Wednesday, December 26, 2012

Ketentuan



Aku dah habis waktu kerja. Tapi mencuba nak study RC2 untuk test dan sekaligus study untuk Final exam next week. Tensi sebab mana nak dapat nilai h untuk foundation tu..Aku dah try guna formula, kenapa tak dapat? Tadi jumpa kawan aku kat SAJ, tapi silap aku jugak tak try depan dia, sebab fokus aku nak tanya pasal coloumn. Then tengah khusyuk bos dia pulak muncul. Terus mak laju-laju je tanya. So now, i is buka blog. nak release cuaks aku ni.

Lately ni ada je berita terkejut-terkejut. Actually sebenarnya dalam hidup ni kita kena pegang pada prinsip apa yang kita miliki bukan selama-lamanya hak kita. Pagi ini kita gembira, mungkin malam nanti kita sedih sangat.

Semalam aku terkejut (sebenarnya sampai sekarang aku macam tak percaya), kawan aku admit kat hospital cause terkejut sangat boyfriend dia meninggal. Sebabnya, pagi tu dia relax je whatapps aku cerita macam-macam. Petang dah kena masuk hospital. Mula-mula tak percaya (sebab dia memang suka pedajal aku). Tapi sebab dia tunjuk gambar bagai, oklah percayalah juga (walau sebenarnya sampai sekarang macam tak percaya). Kesian sebenarnya. Sebabnya aku rasa macam-macam planning diorang dah rancang untuk future, tup tup, lain pula. Tuhan lebih sayangkan bf dia. Mujur kawan aku ni tak meroyan sakan. Kalau tak, serius sangat kasihan. 

Dua minggu lepas, ada seorang akak masa aku induksi sama-sama. Tua tiga tahun dari aku. Sebenarnya kalau tengok dia, memang tak sangka usia dia dah lebih 30. Nampak sangat muda dan cute. Selama ni dia selalu post dia punya outdoor activity sebab dia sangat hardcore mendaki gunung (sampai ke luar negara). Lately dia dah reveal her future husband. Mungkin sebab dah nak settle down. Last two week, dia post yang   her fiancée passed away masa dalam bertugas. Oh sangat tragis aku rasa. Sebab tarikh nikah sangat-sangat close. Tumpang sedih. Sebabnya setelah lama nak menunggu menamatkan zaman bujang, jodoh tu tak berpihak pada dia. Sedih weii. Dia sangat-sangat lovely dan friendly. That why i can feel for her.

So, aku belajar erti apa yang kita miliki waktu ini tak semestinya menjadi hak kekal kita. Anytime kalau tuhan tu nak tarik balik, dia boleh buat. Tak payah pergi jauh, keluarga kita. Dulu masa kecik-kecik kita adik-beradik hari-hari dapat berjumpa. Bila dah besar, masing-masing dah ada keluarga sendiri, ada gap di situ. 

Teringat aku kisah kawan aku gak yang jadi wife hanya untuk dua bulan. Macam-macam cara dia nak buat untuk hilangkan dia punya meroyan tu. Tapi bila jumpa dia in person, dia sangat happy go lucky! sangat. Tapi, kalau kita baca ayat-ayat dia kat status or whatever...i can feel for her. Sebabnya, mostly yang happy go lucky ni, dalaman dia sangat contra. Tak mungkin juga assumption aku ni betul sangat. Tapi ni pendapat peribadi aku dan juga observation selama aku kenal dunia ni (cehwah). 

Sebab tu lah kot, sekarang aku tak macam dulu. Beriya sangat-sangat. Biasa-biasa je. Kalau anything nak plan pun, kalau aku rasa confirm baru aku suarakan. If tak, aku cakap sekali je. Karang cakap berulang kali, tapi tak menjadi, susah pulak. Mungkin aku tak sekuat mereka di atas. Sakit okay, bila dah menyerahkan hati bulat-bulat pada orang yang kita sayang ni. Ambil masa yang lama nak recover. Pehh, ayat aku macam Dr.Cinta pulaks. 

Hopefully ini semua hikmah yang baik buat ketiga-tiga kawan aku tu. Kisah kita tak sama. Tapi aku boleh rasa. Aku juga tak sekuat mereka dan ternyata mereka sangat kuat, sebab tu mereka boleh survive. Allah bersama kita. Belive lah! 

okay, nak balik....mandi, dan sambung study!

next week start cuti panjang! Yay! (not yay,....sebab kena study)

xoxo



No comments: