Tuesday, November 27, 2012

kelantan's



Kadang-kadang aku rasa patut bersyukur dengan keselesaan apa yang aku dapat sekarang. Kerjaya yang tak perlu membanting tulang dibawah panas terik matahari. Hujung bulan dapat duit. Dapat pergi negeri lain dengan biaya pejabat. Semua tu harus buat diri bersyukur meskipun bukanlah ke luar negara. Namun, bila dah terlalu selesa pun, kita memerlukan satu anjakan paradigma (chehwah ayatku tak boleh blah) untuk lebih refreshing dan menjana minda. 

Kelantan? Bila dengar perkataan ni terus terpapar dalam minda loghat dia, budu, budaya, makanan dan yang penting parti pemerintah. Minggu yang sudah aku berpeluang menjelajah Kelantan atas faktor 'bekerja'. Program yang diatur dan disediakan pun secara immediate diluluskan oleh SUB aku. Perjalanan memang panjang. 13 jam! Menyusur 3 Negeri dengan melalui kebanyakan daerah adalah satu pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Mujur berganti drive. Balik baru rasa penatnya. 

Paling penting i love their scenery! I like Marang because foods yang ada tepi jalan. Satar dan kacang tanah rebus. Percayalah, tak ada kacang rebus yang sedap selain kat Marang! (Last time masa 2008 lepas election pernah pergi Teregganu masa kerja kahwin Kak Chik aku pergi). Pantainya yang sejuk mata memandang. Last point kat Terengganu adalah Besut. Kemudian dah masuk Pasir Mas, sekali lagi scenery berubah. Rumah, scenery kat situ. Kehijauan disitu. Dan ada yang aku tak pernah lihat di Johor sendiri. Paling utama lambakan bendera-bendera parti yang memang hebat dipasang di Kelantan. Kalau kat Johor? memang sangat sukar nak nampak. Hebat orang kelantan ni bab parti. 

Kali terakhir aku sampai Kelantan tahun1999 masa makcik aku kahwin dengan pakcik aku orang Pasir Putih. Sempatlah singga Thaiba, Thailand masa tu. Zaman sekolah lagi. Kali ini aku datang sebagai orang dewasa (dewasa ker?). Jadinya tentulah aku rasa aku lebih menjiwai apa yang aku nampak dan pandangan bukan sekadar pandangan kosong. Kelantan bukanlah negeri yang mundur pun pada mata aku. Sapa kata jalan kat Kelantan tak cantik walaupun bukan parti pemerintah. Siapa kata Kelantan tak ada pusat membeli belah yang best. Ada juga. Mungkin sebab jiwa aku bukanlah kebandaran sangat walaupun aku dah selesa kat Johor Bahru ni. Tapi mungkin di sesetengah kawasan, pembangunan negeri ni tak teratur. Kalau macam di Johor, kita ada kawasan perindustrian. Di sini, orang kat sini kaya dengan tanah. Kalau rasa nak buka kilang/kedai sebelah rumah, buka lah. Itu observation aku selama 3 hari kat sini dengan pergi di beberapa buah daerah di Bachok, Pasir Putih, Pasir Mas,Tumpat, Kota Bahru, Tanah Merah, Kubang kerian dan Rantau Panjang. (ada lagi tapi aku lupa). 

Lain tempat lain cara. Lain budaya. Design rumah pun beza. makanan pun berbeza. Tapi yang penting, kita satu Malaysia. (ewah). Itulah dia Malaysia. Pelbagai dan itu yang menarik! Orang-orang di sini pun ramah. untung sebab akupun ramai kawan orang pantai timur masa belajar dulu. Jadi Bahasa bukan masalah bagi aku. 






Lambang Bandar Kota Baharu
Sebelum ni, ingatkan macam depan tu istana. Rupanya macam jata je.





Selain pantai cahaya Bulan, Kat Kelantan juga ada Pantai Irama.

Muka gembira lepas makan. Sampai tak sedar dia dah termakan budu. walaupun dia sebenarnya bukan penggemar bealcan, budu, cencaluk dan juga tempoyak.




Ni namanya Masjid PAS. Lupa lokasi, tapi yang penting dari perjalanan balik Pasir Panjang.
aku assume begitu sebab semua warna hijau dan keliling penuh dengan bendera PAS.



Pasar Siti Khadijah yang sibuk waktu pagi.

Paling penting dah lama tak makan nasi dagang. Sedap!!
Kuih manis-manis memang banyak ...

kalau nak shopping, tingkat atas ada jual keropok dan kain pasang.



Wakaf Che Yeh
Ni bukan tempat cuci mata ye...sebabnya?
Bila berhajat nak cuci mata, dengan purse sekali akan cuci.
Officemate aku spend almost 3k kat sini sahaja one night! (crazy okay tgk dia shopping).

Tapi dari observation aku yang suka window shopping, tudung, baju kat sini memang worth it kalau kat luar. 
Even ada sesetengah baju batik tu, kat Terengganu pun mahal sikit .




Pantai Telok Gadong, Dungun.

That why driving ni best! Sebab boleh stop mana-mana lokasi yang anda suka.


Bersyukur dengan semua rezeki yang ada. Nikmat Allah ni memang tak terhingga. Cantiknya ciptaannya memang tak terkata. Tapi kadang-kadang kita tak bersyukur kan.

Insha Allah, kalau ada peluang lagi...pasti pantai timur akan ku jejak! :-). Terima kasih pengalaman.



No comments: