Thursday, October 11, 2012

iam lejen di pesta konvo



Tadi aku pergi Pesta konvo UTM. Cadangannya sebenarnya mahu berjumpa dengan pak usu ku kat Burger King Skudai. Teringat Siti nak perform malam ni. Langsung U-Turn dan singgah sebentar di Pesta Konvo yang berdekatan dengan tempat yang nak dituju. Ramai orang. Mujur ku tahu selok belok tempat ni (walau tak ingat nama blok, nama jalan kan). Jadi aku tahu nak parkir di mana. 

Ramai berkumpul kat depan malahan di sekeliling kawasan stage semata-mata nak tunggu siti perform. Tapi biasalah majlis macam ni confirm itu agenda yang terakhir. Ku pusing tapak pesta yang besar ni. Sama je macam tahun sebelumnya (baju, kain, tudung etc). Kemudian pergi di satu booth. Iam lejen! lama bertapak di sini. Sangat lama! Seronok baca buku kat situ. Serius aku suka! sebab .....kenal dengan siapa Nam Ron, Wani Ardy, Zahiril adzim, Pekin ( sekadar menyebut beberapa nama) melalui tulisan dan karya mereka. Puas ku pusing, dan mujur ku bawa wang yang sangat limit (kerana ku tahu aku bagaimana bila pergi ke tempat yang macam ini). Akhirnya, ku sambar " langit Vanila" by Wani Ardy. Tahniah Wani, atas kelahiran Ikhlas (tengok kat Instagram Along).




hanya RM 20.
Abang tu mahu kasi plastik, tapi ku tolak.
Demi menyokong kempen menjaga alam sekitar tanpa plastik.


Banyak puisi yang aku suka. Paling suka ini;-

Mahu Tak Mahu

Kita takkan dapat apa kita mahu
Kita akan dapat apa kita tak mahu

Kita harus mahu apa kita tak mahu
Hingga kita tak mahu apa kita mahu


Redha.....





No comments: