. Masing-masing bawa generasi. See, gelabah emo. Tapi takpe, kalau Faiz still bujang aku ada geng bujang. Poyo-poyo emo je aku ni. eh, untunglah ada orang tu last ramadhan as Single. ehemm.

Since puasa ni aku berazam nak kurus (lah sangat), tapi nampaknya selera bertambah. Tak adalah, excited masak, kesian lauk membazir. Tapi oleh kerana 2 hari dah aku makan berpada-pada, aku timbang berat sebelum buka puasa turunlah 2kg. Of course lah happy. Tapi bila makan naik lagi 1kg lebih. Lepas tu dah rasa lantaklah. 


Dari aku mengarut, baik aku buat benda yang lebih baik....Tahajud.

10 comments:

Anonymous said...

kalau ade mase buat lah solat tasbih gak.
mula2 mmg lah susah, tp dah selalu buat semua boleh.

Dari sudut Hati kecilku said...

Thanks Anon
pernah terbaca, atleast once in life kita kena buat solat Tasbih ni. (sebab ia sangat lama kan)

Anonymous said...

tak lah lame mana.
buat dulu baru tahu lame ke tak.

Mula2 mmg rase lame. tp bile dah buat... best...

walau dah buat tp berhenti seketika, lps tu buat kembali di situ nikmatnya lame ke tak.

ape nikmatnye, sbb kita akan rase solat tasbih tu macam solat biasa, macam solat fardu dan sunat.

Dari sudut Hati kecilku said...

anonymous

Insha Allah. Terima kasih lah panduan ni ye. My friend pernah buat, dia ambik masa 45 minit untuk selesaikan solat ni.

Anonymous said...

owh ok

tau kan waktu malam 4 rekaat 2 salam, tapi waktu siang 4 rekaat 1 salam.

Dari sudut Hati kecilku said...

anonymous

xtahu.
okay, terima kasih atas panduan ini.
semoga Allah memberkati anda.
Amin

Anonymous said...

so niat pun lain lah sbb waktu malam 2 rakaat, waktu siang 4 rakaat..

tak pe... belajar dan ingat mengingati adalah baik..

kalau buat sesuatu itu biarlah sedikit tapi istiqomah (buat selalu) dpd tak buat lansung.

selamat berpuasa. jgn lupa baca al-quran dan cari malam lailatul qadar.

Dari sudut Hati kecilku said...

oh okay.
Terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan.

semoga Allah mempermudahkan urusan kamu dunia dan akhirat hendaknya.Ameen

Anonymous said...

salam,
dah 17 ramadan sekejap je kan
lg 12 hari ramadan akan tinggal kan kita.

semuga ramadan kali ini terbaik buat awak. Amin.

semuga ALLAH mempermudahkan urusan dunia dan akhirat awak jugak.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

Dari sudut Hati kecilku said...

WASALAM...

yupss..cepat je Ramadhan berlalu.Moga bertemu Lailatul Qadar dan doa kita diangkat Insha Allah.

terima kasih atas panduan.Moga sesiapa yang terbaca komen awak ni anonymous pun dapat sikit ilmu.secara tak langsung awak dapat saham.

Eid Mubarak.