Tuesday, December 18, 2012

2012




Alhamdulillah dengan apa yang dilalui sepanjang 2012
Tahun yang paling menggembirakan bagi aku
segala rasa ada..Tapi ianya sangat bermakna..
Alhamdulillah dengan apa yang akhirnya ku temui jawapan itu.
Bila Allah memberikan jawapan, tandanya kita disayangi..(positif)
syukur....terjawab sudah persoalan.
apa yang terjadi, tidaklah dikesalkan.cumanya sekadar pengalaman.
yang penting, lebih memahami corak manusia itu berbeza.
aku kenal yang mana kaca yang mana permata.
aku belajar erti menghargai.
Bila mana sesuatu yang diberikan dengan ikhlas.
Biarpun kadang-kadang diri sendiri umpama batu.
Belajar erti "what you did, you get back, soon or later"
Belajar untuk tidak menyimpan dendam (cuba).
Memahami "karma is always around you"
samada kita sedar atau pun tidak.

Diri tidak sempurna, berlagak alim tidak sekali.
Maaf jika diri menunjuk alim dan menunjuk baik.
Terima kasih juga kerana ucapan sebegitu.
Ucapan umpama doa (terima kasih). :-)
semoga ianya tidak menjadi kudis dalam hati.

Apapun, Alhamdulillah bersyukur sangat.
dengan mereka yang sentiasa mengembirakan hatiku...
kamu tahu siapa kamu...
saya menghargai persahabatan ini..(sangat)...
persahabatan yang tidak diminta balasan..
cumanya pengertian untuk saling memahami...

Doakan diri sentiasa berubah menjadi wanita yang lebih baik..
Lebih positif, lebih gembira dan dapat mengembirakan orang lain.
Yang paling penting, doakan ku tamat belajar tahun depan!
Yang penting juga doakan saya menemui 'imam' saya...

Alhamdulillah banyak juga impian tercapai tahun ni.
Paling penting aku dah register pergi Haji (turn 2048).
Sangat jauh, tapi lebih kepada motivasi diri dan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Umrah akan menyusul dahulu dalam jangkamasa sebelum itu.

Semoga saya dapat mengembirakan keluarga dan orang-orang disekeliling saya.

Terima kasih 1433H/2012M :-)

saya akan merindui tahun ini...



No comments: