Saturday, July 14, 2012

Travelog Haji





Sudahkan anda mendaftar sebagai jemaah haji ? (sesuka hati je ayat aku tulis ni).
Tahun ni entah macamana sebab sedar diri dah sedikit 'matang'  (tak nak lah cakap tua kan), maka berazam untuk mendaftar untuk pergi haji kat Tabung Haji awal tahun lalu. Padahal orang lain, muda-muda lagi dah register kan. Nak buat macamana, akak dah tua-tua ni baru dapat hidayah nak register haji. 

Duit tak adalah cukup 10K pun dalam akaun. Aku sejak kecik bapak aku dah buatkan akaun tabung haji semua adik-beradik. Tapi offcourse lah ada keluar masuk bila buku kat tangan aku bila aku besar. Kalau tanya perasaan aku masa nak register...? Something yang tak boleh nak terungkap dengan kata-kata. Nerveous. padahal register je kot. Then message kak In.

" Akak, saya nerveouslah nak register haji ni" . Macam-macam carca marba datang
" Alah , xper...akak dulu pun macam tu. Sekali dapat, turn 2045" <--- Ni hujung 2011

Bila dah register, turn aku adalah 2048! Aku dah lepas pencen kot masa tu. Tua lah. Entah sempat entah tidak. Tapi mudahan-mudahan sebelum pencen, aku dapat pergi haji. Lepas dah register, perasaan aku tak boleh nak terungkap, sedih kot dalam hati. Sangat. Mudahan-mudahan Allah memberikan rezeki yang secukupnya untuk aku, so bolehlah pergi sebelum tahun itu.







Ini edisi terbaru
sebab ni kecil sikit berbanding saiz asal. Tapi isi sama..
Dulu aku pinjam kat library jek...
Bagus buku ni...sampai termimpi-mimpi pergi mekkah uolss.





Buku ni pun bagus. Lunyai dah aku buat buku ni.



Aku memang bajet poyo (dengan family sahaja).
Adik-beradik aku memang tahu kepoyoaan aku ni.

" eee...tak boleh blah.. Perasan" <;--- ayat biasa ni bagi kat aku.


Aku register awal tahun dah 2048, ni dah tengah tahun confirm dah lebih 2050. Tapi kalau ada duit, tak payah tunggu turn ye tak. Aku punya ex-KPSU muda lagi. Umur baru je 33. Background dia sebelum ni pun Engineer. Perempuan, bujang dan cantik sangat. Now dah continue sambung PHD sponspored by JPA. Masa last majlis  farewell dia, dia announce ada satu lagi event besar dia tahun ni, which is Tunaikah Haji. masa dapat panggilan dari Tabung Haji macam tak percaya. She is my idol dalam kerjaya. So, lagi 3 tahun kalau ada dasar baru kat KPM that my ex-KPSU punya dasar. Hahaha (dia cakap)..sebab lepas ni dia kat KPM.


So, just register je. Atleast, niat untuk kesana dah ada (sebab itu rukun Islam ke-5). Kata atok aku (dulu masa lepas dia balik haji), kalau kita dah niat Insha Allah, Allah akan permudahkan. Ameen. Tak salah kot sebagai seorang perempuan yang tak kahwin lagi macam aku yang tak tahu bila kah nak kahwin kan, register jek. jodoh tu Allah yang tentukan. Insha Allah, positif sahaja. Kalau dapat pergi dengan orang tua aku pun bagus. #Eh.








No comments: