Wednesday, August 8, 2012

Drama Akasia Kau Yang Terindah







Lepas habis Dejavu di Kinabalu, muncul pulak drama baru kat slot akasia ni #kau yang terindah.

Jujurnya aku memang hantu drama slot Akasia ni. Konon tak nak menghadap sangat drama berantai ni, tapi bila dah start layan harus layan sampai habis.Kali ni, pengarah yang sama macam #Dejavudikinabalu. Pelakon pun hampir sama. Cuma kali ni Neolofa jadi watak utama. Banyak pelakon baru (budak-budak rancangan Pilih Kasih). Yang paling penting sinematografi-nya gelap-gelap, suram-suram gitu. Tudia..sama macam #Dejavu.

Okaylah baru 3 hari layan. Cuma yang aku nak pertikaikan kat sini adalah isu " having a sex before married". Dalam drama ni (yang baru 3 hari tayangan) abang Neolofa (tak tahu nama apa, sebab pelakon baru) dah Ter-mengandungkan Girlfriend dia (pun tak tahu nama apa, sebab pelakon baru). Dalam cerita ni juga, macam seolah-olah yang lelaki ni punya feeling macam bakal ayah yang 'sah' pada 'anak' tersebut. Siap perempuan ni tak nak kahwin sebab nak fokus pada pelajaran (mula-mula dia nak gugurkan). Tapi dalam cerita ni, lelaki ni tak nak kahwin dulu pun sebab ada masalah keluarga (tengoklah sendiri pasal apa).

Dipendekkan cerita, mak perempuan ni dapat tahu. Abang perempuan ni pun marah. Lepas tu mak dan abang perempuan ni nak minta ganti rugi pada lelaki ni sebab dah Ter-mengandungkan anak/adik perempuan dia.

Isunya disini adalah, drama ni seolah-olah menggalakan perhubungan sebelum nikah tu tak apa (maybe ada pengajaran). Siap salahkan keluarga/orang lain yang tak faham masalah diorang berdua.What?? Boleh??  Lepas dah buat salah, minta maaf je kat semua orang. Lepas tu mesti orang maafkan punya. Lepas tu dah boleh berlagak macam pasangan yang sah (sebab karakter laki dan perempuan ni mcm ngada-ngada). Then mak bapak kalau tahu anak dah mengandung, boleh minta bayaran ganti rugi kat pihak lelaki. Padahal aku tengok, perempuan tu dalam cerita ni pun sama-sama salah juga. Just because of love?

Kalau orang yang boleh berfikir, mungkin kita ni tahu sebab apa, kenapa, apa yang sebenarnya boleh dan apa sebenarnya tak. Andailah kata, kalau orang yang tengok tu berfikiran singkat, mesti dia ambik scene tu sebagai contoh. Bila masuk je part lelaki dan perempuan tu, aku rasa annoying gila. 

Realitinya banyak sangat lambakan cerita macam ni sekarang. Indirectly dia mendidik penonton. Budaya hendonisme (perasaan suka berseronok-seronok dan berhibur)  ni dah semakin sebati dalam masyarakat. So  mana yang baik ikut, yang tak baik tu jadikan je pengajaran.


P/s: akupun bukannya baik sangat. tapi carik lah ilmu untuk memperbaiki diri.


1 comment:

najihahfara said...

agree with this entry. sy x berapa kenan dengan cerita ni. lagi 1 ramai sangat pekaon baru smpai hilang mood nk tengok