Wednesday, September 12, 2012

Cameron Highland #2



Oleh kerana aku adalah menginap kat sini 3 hari 2 malam (gila boring), siap tanya alin banyak kali " eh, kita semalam je kan?". Oleh kerana kawan aku ni mahu lama sikit, aku layankan. Tapi oleh kerana nothing here, so aku rasa boring kot. Sebab pada aku,  kalau konsep bercuti tempat orang ni, memang kena berjalan berjalan. Kalau takat drive jauh-jauh then just lepak dalam bilik, baik tak payah berjalan jauh-jauh. Tu dia....Bukan tak ada tempat yang best kat sini, tapi mostly sama je farm kat sini. Strawbery, cactus, rose..itu ja. Cuma pemilik je berbeza. Tapi kalau nak tenangkan fikiran, tempat ni adalah tempat yang sesuai. 

Hari kedua bermula agak lewat. Bisnes kat sini pun start lewat. Lokasi pertama hari kedua adalah di Bee Farm. Hari kedua, cuca tak berapa bagus sebenarnya. Sebab hujan dah mula turun. Lokasi kali ni adalah di Kea Farm. Tak jauh pun dari Brinchang.



tu dia..hujan dah mula turun.
Kalau hujan for sure lah nak berjalan dah tak best.
Kabus pun boleh tahan....



Masuk kat sini FOC.
Masa kat sini manusia memang ramai.
bolok kepala aku..pening...



shawl : own By alin
blouse : Own By alin
palazo : Beli sendiri

motip???  nak cakap, banyak sponsor.


Terasa sejuk? jangan risau..sebab kebanyakkan kedai cenderamata kat sini ada jual sarung tangan dan sebagainya..




Tu dia ..strawberry...
Not really jakun..sebab bukan fan strawberry pun




Pokok Ayamas ni memang banyak kat Cameron.
Kat tempat lain tak pernah nampak.

Bila hujan dah lebat, kitaorang patah balik kat bilik. Habis je hujan berhenti, patah balik Kea farm.
Sebab kat sini banyak tempat boleh pergi. Walau lebih kurang sama je kan.




Kat sini kena bayar RM 5/entry
Tempat lain FOC je. Tapi itulah, berbayar. Tapi macam hampeh je kan.
aku memang kuat complaint...

kat sini juga jumpa dua budak perempuan (sebab berborak), macam student univ. Diorang naik motor dari Ipoh ke sini. Gila  ahh korang. Jauh tu. Dengan hujan lagi. Sebab rencananya kitaorang nak sewa motor je jalan-jalan kat Cameron ni bila nampak diorang naik motor. Rupanya memang diorang datang kat sini naik motor.



Dulu masa budak-budak tak dapat bergambo macam ni.
Dah remaja purba baru dapat kan...



Rose....
suka tengok bunga-bunga kat sini...



Ni pokok bunga harum sundal malam?
entah..akak main hentam je cakap...



Ni namanya Jambu Jepun
Rasanya macam Jambu Bol.
Tapi lebik-lembik macam tu..

sebenarnya tak boleh petik-petik. Tapi bila bermanis mulut dengan mat bangla tu, dia baik hati kasi petik dan bagi kitaorang makan. walaupun aku tengok tak selera. Sebab tangan Bangla tu penuh tanah. tapi dia paksa kitaorang rasa. Demi jaga hati, moh lah kita makan je. Alin siap provoke Bangla tu tukar kerja. Sebabnya cleaner bangla kat office dia je gaji sebulan RM 1k. wekend cuti. Kat sini Bangla tu cerita everyday kerja. Gaji RM 800/mth jek. Tapi ikut logik, mana je dia nak pergi kat sini. Baik kerja. Boleh ngular juga time kerja. Duit save gilaaaa..



Konon-konon nak baling  kelopak bunga tu..
sekali ambik kau....ye..tu dia..Miza awak nampak  gemokkk..
tak kisah pun :-\



kat Kea Farm ni kalau nak beli sayur, jagung, bunga ke memang berbaloi...
Jangan tak tahu, aku adalah peminat jagung. Marilah memborong jagung banyak-banyak.
Masa tu hilang ingatan. Bila tersedar, rupanya aku balik JB naik bas okay!!
Nasib mak tak shopping sayur yang murah-murah tu..fuhhhh....
Kereta Alin penuh dengan sayur dan jagung. kalau stop tepi jalan, dah boleh menjual dah.



Kea Farm ...


i love Lavender....
aku pernah terbaca 
" janganlah mengharap orang lain memberi kita bunga. Kenapa tidak tanam je sendiri bunga tu"
Maka dengan itu, akupun membeli lavender ni dan hilang ingatan sebab terlupa aku balik JB naik bas.
Orang yang jual tu cakap, lavender ni tahan setahun. So aku nak tengok tahan tak setahun.



Sebenarnya kat sini memang tak sedar hari dah petang. Sebab cuaca dia sama je. Tengok jam dah pukul 6.pm. Jadi siap-siap beli makan kat pasar malam Brinchang dan duduk dalam bilik tengok TV. Boleh??? 







No comments: