Tuesday, September 25, 2012

Kitakah isteri yang dicari?


Saya terbaca entry ni. kemudian saya muhasabah diri sendiri. Dalam hidup ni kadang-kadang kita tak akan dapat kesempurnaan. Tapi saling melengkapi. Kita selalu mengharapkan orang lain banyak memberi. Tapi kita kena sedar, kita banyak memberi ke tidak. Saya selalu pegang Prof.Muhaya punya kata-kata;

" Untuk mendapatkan kebahagiaan, kegembiraan..kita kena beri pada orang. Buat orang lain gembira. banyakkan memberi"

antara isi entry tersebut:

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan.


p/s: muhasabah dan terus muhasabah


No comments: