Saturday, September 15, 2012

being Single



BismillahiRahmaniRahim

Terasa ingin mencatat disini. Walau aku tahu nantinya tak pasti lagi aku semak ke tidak lagi entry ni.
Been discuss dengan seorang teman zaman sekolah. Agak panjang lebar tentang topik ini. kami berlainan jantina, punya banyak isu yang dikupas berkenaan dengan vice versa. Walaupun sebenarnya melalui kehidupan ini sudah sedikit lama dan yang pasti kesilapan tentunya banyak dalam proses meneruskan hidup, isu hati dan  tentang sifat manusia ni amatlah rumit untuk dirungkaikan. Hebat kan perasaan dan sifat yang Allah ciptakan berlainan pada setiap makhluknya.

Being single bukanlah impian semua orang yang pastinya. Lumrah manusia ingin dikasihi dan mengasihi. Mengimpikan sebuah keluarga idaman, pastinya impian setiap insan. Namun kadang-kadang, jodoh itu masih samar. Mungkin juga ada depan mata, tapi kita belum nampak lagi. Jodoh itu pastinya Rahsia Allah. 

Semalam aku jumpa satu blog ni. Isu yang dikupas dalam blog tersebut sangat menarik. Yang pastinya agak dekat kot kat hati aku. Ada pengisian yang buat diri sendiri jadi emotional. Apa yang penting dia buat aku muhasabah diri sendiri. Banyak yang aku belajar, banyak perkongsian yang secara tidak langsung membuka minda aku. Dalam hidup ini, kita akan sentiasa diuji. Setiap fasa  kehidupan itu, kita diuji. Ujian itu membuatkan kita kenal diri kita sendiri. Ujian yang datang itu membuatkan kita lebih dekat dengan pencipta. 

Being single sebenarnya satu token yang harus dipandang dari sudut yang positif. Dimana masa ini lah digunakan sebaiknya mempersiapkan sebanyak mana ilmu rumahtangga. Bak kata seorang kakak yang berkahwin pada usia yang cukup muda. Zaman dia kahwin dulu, dia baru habis belajar. Ilmu rumahtangga pun tak tahu. Jadi ada point disitu. being single juga merupakan token untuk kita lebih berbakti pada keluarga. Kita ada masa yang banyak dengan keluarga dan tiada halangan disitu. Being single juga merupakan satu  peluang mencari seberapa banyak peluang lebih mujahadah dengan Allah. Memantapkan persediaan dari sudut fizikal dan mental juga.

Namun, being single juga banyak cabarannya. Cabaran yang lebih sukar sekiranya ada yang mengambil kesempatan atas 'kesingle-an' seseorang wanita tersebut. Mereka berpendapat mereka yang di usia sebaya aku ni 'mudah' dan 'terdesak'. Jadi berhati-hatilah dan beringat dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Kita ni perempuan, walau kita ni memang betul pun..namun, jika pihak satu lagi ingin membalikkan cerita, kita juga yang 'terkena' akhirnya. Berhati-hatilah. (Pesanan buat diri sendiri).

Yes, just keep positive. Allah itu maha mendegar. Allah itu sukakan hambanya yang sabar. Allah sukakan hambanya yang sentiasa merintih. Biarlah penantian ini berkahir dengan sesuatu yang berbaloi. 

Doa ku, bila mana aku dikurniakan rasa cinta kepada seorang lelaki..jadikanlah cinta ku kepadaMU lebih daripada cintaku kepada manusia tersebut. Ya, kadangkala bila mana rasa cinta itu datang, aku lalai. Ibadatku tidak sesempurna ketika aku dirundung masalah. Doa ku tidak sekusyuk yang dulu. Itulah ujian namanya buat diri sendiri. Kerana...kita hanyalah hamba dan bukanlah Ulul Azmi.




p/s: hey, aku okay lah. ..:-)...sesekali mahu bermonolog


No comments: