Sunday, July 15, 2012

Sharing moment


Assalamualaikum...

Ambil masa untuk mencatat disini. Firstly, i'm not a perfect person. Banyak yang perlu dibaiki. Poyo-poyo lebih je pun iya kadang-kadang. Senang cakap, manusia biasa yang sentiasa perlu diperingat.

Baiklah, sharing moment yang berlaku tak terjangka. Ceritanya bermula seorang kawan yang bersolat dhuha. Kemudiannya aku sengaja bertanya, adakah dia pun solat witir sebelum tidur sepertimana sunnah nabi. Kemudian tanya lagi adakah dia juga bangun dan solat tahajud. Dari situ bermulah cerita tentang penghijrahan.

Biasanya kita tengok sekarang ni orang yang tidak bertudung ramai yang berhijrah memakai tudung kan. So macamana pulak orang yang pakai tudung tu berhijrah? kan. Bertudung tak semestinya sempurna. Hati, ibadah dan tingkahlaku. kadang-kadang orang yang tak pakai tudung lebih bagus dari tu.  So, itulah hijrah yang aku maksudkan.

Kawan ini menanamkan azam untuk berubah dari pelbagai aspek since birthday dia bulan lepas. Selanjutnya haruslah istiqamah kan. Dan, yang paling penting kita perolehi ketenangan hati dan jiwa bila kita berusha untuk mencari redha Allah ni, Insha Allah. Aku tak boleh nak spesifikannya, kecuali bagi mereka yang betul-betul merasai. Dan, kawan aku ni pun sharing benda yang sama. Bila banyak benda-benda lagha yang kita buang, insha Allah.

Ok, lagi satu yang aku perasan dan aku sharing bersama. Percaya atau tidak aku tak terlalu memikirkan sangat untuk becinta sebelum kahwin. Yes, itulah faktanya sekarang. Dan kami berkongsi benda yang sama. Love after married is better. Lain orang lain cara. Terpulang pada masing-masing. Tapi aku lebih percaya pada Redha Allah sekarang. Bila kita terlalu mencari cinta manusia ni, kadang-kadang kita lalai. Lepas tu bila tak mendapat redha Allah, the relationship will not success.  hati tak tenang dan stress tak bertempat.Tapi tak bermakna lah tak mahukan untuk berumah tangga, semua orang mahu. Cumanya, i'm not into in love before married. Yang pentingnya keberkatan dalam perkahwinan. So, aku positif sahaja sekarang. Berusaha untuk menjadi yang baik untuk mendapatkan yang terbaik. Apapun, jodoh tu kan di tangan Tuhan.

Yupss, kadang-kadang Allah turunkan musibah sebagai ingatan untuk kita lebih ingat kepadanya. Entahlah, tapi aku seronok dengan kawan perubahan yang kawan aku ni bawa. Sebab dia lebih baik kot dari aku dari segi solatnya, adab dan tingkahlakunya sekarang. Dulu pun bukanlah teruk sangat, sebab dia memang baik. Tapi sekarang lagi baik. Secara tak langsung, ianya cerminan untuk diri aku sendiri untuk lebih mencari ilmu. Yay, tadi kitaorang solat berjemaah dan dia jadi imam. Last week aku jadi imam. so kita tukar. yang sebenarnya aku belum lagi sempurna untuk menjadi imam. Wajib belajar!

Apapun, masa lalu adalah kenangan dan harus ikat rapi dan bakar. Yang baik diteruskan dan yang buruk tak payah ingat dan tak payah ulang balik. Masa lalu tu bukanlah ukuran kita sekarang, tapi siapa kita sekarang itu yang lebih afdal diperkatakan. Ayat ni aku dapat dari Fetri Yahya.

Oh terigat kata ustaz Pahrol " untuk berubah dari jahiliyah kali kedua, proses perubahannya adalah sama seperti perubahan jahiliyah kali pertama".... Fikir-fikirkan dan selamat berfikir.






No comments: