Saturday, September 22, 2012

Ragam kehidupan




Bestnya Diana Amir dah bertunang.Baru lepas baca artikel dia nak tamatkan zaman bujang next year. Cuma belum jumpa calon yang sesuai. aku setuju dengan kata-kata dia, " usia saya bukanlah sesuai lagi nak berdating-dating". Setuju.!! Harini tengok gosip *eyes on, dia dah bertunang dengan pensyarah UITM Merbuk. Bestnya..........Hmmm. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah. Amin.

lari topik

Me adalah orang yang susah 'menolak' dan sukar menyatakan 'tidak' bila statement ini berbunyi...

" Miza, kita jadi teamate ye"

Tergamam. " Ha, oklah kak"

Kemudian aku mendapat message di whatapps

" Tahniah miza dapat team mate yang best" * eyes on

seminit kemudian dari orang lain.

" congratulation miza. good Luck!"

Peh menganjing siot. 

Tapi aku segera set kat kepala, fikir positif je. Ini ujian. The other side, kau boleh belajar lebih dan bila buat kerja lebih, kau akan lagi pandai. Nanti jadi engineer dah senang. Okay. keep positive.

kemudian ada lagi rupanya teman yang tercicir. Teman tu memang tak berani message aku punya. Sebab aku akan sound direct. Tapi dia tak tahu yang aku yang reply message dia walaupun dia hantar message pada teman ku yang seorang ini. Kasihan memang lah. Tapi bila ada bad experience dalam teamwork (bukan sekali dua!) you kenalah beringat. Sampaikan rupanya bukanlah aku sahaja yang rasa begitu. Tak sangka pulak teman belakang aku (senior akulah bila turn to kerja).

" aku tak nak group dengan dia. aku dah ada bad story dengan dia!" Lagi pedas sebab nada tinggi.

Kesimpulannya, bila kita ni buat 'taik' kat mana-mana mesti orang akan ingat. Meskipun kita rasa benda tu kecil, tapi impaknya jika membabitkan orang lain ianya sangat besar. Mempergunakan orang lain untuk kepentingan dan menyusahkan orang tu memang lah tak betul. Ini team work. Pada aku, kalaulah kita ada komitmen lain, tapi pandai-pandailah jaga hati kawan-kawan (terpulanglah dengan cara apa kau nak ambik hati kawan tu).


Cerita lain pula..

Bila ada teman yang mengadu kisah rumah tangganya. Aku memang suka mendegar. Insha Allah i'm a good listener so far. Sebabnya kenapa so far? Kita pun tak tahu sikap kita esok dan lusa. Tapi aku hope sangat aku maintain sampai bila-bila. Sebab ada teman-teman yang bila dah berubah status, sikapnya tak macam dahulu. Aku kecil hati? of course yes. Tapi aku fikir positif, diorang mungkin dah ada famili yang bahagia..sibuk dengan hal rumahtangga, jadi kawan-kawan ni dah tak berapa penting. Baiklah. 

Kadang-kadang timbul juga dalam hati, " asyik aku je ". Ini merujuk pada situasi bagaimana dan di mana. Tapi fikir lah positif. Tak apa. Biar kita buat baik dengan orang. Orang buat jahat dengan kita tak apa. Biarkanlah. Itu bukan urusan kita. Hidup ini ada hukum karma. Hidup ini kita sentiasa diuji. Kita bahagia pun sebenarnya ujian. Kita berduka pun sebenarnya ujian. Biar kita buat baik, insha Allah ada ganjaran. Mungkin tak hari ini, tapi akan datang kita tak tahu.

Mak aku selalu pesan. " jangan buat jahat kat orang. Nanti hidup tak berkat"

Bila aku dah dewasa sekarang, makna berkat tu sangat besar. yes, sangat besar.

So, aku tak lah fobia denga sajian cerita-cerita kurang enak hidup berumahtangga dan relationship ni. Sebab, kena sedar relationship ni adalah 'give and take'. Jadi, tak bolehlah banding-bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain. Kadang-kadang mungkin ianya taklah sesempurna pun. Tapi itulah yang terbaik untuk kita. Dalam hidup ni, kita hanya dapat apa yang kita perlu dan bukan yang kita inginkan. Sebab tu, keluarga kita adalah keluarga kita. Tak boleh bandingkan dengan orang lain. 

Contoh paling senang macam family aku sendiri. Kitaorang adalah famili yang pergi mana-mana mesti salam mak pak. Kemudian bukan salam cium tangan. Mesti berlaga pipi (even bapak aku ya). jadi bila ada ahli keluarga baru, mestilah orang tu akan rasa janggal. Bila orang tua kecik hati (kau janganlah provoke) kena positifkan mak pak tu.

" mungkin cara didikan famili dia lain. Jangan samakan famili kita. Lama-lama dia oklah tu"

Yang paling penting, jangan provoke. Even tak puas hati, jangan libatkan mak pak kau tu dalam apa yang kau rasa (even kalau kita dah luahkan tu, mestilah sikit sebanyak mak pak akan tercalit dalam hati kan sebab yang meluah tu anak sendiri, mestilah lebih ke arah anak sendiri). Habis sampai situ je. Family bonding tu penting. Siapa tak sayang adik-beradik sendiri okay.

Me ada kawan lelaki yang rapat. Dulu sebelum kahwin dia solat memang lompang lompang. Biasa je orangnya. Tapi rezeki dia kahwin dengan anak bekas kadi. Tak pernah pernah subuh-subuh solat berjemaah dan tazkirah, tapi bila kahwin 'terpaksa' buat mula-mula. Semata-mata nak jaga hati pak mentua. Tapi lama-lama daripada berlakon tu, dia rasa dah jadi kebiasaan. kalau tak buat rasa lain. So, mula-mula berlakon..lama-lama dah jadi kebiasaan. 

Sebab tu lah, jangan lah judge orang lain buta-buta. Fikir positif. Tukar mindset. 


chow, nak solat isya"

No comments: