Wednesday, August 1, 2012

Syafaat Nabi Muhammad SAW



Selalu aku dengar IKIM berkenaan dengan amalan-amalan yang mampu kita tambah-tambahkan supaya kita mampu mendapat syafaat di akhirat kelak.

Apa itu syafaat?

"di akhirat nanti, manusia akan mencari rasul utk memberikan syafaat dan dipercepatan kiraan amal"

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :-
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan
 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

bagaimana pula mendapat syafat Nabi SAW:-

1. Doa selepas azan
- sabda Nabi, apabila kita mendgr azan maka jawablah spt kata muazin. Kemudian selepas azan berdoalah. Dlm doa tersebut ada permohonan utk Nabi Muhammad saw mendpt wasilah (tempat tertinggi).

2. Selalu berselawat ke atas Nabi. Paling kurang 10 kalu pagi dan 10 kali waktu petang.

3. Khusus utk org Madinah: kpd org yg bersabar di Madinah.

4. Perbanyakkan sembahyang sunat. Sunat dhuha, sebelum dan selepas solat.

5. Tunaikan hajat org Islam. Sabda Nabi "Nabi akan berada di sisi timbangan"

6. Bersaudara kerana Allah. Bersahabat dgn niat kerana Allah.

  Tapi ada adab serta tatacara bagaimana syafaat itu boleh diperolehi . Selain itu ada juga perkara-perkara yang boleh meghalang kita daripada mendapat syafaat Nabi SAW. Rujuk syafaat  

sama-sama lah kita mencari seberapa banyak amalan yang boleh digunakan untuk mendapatlkan syafaat Nabi Muhamad SAW di akhirat kelak.  Paling tidak pun bila ada orang menyebut nama Rasullulah SAW, kita harus membalas dengan lafaz " SAW" juga. Ingat, Nabi terlalu sayangkan dan memikirkan nasib umatnya hingga akhir-akhir hayat baginda. Tapi kita?   mari kita berpesan-pesan..      

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Amalan Rasullullah setiap selepas solat subuh dan selepas solata asar,

beristifar sebanyak 70 kali selepas solat subuh dan selaps solat asar.

selamat mencuba

Dari sudut Hati kecilku said...

Salam..

Thanks ya atas perkongsian ini.
Moga sama2 diamalkan.
;-)