Sunday, October 14, 2012

Double Happiness



Setiap orang berhak untuk punya rasa bahagia dan gembira. Walau apa jua keadaan yang kita lalui, bahagia itu milik kita. Mencari bahagia itu bergantung pada cara kita menanganinya. Yang penting, kembalillah padaNYA. 

Definisi bahagia pada aku adalah pabila punya yang hati tenang. Kerana ketenangan itu sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Akhir-akhir ini ada sebab ku punya rasa gembira. Punya keluarga yang sangat memahami dan bahagia. Mak abah yang tidak pernah menyusahkan anak-anak. Adik-beradik yang saling membantu. Pakcik, makcik dan atok yang amat-amat menolong. Jiran tetangga yang sangat bekerjasama. Kawan-kawan yang saling menyokong. Apalagi yang ku harapkan lagi? Walau mungkin ada sisi lain yang aku belum mencapai bahagia itu, aku redha. 

Mungkin ada hikmah yang sedang disusun NYA. Terima kasih atas kata-kata dan doa-doa yang diucapkan dan dibacakan di tanah suci. Jasa kalian amatlah ku hargai. Apalagi yang buat ku untuk tidak bersyukur?? Maka, kepada NYA aku harus sentiasa bersujud dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan atas kebaikan mereka yang baik-baik di sekeliling aku.

Minggu lepas kami baru sahaja menerima ahli keluarga baru. Ya, aku dapat adik ipar lelaki. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga adik ipar aku pun orang baik-baik. Kami sekeluarga pun dah beberapa kali saling berbalas kunjungan. Jadi, itu makin mengeratkan hubungan silaturahim sesama muslim. 

Lima hari selepas itu, Allah bagi lagi kami rezeki. Sebuah kelahiran baru. Ya, mak abah aku dah bertukar title, Atok. Aku? makcik dah kan. Makcik pakcik aku yang muda-muda tak tahu nak panggil apa ni. Tak kan atok kot.Macam tak sesuai kan. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Allah yang berganda-ganda ni.




Malam khatam Al-Quran & berzanzi...
Dan dan je malam tu aku 'direhatkan'. malam sebelumnya dah berlatih siap dibetulkan tajiwid.
Jemputan khatam dan berzanzi pun ramai. Alhamdulillah.

*props photo aku yang buat (later update)



famili!!!



3 girl left!


Akhirnya!
Mechanical & Electrical Engineer....:-)


Dannn...


Baru beberapa jam selepas dilahirkan (semalam)
Semoga menjadi anak yang solehah ye baby...:-)



Sesungguhnya kesibukan melayan tetamu menyebabkan kitaorang lupa nak famili photo. Dua-dua famili pulak tu lupa. Lagi satu, majlis ni sangat penat aku rasa bab mengemas. Padahal pengalaman tahun lepas, tak sepenat kali ini. Apapun, syukur atas anugerah yang berganda.


p/s: Tahniah buat seseorang atas Anugerah berganda waktu konvo. Anda inspirasi saya dalam pelajaran.



No comments: