Tuesday, August 7, 2012

#Doa memohon Keampunan



Assalamualaikum.


Just nak share. Haritu terdengar kuliah Ustaz Muhamad  Bin Abdullah (Ustaz Amin) kat IKIM, tak ingat tajuk apa rasanya 'mencari lalilatul Qadar' kalau tak silap. Katanya sebelum kita berdoa untuk berhajat tentang apa-apa sekalipun, kita digalakkan untuk membaca doa di bawah ini  terlebih dahulu sebelum berdoa apa yang kita hajatkan. why? Sebab doa ini ada banyak hijab-hijabnya. Insha Allah kalau kita baca doa ni dulu, hijab-hijab tu akan terbuka. 




اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni"


Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” 


(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Kebetulan tadi, sambil buat jurnal telinga dengar Tanyalah Ustaz kat TV9 oleh Ustaz  Dr. Abdul Basit Bin Abd. Rahman. Katanya, kita digalakkan membaca doa tersebut di malam-malam ganjil yang dijangkakan malam lailatul-Qadar.

Macamana pula untuk wanita yang diberikan 'keistemawaan' pada waktu berlakunya lailatul Qadar? Almaklumlah kita tak boleh solat dan baca Al-Quran.

Menurut kedua-dua ustaz, buat segala amalan kebajikan (meluas sangat) selain solat dan baca Quran. Banyakkan berzikir. Dan juga, menurut Ustaz Dr. Abdul Basit pula, bagi perempuan cubalah dapatkan skim pencen. macamana tu? 

Kita semua tahu kan tarikh/agak-agaknya bila 'time berehat' tu tiba (mestilah dah catit dalam diary kan). So agak-agaklah sebelum date tu, kita teruskan amalan secara konsisten sampailah 'waktunya'. Dan...sekiranya waktu kita 'berehat' tu terjadinya malam Lailatul Qadar, kita akan ditulis mendapat pahala yang sama seperti sebelum ni oleh malaikat. Itu namanya skim pencen.


sharing is caring








1 comment:

Asrida said...

InsyaAllah akan diamalkan....