Monday, August 27, 2012

My bestfriend wedding



Dah lama tak update blog..beraya sakan...

25 Ogos 2012 adalah tarikhnya my bff berkahwin, Alhamdulillah. Kitarorang kenal sejak sekolah Teknik (form 4). Lama dah kot berkawan sampai sekarang. So, bila tarikh keramat her wedding, tentulah aku willing untuk tolong mana yang patut. Luckly rumah mak dia dan atok aku tak sampai sejam, jadi tak adalah rasa stress sangat masa raya ni nak bahagikan masa. Walau....ku drive bapak laju-laju macam hapee, sebab takut cik Ponti main cak cak dengan aku (drive lepas maghrib), sampai jua.




Dengan sekali lafaz (bapak terer) sah jadi husband pada zam's
aku siap tanya zam;
" Ng tak nervous ke nak nikah esok?"
"ah, mana dia tau nervous. dia main hafal je. Lainlah orang kita..tahulah apa tu nervous"




second persalinan..

me wearing Poppy from ThePopLook.com.
Baju kat situ simple, cantik, murah dan memenuhi citarasa aku.ewah...




Us with Rellina.(kawan zam masa SAB).
Tapi dah jadi kawan aku gak...





Diorang ni tak tahu adat orang Johor, banyak nau Tol.
Nasiblah dah explain awal-awal.
Luckly ada Pang. Tak sangka pulak pandai dia manage situasi kat semua pintu tol.
Pasni dah boleh kahwin dengan orang Melayu ...(Hint to Ziha)



Ni dah petang masa potong kek...
me & Ziha ..



sesi bergambar pengantin dan pengapit..kiki
Nampak serasi tak?? kiki
Tak boleh ni bf Ziha..kiki



Time ni best.
Pernah nampak pengapit ambik gambar time jadi pengapit?
Aku ler tu..Lupa pulak acik ni pengapit..Dahlah panas time tu.
Masa ni tengah silat bagai..acik lupa jadi pengapit.
Sampai kena tegur dengan makcik kat situ baru teringat..



Family Rayyan Ng.


Officially, ini juga merupakan kali terakhir jadi pengapit. Dekat 10 orang kot aku jadi pengapit. Kalau bab makan kat meja pengantin tu aku tak adalah jakun sangat. Kalau orang tanya bila nak naik pelamin, aku dah boleh jawab, dah banyak kali naik pelamin orang.(hahaha). Even kata zam, ini bukan wedding dream dia tapi simple is more. Dulu zaman muda-muda akupun ada wedding dream sendiri. Sekarangni, aku dah tak fikir dah semua tu. Life after married lagi penting.

Pertama kali juga rasa sedih bila tengok kawan sendiri masa akad nikah. Maybe sebab aku close sangat dengan zam..Susah nak describe kenapa sedih. Tapi sedihlah.

Untuk zam's,
selamat Pengantin baru both of you. Aku tumpang gembira dan bahagia akhirnya setelah bermacam dugaan, korang disatukan. Nampak macam senang kan. Tapi sebagai sorang yang kenal rapat, bukan sesenang yang dijangka hingga betul-betul korang jadi soulmate kan. memang korang meant together. (ala...macam Fasha Sandha dgn jejai tu).ahakss.*tetibe*

Betul kata kau, kita banyak share cerita kita samada gembira dan sedih. Dari umur kita 16 tahun sampailah umur kita dah tahap dewasa ni kita masih close sangat walau jarak memisahkan. Untungnya waktu aku down ketika dulu (bongek ingat balik) kau kerja kat JB. kau sentiasa ada untuk aku walau aku tak cakap pun. Kau cuba buat aku cheer up. Walau sebenarnya hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. Kau cuba buat aku sibuk. Dan ternyata kau sahabat di kala gembira dan susah. (aku sedih taip ayat ni ko tahu). Sampai bila-bila aku tak akan lupa.

Dan sekarang kalau aku face dengan masalah, aku sendiri tahu macamana nak overcome. Sebab pengalaman aku tengok kau punya experience menghadap semua masalah tu dengan tenang. Masalah yang lagi berat dari apa yang aku hadap. Macam Ziha pernah cakap kat aku, tak pernah nampak kau sedih, walau sebenarnya kita-kita je tahu.Terima kasih kerana mengajar aku sekuat ini.

Sebagai kawan aku doakan kau dan Rayyan bahagia hingga ke akhir hayat dan inshaAllah ke syurga. Yang pastinya kau dah jadi menantu kesayangan kan (hahaha). 

Last, i love our friendship forever. Even kita one day ada family masing-masing, aku harap sangat kita sama-sama sekeluarga close . Doakan juga kebahagian aku. Amin.

Thanks Babe...congrats !!!!



Baca tweet dia..ter-emo kat office.cukuplah..acik dah tersedih ni......

P/s: sorry terpijak kain duyung ko ye....Nasib tak tersembam






2 comments:

zyla said...

first of all: terima kasih sahabat...
sungguh, kamulah sahabat dunia dan akhirat..
andaipun ku akan lalui hidup yg berbeza kini, namun ia tak akan memisahkan persahabatan kita..
kadangkala, walau sudah berkeluarga, ada benda yg kita hanya boleh berbincang dengan sahabat kita sahaja...
percayalah, saat manismu akan datang jua...
insyaallah, pengalaman akan mematangkan kita. lagi banyak dugaan yg kita tempuhi, lagi kuat diri kita sebenarnya.. dan dengan Izin dariNya jua untuk kita tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan2Nya..
Dia tidak akan menduga kita jika kita tidak mampu untuk menanganinya...
aku sayang kamu sampai bila2, insyallah...

p/s: a'ah kan nasib baik aku x tersembam disebabkan kain duyungku itu..
Ryan cakap dia nampak riak sedih diwajah mu, sesungguhnya aku pun berperasaan sebegitu.
siap kena sound dgn mak andam, jangan nangis rosak make up nanti. cehhhh apadaaa... hihihi

keyno said...

My dearest Che' miza..
Dun b sad..remember there's always light at the end of tunnel. Just we dont know how far is the tunnel. Macam zla punye case, die da sampai hujung tunnel die. Ur time will come.anytime soon.
Even zla da kawen, she will always ur bff. Nothing change right?!
And 1 more thing, he's not my bf la! Jatuh saham aku ni. Hihihi~