Tuesday, January 22, 2013

gemuk



Aku rasa aku dah gain weight. Still belum capai 55kg. tapinya aku memang dah terasa heavy lah.
Corak pemakanan maybe tak macam dulu. Ikut selera aku nak makan apa. Almaklumlah dah tak ada benda serabut aku nak fikirkan sangat, Alhamdulillah. Stamina aku quite okay. Excercise start balik since masa exam aku stop. Tapi sangat sangat tak selesa. Pakai seluar jeans rasa uncomfortable. tak tahulah kan kalau sebenarnya aku dah mula rasa tak selesa pakai ketat ketat ni. Tapi obvoius tak selesa.....

Bila pakai palazo mesti ada orang tu cakap aku macam makcik makcik. Lepas tu pakai baju cotton yang memberi ada orang cakap aku nampak gemuk. Ahh, maybelah aku dah gemuk. Rendah pulak tu. hahaha..Kirin and shuk selalu jadi pengomen tegar kalau aku pakai apa-apa. jangan aku buang baju aku kat recycle lagi sebab komen korang ye.

Btw, aku rasa okay je. Cuma, tak nak lah kurus sangat dan tak mahulah gemuk pun. which is scary lah jugak kalau betul betul gemuk. Tak salah pun gemuk, bergantung pada rasa confident diri sendiri.

Mungkin juga balasan Tuhan. Sebab aku selalu ejek adik bongsu aku gemok. Sampai budak tu tak jadi nak makan bila aku cakap gemok... gemok. Hambik kau...lepas tu akupun selalu komen kat Instagram kawan aku gambar gambar dia gemok (aku memain je sebenarnya, dia tak gemok pun.)..hambik kau...

Kita ni kalau nak nak dengar cakap orang sangat pun susah. Lagipun aku bukan fashionista sangat. Tapi, kadang-kadang perlu juga dengar apa orang cakap. Sebab orang lain yang tengok kita. Nanti perasan macam remaja pakai skirt bunga bunga, topi gedoboh. kasut wedges kat tepi pantai. sekali tengok peh, meriah nya dari belakang mesti cantik. Tengok depan...fulamak...makcik rupanya. (eh......macam pernah nampak)..

 Yang penting, jangan rasa je dah gain weight tapi inisiatif tak ada ye diri...

No comments: