Monday, October 22, 2012

MATANG



Tadi pergi diskusi dengan groupmate. For sure lah pasal project assignment yang berlambak. Tapi semester ni aku rasa satu feeling, sebab aku tak rasa stress macam semester yang sudah-sudah. Mungkin juga sebab aku dapat lecture yang cool daan sangat BEST! (walau pada mulanya macam scary dengan nama-nama tu). Tapi bila lecture, wahhh diorang cool lah. Bes!t. Mungkin juga sebab ada pengasingan team mate. Bukan menyingkirkan, tapi sekadar memberi peringatan. Juga sebab dah tahu macamana nak manage situasi tu. Terasa macam dah masuk alam matang yang sangat. *krik-krik*

Sebut hal matang sebenarnya teringat tadi kat bilik library 24hour faculty. Sampai-sampai je, full sebab ramai student perdana kat situ. Tak apalah, akak okay je. Tapi lokasi kat kusyen lah. nasib panjang dan banyak kuantiti kerusi tu. Ada seorang student arab conquer satu meja dia je. Tapi seganlah pulak nak menyibuk. Sebab dia tengah khusyuk. Nanti bising-bising mesti dia rasa annoying macamana yang aku pernah rasa hari sabtu masa lepak kat PSZ. Tiba-tiba seorang perempuan masuk. Cantiklah juga, sebab aku tengok sekali imbas. Muka macam baru bangun tidur (agak je lah, atau memang muka dia macam tu). Belakang dia seorang lelaki, (bf kot). Pandai je kan aku, padahal entah-entah kawan jek.

S : Aku tak boleh tengok muka budak perempuan ni. * slow gila cakap
A: aaa????? * mak confuse
S : Budak ni lah selalu kitaorang dapat contoh test dgn nota
A; Ohhhh * baru faham
S; Ko tengoklah, kejap lagi suara dia je yang kuat. K** memang sentap gila dengan dia ni

*blur*

15 minit.

A : kau ni memandai jek, yang memekak bukan dia okay. (refer perempuan yang depan muka aku)
S : belum warm up. Ko tengok lah kejap lagi.

45 minit (ni nak kemas-kemas balik)

A : kau buat dosa kering jek. Budak tu senyap jek. Budak lain suara yang kuat.
S: Aku rasa sebab sem lepas dia budak lagi. Masa tu excited. Sekarang dia dah senior, so matured sikit. sebab tu tak gedik-gedik macam dulu. Sekarang ni junior punya turn pulak.

*Theory matured  oleh kawan aku ni.



No comments: