Wednesday, October 24, 2012

+kosong+



something to thought...

Kadang-kadang saya rasa saya sangat complicated bila berfikir
Kadang-kadang saya berfikir simple-simple sahaja..
Kadang-kadang saya rasa apa yang saya fikirkan itu cross border

Saya teringat kata-kata Prof.Muhaya
"Kita akan jadi seperti mana yang kita fikirkan"
Saya berusaha untuk positif...terkadang saya manusia biasa juga

Saya memang tak pandai berlakon..
Kalau saya tak suka,refleksi gerak saya, nampak tak suka..
Mungkin untuk sesetengah keadaan perlu juga untuk ambil hati...

Saya pentingkan kesederhanaan..
saya tak pernah impikan suami yang kaya raya
saya hanya perlukan seorang suami..
Ya, suami yang sah...

Sekarang saya 29..dah tua kot..
bila tengok diri balik, saya rasa kekurangan..
i've nothing yang boleh dibanggakan sangat.
Financial saya pun tidak lah se-gah mana..
Alhamdulillah, sampai hari ini saya boleh survive...

Cumanya pencapaian peribadi sampai hari ini
saya berjaya menambah hutang...
hutang kereta,hutang rumah....
a bit scary actually.....Too scary..
Hope everything saya mampu tanggung dan
Allah murahkan rezeki saya....

saya kerja biasa-biasa sahaja. yelah kerja kerajaan je.
Tapi saya aim untuk jadi Engineer dalam kerajaan
Saya tak impikan untuk jadi JD.
Itu sahaja yang saya impikan..

saya impikan bila rezeki saya bertambah
saya mahu menolong orang lain
walau nilai itu sedikit, tapi perkataanya adalah 'menolong'.
sebab saya mahu menjadi seorang yang mampu
memberi manafaat kepada orang lain...

Ada lagi satu impian yang saya inginkan...
Lama dah terpendam..
pernah start buat,tapi sebab komitmen..
saya suam-suam kuku...
saya harap, saya mampu buat bila habis degree nanti....


sometimes bad thing happen, good things can happen...

sebenarnya saya rasa sedih dalam hati sekarang. Tapi saya dah tak ada air mata dah nak keluar.....
kalau ada kawan-kawan terbaca, tak payah simpati dengan aku. Aku yang patut simpati dengan diri sendiri..
But sangat gembira ada teman-teman seperti korang.




No comments: