Monday, August 13, 2012

Sekeping Nota




Alhamdulillah sesi bersenang lenang short semester ni dah habis. Semester yang paling relax dan tak pening kepala sangat. Lepas ni dah tak ada kelas. Tinggal exam je awal bulan 9 ni dan nak submit beberapa lagi assignment. Nasib 1 paper je final exam. Bolehlah beraya dengan tenang.

Semalam is presentation day untuk subject Islam dan Issu Semasa. Lepas ni subject ni dah dijumudkan. Tak seronok sebab group aku second last present. Lepas tu kena jadi penjaga masa. Lepas tu lagi, group-group lain ni lupa diri bila cakap kat depan. Over the time okay. Dah boleh jadi ustaz pun iya. Jadi pemimpin parti mana-mana parti pun iya. Over. Penat acik ni jadi penjaga masa angkat kertas kat uols. Tapi uols pandang sepi je kan kertas i. cakap tak nak berhenti.

Sebab tu Dr. aku cakap ada beza f/time dengan p/time student. Isi dan hujah lebih matang. Ada juga bagusnya. Sebabnya bila belajar subject ni, ada satu dimensi baru pemikiran yang aku sendiri rasa sedikit berubah bila tengok suasana semasa negara kita. Ada benarnya...Kita kan orang Islam.

Best kelas ni sebab ramai gila (actually sampai le ni aku kenal sikit je selain classmate aku). Sebab campur dengan course lain kan.





via Instagram. Beginilah jadiknya gambo ni.
Set pakai baju kurung. 1st time lah gi kelas berkurung.



Boring dgr org present dan main note-note ni . (ni memori zaman sekolah)
Actually ada satu brother ni explain pasal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahkan dengan susana zaman sekarang. Bagus sebenarnya sebab dia mengkaji.

Ideanya saja nak kenakan Wan aka Cicak. Sebab dia ni pun suka bagi tazkirah percuma kat iols dan we all.Tapi aku pulak yang terkena balik....Saja je aku cakap nak calon macam Ustaz Don, tapi dia dah nak kahwin. Ha, sekali tengok cicak balas macam ayat di atas ..terus rasa insaf lama sikit. Terus stop passing-passing note ni. 

Tapi atleast bila presentation macam ni aku tahu majoriti senget pada parti politik mana. Ahakssss... Perbincangan memang secara ilmiah, tapi maksud mendalam.



No comments: