Sunday, November 25, 2012

Tak ada motif



Menyinggah. Tengah iron baju untuk pergi kelas awal pagi esok. Beginilah rutin ku selama 4 tahun ni (huii, kejap je masa berlalu). Tapi boring konon, nak tengok Daily motion nak tengok ulangan Adam Hawa yang aku missed! Lepas tu terbukak kat blog ni ye.

Semalam aku baru balik dari perjalanan yang jauh. Then akupun tak tahu kenapa mak aku selalu ingat aku pengecut duduk rumah sorang-sorang. Jadinya mak suruh abah balik dari tempat kerja kejap rumah tunggu aku. Sebabnya mak aku balik kampung selama seminggu. Adik aku message tak boleh blah takut-takutkan aku. Jadinya sampai rumah lampu rumah bapak aku pasang terang semua rumah. Tapi masa aku sampai, bapak aku tak ada. Tengok message bapak aku pergi beli makanan kat kedai.

Tak lama tu, bapak aku balik bawa tempe dan sebungkus tom yam. Bapak aku tanya aku dah makan ke. Tapi aku macam malas makan malam. Tapi tengok bapak aku makan sorang-sorang, akupun ambik pinggan dan cedok nasi yang bapak aku masak banyak gila (padahal dia sorang je kat rumah). Aku perasan dapur macam messy sikit. Yelah dah 2 hari mak aku kat kampung. Kesian bapak aku sorang-sorang. Tapi aku buang je mana yang patut dan yang nak basuh-basuh aku nak buat besok pagi jek.

Dan oleh kerana bapak aku terkocoh-kocoh nak pergi semula kerja, makanya aku sempat mandi dan basuh baju. Lepas tu buat air susu panas sebab perut tak sedap sambil tengok Shout Award 2012 dan kemudian tv tengok aku. Bila dengar bapak aku balik, aku masuk bilik dan yang penting tidur pasang lampu. Akupun tak tahu kenapa aku jadi pengecut (tapi aku rasa tak), tapi itulah yang mak aku selalu cakap.

Akupun tak tahu motif apa aku tulis ni. Boring mungkin. Tapinya aku kesian tengok bapak aku sorang-sorang kat rumah. Haha...

Tapinya aku perasan bapak aku dah getting older. me pun dah getting older. So? ......aku bukan nak menuakan diri, tapi aku kena sedar diri. 

ok. Off.  Esok tak tahulah mahu Re-test ke tidak. Tengoklah kalau aku rajin. 



No comments: