Saturday, December 29, 2012

Tu dia.....




Sekarangni ramai pulak budak-budak sekolah yang baru nak ada FB kan. Fb aku pun ada jugak budak sekolah. Kawan-kawan adik aku memang ramai yang nak add aku. Tapi tak adanya aku nak approved. Sebabnya aku rasa tak boleh gi dengan bahasa budak-budak sekarang. Bajet macam retis lah pulak kan. 

Aku jarang bukak FB. kat opis jek lah. Ni pun aku bukak sebab aku ada order online peplum Top dari Ayus. Nak ambik no.akaun dari Message. Then mata mak terpandang kat 'home' update. Tak ada maknanya aku nak stalker. Everything yang ada kat TL aku baca. Lagipun bukan ramai sgt follower. Ternampak lah budak sekolah darjah 3 ni punya status. Rare kan aku friend dengan budak darjah 3. Actually anak ex-bos aku kat JPM dulu. Kenal sejak dia 2 tahun lebih macam tu. Tak kan aku tak nak accept, sebab dah close gila dengan family dia. Tapi memang tak boleh blah lah status dia selalunya. Tapi aku faham, sebab dia sunyi. Tak ada orang nak layan dia. Abang dah kerja, tinggal dengan mak. Ayah dah meninggal. 

Cuma hari ini je aku rasa macam nak comment. Laju je tangan aku menaip. Sebab tengok ayat gaduh-gaduh budak-budak kan. Saje je....




Kah kah kah...matiklah, lepas ni ada orang appoint " akak poyo" kat aku. Tak pun "bajet bagus".
Lantaklah dik, akak tak kisah....Kalau orang dewasa pun boleh cakap kat akak macam tu, ni setakat budak sekolah rendah, tak ada hal lah dik...


Kelakar pun ada tengok budak-budak ni guna FB. Adik aku pun, aku selalu interrupt kalau status and komen kawan-kawan sekolah dia mengarut-ngarut. Penyibuk kan aku... Busy body pun iya. Paling tak boleh blah, sebab ayat aku jadi aq, takpun hujung-hujung ayat ada Z. Haaaa, memang nak kena bebel dengan aku. Walau pada dasarnya aku pun kadang-kadang guna shortform je dalam msg/chat ke kan. Tapi ini budak sekolah lagi. Sekolah beb. Nak tulis karangan nanti terikut-ikut. (padan muka ko dik jadi adik akak).kena bebel. 

So untuk membezakan aku dengan budak sekolah, aku guna full ayat. Hahaha, gila skima....skema ah...
Tapi aku tak boleh blah juga ada baya baya aku ni pun guna ayat-ayat budak sekolah lagi. Dah macam...errrr???...*mata ke atas tangan kat bahu*




No comments: