Tuesday, September 11, 2012

Cameron Highland #1



Amboi siap ada part part nak kasi update kan kat blog ni. 

Actually tak planning pun nak pergi Cameron ni. Its like, "eh, jom gi cameron" Lepas tu aku pun bengong-bengong dan kata " eh, jomlah. aku pun dah lama tak jalan". Padahal masa tu aku langsung tak check jadual exam, main setuju je. Fuhh, selamat sebab exam sebelum tu dan juga kelas tak start lagi. Selamat acik..Tuhan tu memang nak suruh acik pergi berjalan kot (ni tak boleh blah). 

Lagi best sebab tak bawa baju yang mencukupi sebab semuanya berlaku unplanning. Acik terpaksa lah shopping apa-apa yang patut. Walau ada yang terpaksa acik beli tanpa memuaskan hati. Sebab fikir nak pakai untuk waktu waktu tertentu kan.

Dah lama tak pergi sini. Last masa study kat PD dulu. makcik aku ajak teman masa buat site visit untuk satu projek kat sini. Lepas tu sampailah aku kerja dan makcik aku sampai dapat projek buat sekolah sampai sekolah tu dah guna pun, aku tak jejak lagi kat sini. Hampehh je aku ni. Now datang sebagai dah dewasa lah sikit (erkk), kesimpulannya bila dewasa.......Cameron ni boring kot. Kalau bawa budak, maybe seronok. Can't imagine macamana kawan-kawan yang kerja JKR kat sini boleh survive. Tapi paling utama, kat sini confirm boleh saving!!! No shopping! No fashionista! Haritu borak dengan some cikgu cina kat sini, dia cakap " kitaorang tak suka shopping. Kitaorang suka life yang natural macamni". Itu jawapan dia time Alin tanya " how ah, u all boleh survive hidup kat sini.? ". So setiap orang tu punya justifikasi mengenai sekeliling mereka. Respect! After 8pm, cameron dah sunyi kot. Scary....Sejuk?? dah tak kot. Tak macam dulu. Cuma waktu malam tu haruslah pakai. Hotel kat sini memang tak ada air-con. Cuma ada kipas yang tak pernah dibuka pun. 




Finally stop kat Lata Iskandar ni. 
Dulu selalu tengok ramai je orang mandi kat sini.
now dah tak ada. Katanya ramai orang lemas eh...
entah?



Kat sini ada orang asli yang jual macam-macam..
Aku tertarik ada satu kedai tu jual berjenis-jenis kayu pelbagai khasiat.
Tapi aku terfikir, macam ye ye je dia ni...So tak jadi nak beli.
lagi menguatkan hati aku tak sedap sebab nampak patung ukiran Budhha dan tulisan Insha Allah tu sebagai " InsakAllah"...errrrrr....."Islam ke?".. Acik jadi takut..



Inilah orang penting yang buat pagi-pagi anda menghirup teh yang sedap...
Gembira dan perasan macam artis Bollywood bila aku snap picha diorang. 
dah jauh pun siap "vivit-vivit" lagi......



Hebatnya Ciptaan Allah!!!!




jelas terang dan Nyata...
Tapi apakan daya kan....Rizab jalan kat sini semuanya penuh dengan sayur-sayuran..





Kilang Teh Boh..


Yea.....teh yang segar bugar ..tapi aku lupa namanya.
Kat sini ada jual macam-macam jenis teh. 
Sediakan duit sahaja.



Ramai gak yang serbu madu uncle nihhh kat Pasar Malam Brinchang....
Tak pernah jumpa kat tempat lain..



Tudung Fareeda : own by Alin (1st time pakai tudung macam ni).
Palazo : Beli kat Times Square (main hambik jek)
Blouse : Beli kat Times Square (hentam je)
Selipar : Roxy 

motip??? 


saya suka..saya suka!!!
Nasib tak bawa kereta sendiri...kalau tak, wajib penuh..dahlah murah...




Jagung kat sini sangat sedap..
ada jagung susu dan mutiara..mostly makan macam tu aja..
boleh dikatakan, jagung kat sini sangat manis dan sedap tak macam kat bawah.
Tapi pakcik yang jual jagung rebus tu cekik darah. Sebab dia jual sebiji RM 4.oo.
Lepas tu pembantu dia orang indon tu buat muka perasan cantik...senyumlah sikit kan.
Esoknya pergi lagi pasar ni, harga turun jadi RM 3.50/pcs.. acik tertipu...
Bayangkanlah, mostly jagung mentah kat sini selonggok ada 8-9 biji adalah RM 10
so berapa banyak yang pakcik cekik darah ni untung???

* tetibe teringat pakcik teksi kat Shah Alam hari tu...semoga rezeki pakcik banyak..tapi berkat tu saya tak pastilah..(sentappp)..




No comments: