Tuesday, November 6, 2012

Review : Skyfall





finally setelah sekian lama selepas 'Ombak Rindu' kembali menjejak kaki ke cinema. Fuhh, lama sungguh tu tak jejak TGV/GSC/MBO  okay. Personally first time tengok 007 kat cinema. Sebelum ni cuma tengok kat TV dan VCD sahaja.

Kalau tak silap antara ramai-ramai Bond, Daniel Craig adalah pelakon terbaik bond dalam sejarah 50 tahun filem Bond ni (baca review). Permulaan cerita ni lain dari filem yang lain-lain. Bond ditugaskan satu misi dengan partner (misi di Istanbul). Ya Allah cantiknya Istanbul. Kemudian partner tersalah shoot (dalam satu pergelutan di atas kereta api) dan bond pun tertembak dan mayat hilang di laut. Kemudian muncullah lagu Adele yang panjang tu beserta semua nama-nama yang terlibat dalam filem ni.

Bila M16 diserang, Bond muncul (bond sebenarnya masih hidup) kiranya dejavu lah untuk kembali bertugas. Dipendekkan cerita, untuk menyelesaikan misi ni beberapa negara terlibat seperti Macau dan Scotland. Effect filem ni pun menarik. Akhirnya misi selesai dan yang penting jawatan M diganti orang yang baru dan Q brand orang yang masih muda. (Nampak sangat tak pandai nak tulis review).

Cuma, masa aku tengok cerita ni ada beberapa persoalan yang aku sendiri tertanya dan nampak. Pertamanya of course lah Bond akan having a sex sebelum atau selepas misi. Kononya untuk membuatkan dia lebih bertenaga (correct me, if i'm wrong). Kemudian, manusia mencipta teknologi dan kemudiannya memusnahkannya dan teknologi jugalah yang menghancurkan dunia ini. Then, sebagai seorang ketua sesebuah organisasi tak semua keputusan kita itu betul dan kadang-kadang menghancurkan orang lain yang tidak bersalah. Kita boleh juga kaitkan, akan ada satu masa nanti bila semua teknologi hancur atau dimusnahkan disebabkan manusia, cara zaman kuno boleh digunakan. Akhir sekali aku tak faham apa motif sorang GRO sexy  kat Macau dalam cerita ni. Serius aku tak faham. Ok, fine sebagai batu loncatan untuk Bond jumpa dengan 'bos' penjahat lah dalam cerita ni. Tapi kalau tak ada pun, tak apa. Mungkin untuk makanan mata waktu tonton cerita ni kot. Yang penting....Bond tetap segak dengan kot dalam misi ini. kau mampu? Walau bond ni nampak sangat ketua-annya.





Adele!


happy watching. 



p/s : nak tengok zaiton ceritaku. Tapi tunggu lah keluar kat Youtube ke kan. Sebab?? Dulu masa aku tadika kot, semua paper cerita pasal dia. So haruslah nak tahu sejarah hidup dia.

2 comments:

Joni Dep said...

Walaupon menjanjikan sesuatu yang kononnya baru – tiada lagi kete sukan, tiada lagi gadget canggih, tiada lagi weapon of mass destruction, tiada lagi penjahat dengan world domination plan tapi penjahat yang lembut-lembut gitu, namun Skyfall still nampak biase je bagi aku.

-Movie Review: Skyfall Penuh Dengan Plot Yang Buduh. Baca di www.sinema.my

Dari sudut Hati kecilku said...



thx for leave comment

actually nak cakap.." SEBENARNYA FILEM NI TTG APA SEBENARNYA. SERIUS TAK FAHAM" ahaha