Monday, September 10, 2012

Soalan Biasa



Pada suatu hari, sedang enak aku makan juadah open house yang begitu menyelerakan..seorang wanita separuh usia yang  duduk di hadapan aku tiba-tiba memulakan perbualan (sebenarnya ni mak kawan aku).

" ha, ekau bila laie ni?"   dengan muka yang serius(makcik ni memang begini)

"Insha Allah tahun depan. Saya pun dah habis belajar" sebenarnya aku main hentam je...asal ada jawapan. Muka aku memang terkulat-kulat.

" calonnya dah ado ko?" ahh makcik ni soalan apakah ni..fikir seminit nak jawap ni. Biar puas hati.

" Insha Allah ada makcik"  Dengan confidentnya aku menjawab.


Lepas tu makcik tu angguk-angguk. Aku rasa makcik tu aminkan je jawapan aku. Mudahan-mudahanlah kan. Kemudian aku terasa bertambah lapar pulak dengan soalan ni. Terus aku dengan rasa tak malu tambah lagi satay kat buffet yang tersedia. Bertambah-tambah lapar aku.



*All is well.All is well....Think Positive. Keep in mind.


Edited: Lately ada isu yang membawa aku lalai hati dan fikiran. Ketenangan ditarik secara tiba-tiba. Mungkin salah diri sendiri sebab terlalu memikirkan tentang masalah/perancangan duniawi. Sedangkan aku alpa tentang tujuan sebenar aku dihidupkan dan tanggungjawab aku sebagai hamba. Kekhilafan aku sendiri. Segera ku dengar kembali kuliah kuliah agama untuk terapi hati dan fikiran aku sendiri. 




No comments: