Wednesday, January 30, 2013

Hiking Broga Hill : My Journal



Aku punya banyak masa nak menulis ni (poyo, padahal berapa lama dah draft). Jadinya aku jadikan cerita hiking aku sebagai journal. Ala, Broga je kot. Bukan tinggi mana pun. Plus, masuk kali ni aku dah tiga kali naik. So aku dah hafal sikit track. CUMA aku hanya sampai satu puncak je sebelum ini. Kali ni lagi best sebab, umpama reunion my bff's.

Begini ceritanya, mula mula hanya discussion gitu-gitu je kat group whatapps. Aku just plan. Tapi proper planning aku tak decide. Sebab masa tu aku sungguh busy dengan segala macam hal sekolah kan. So hanya decide last week hari pertama untuk semua ini. Untung aku punya kawan yang sentiasa push aku. Kah kah, kalau tak, hanyalah terbang dibawa angin yang berlalu gitu. Untuk group hiking kali ini kitaorang decide jumpa terus kat kaki Broga.

12.00 am (Jumaat malam)

Oleh kerana Alin decide tak nak kitaorang drive dari Johor. Maka aku dan Shima tunggu bas ke Seremban, since dia nak pick up kitaorang. Aku pun tak sangka Shima nak join hiking (Proud with you babe). Dan...ini juga pertama kali Shima join the group since dia baru habis Master dan kembali kerja kat JB. So, malam tu hujan kejap-kejap mula-mula. Kitaorang tunggu bas kat Seri Puteri. Banyak lah yang di borakkan. Almaklumlah dari zaman Diploma, ni lah yang baru jumpa betul-betul. Bila hujan lebat, berlari kat bangunan yang hampir berteduh. Bila dah reda lari balik tepi jalan. Sebab tak sure bas yang mana almaklumlah malam. Memang berhujan lecun sambil berborak. Pukul 1 lebih kot baru bas sampai. Dalam bas aku terus tidur. Penat beb dari siang kat office. Tiba-tiba kat Yong Peng berhenti (which is aku tak suka naik bas selain KKKL dan Konsortium, nasib baik tak ada yang pergi Seremban). Lepas tu tukar bas lain...hahahaha...entah apa-apa..


4.30 am (Terminal One Seremban)

Punya lama kot aku tak datang Terminal One ni. Okay aku rasa sejak zaman aku study kat PD sampailah aku dah bertahun tinggalkan zaman tu, Terminal One memang SAMA. So, tak perlu risau susun letak kedai bagai. Sebab SAMA. Sementara tunggu Alin pick up kitaorang, aku rasa nak tidur kat kerusi. Tiba-tiba ada mamat Pakistan approach Shima suruh call kawan dia. Okay dah scary dah. Dah lah pagi buta. Orang tak ramai. Bolehlah dikira dengan jari. Macam pelik. Nasib Shima buat tak layan.


4.45 am (bertolak ke Semenyih)

Planning asal pukul 5.00 pagi dah ada kat Broga. Tapi biasalah, atas faktor geografi masa tu diabaikan. Aku pun mula-mula rasa was-was. Takut group kitaorang je hiking pagi buta. Dah lah semua perempuan. Tapi aku postifkan diri, sebab aku dah pernah pergi. Cuma sebelum ni pergi petang. Pagi lain sikit.

5.30 am (Broga, Semenyih)

Kebetulan kitaorang sampai, zam dan ziha pun sama-sama sampai. Apa yang aku fikir sangat meleset. Punyalah ramai kereta kat parking. Perasaan gusar (ayat skema) tu 100% hilang. Lebih excited sebab rammmmai sangat orang pagi ni. Track pun aku tengok lebih senang dari yang dulu, maybe dah ramai yang pergi. Jadi jalan pun dah tak adalah semak sangat. Cuma pagi tu hujan renyai-renyai. Jalan licin. Masa kitaorang naik, ada sekumpulan mat salleh dah turun. Bayangkan pukul berapa diorang kat atas dah kan.

Bila ramai sangat group, ada sesetengah tempat jammed. Tapi, alhamdulillah hiking kali ni aku sekali je stop. Mungkin juga momentum hiking pagi tu lain tau. Dengan udara fresh dan yang paling penting aku tak nampak track yang scary2. Almaklumlah, mak kan gayat. Mungkin juga stamina zam membuatkan aku lebih bermotivated. Cuma kesian lah kat Alin dan Shima. Aku lupa sangat. Tapi aku tak risau sangat, sebab ramai orang.


6.15 am (Reach First Peak)

Paling penting aku boleh overcome fear factor gayat aku bila nak naik first peak. Dua kali aku naik, dan aku rasa sangat gayat bila pandang bawah. Oleh kerana masa aku naik ni gelap, aku boleh naik tanpa melalui jalan yang jauh sikit tapi sedikit selesa. Fuhhh,....kalau petang ..jangan haraplah kan..Rela aku lalu jalan jauh sikit.

Masa kat sini, memang ramai sangat grouping. Sebab nak tunggu sunrise kan. Ada yang solat subuh, tidur, makan dan chit chat. Sementara menunggu Alin dan Shima.



waktu ni kami sedang menunggu Shima.
Still dark okay...



walau di mana kita berada, solat jangan lupa. Allah tu tahu apa yang kita buat walau dalam tempat tersembunyi (Bajet alim tak mak?)..
walaupun kain pelekat tu pinjap group lelaki kat sebelah tempat kitaorang berehat.
Walau tak kenal, tapi bab ni diorang baik hati bagi pinjam.

p/s; kalau pergi gunung or tempat tu tak ada sumber mata air...gunakan air mineral yg kita bawa. Kalau biasanya kita basuh tiga kali setiap anggota wajib, tapi kat sini basuh sekali sahaja anggota wajib. (thank you Zatul for a good sharing)


7.10 am (Shima reach first peak)

Alin dah bising-bising kat aku sebab tak tunggu Shima. Almaklumlah, bila dah excited aku jadi lupa. Plus aku tak risau sangat track kat Broga ni tak adalah scary the movie sangat. Lagipun ramai orang, tapi lain group. Plus diorang sangat-sangat membantu kalau kita stuck eventhgouth kita tak kenal pun group tu. Tapi bila call shima tak dapat-dapat, aku jadi cuak lah jugak. Kira dah macam organizer yang tak bertanggungjawab lah kan. (organizer lah sangat kan).

Oleh kerana atas desakan mereka yang ada kat situ (group kami), aku pun meninjau-ninjau je lah dari atas puncak tu kot kot kelibat shima ada. Nak suruh aku turun dan cari dia, aku rasa macam lambat sikit lah. Sebab matahari dah mula nampak sikit-sikit. Tapi tak adalah terang sangat, sebab pagi tu hujan renyai-renyai. Scary lah mak nak naik semula. Ada yang mak duduk je kat bawah tak naik-naik okay. Aku call shima semula, nasib dapat. Dia cakap dia kat lereng bukit je dah nak naik.

Tiba-tiba aku perasan baju kaler merah. Yea, dah agak dah itu dia minah tu. Akhirnya. Aku dengan Alin bagi semangatlah " Shima! Shima!". Ada chienese group yang duduk kat lereng bukit tu pun ikut sekali jerit. Eh? oklah jugak. Tiba-tiba aku perasan ada sesi bergurau senda kat bawah tu, siap nak main tolak-tolak. Ewah belakang shima ada mamat baju merah belang-belang. Ceh, patutlah lambat naik. Dapat skandal baru rupanya kat bawah. Sampai atas je, memang kenalah kan aku kenakan dia. Lagi-lagi Alin, memang hantu mengusik kan.



Subhanallah ..cantiknya ciptaan Allah...
walaupun masa tu sunrise tak berapa nak muncul sebab pagi tu kan hujan renyai-renyai...




Akhirnya group hiking complete!!
so apalagi group photo lah kan...



7.30 am (heading to second peak)

Lepas Shima dah ambik nafas yang secukupnya...kitaorang pergi ke second peak. Peak yang ke dua ni tak berapa nak tricky..Still okay..Suka dengan environment pagi kat sini. Orang suka nak ambik gambar kan..Tengok dalam gambar pun dah membuktikannya...





Second peak..Kenapa 4 orang? Mana Shima weh??
Hahaha...dia kami tinggalkan di bawah kerana dia cakap dia dah tak larat dah masa tu..

Kat sini adalah 15 minit kitaorang stay. Sebabnya dok fikir nak ke tak nak naik third peak tu.
Sambil tu berborak-borak dengan group-group yang ada kat situ.
Yang penting memang banyak telatah yang nak gelak pun ada. 




Tu dia peak yang ketiga...

8.15 pagi (Reach to third peak)

Third peak ni agak tricky. Actually tempat ni macam bongkah batu yang besar macam tu. Agak susah jugak, sebab licin. Nasib ada group yang dah sampai tu sudi menolong untuk sampai kat landing tu. Tulah kelebihan bila pergi ada ramai group, sebab diorang sangat bekerjasama dan menolong walau tak kenal pun. Akupun
 a bit cuak sebab aku dah terfikir badan aku muat ke nak melangkah kat bongkah batu yang ruang dia sempit tu. Then kalau silap langkah, boleh terjatuh . Tapi alhamdulillah lepas. 




our mission is complete!
400 or 440 m dari aras laut (kalau tak silap)


9.30 am (turun ke bawah)

Kat third peak ni lama sikit landing. Siap makan lagi. Nak masuk gunung tokwan, tapi a bit scary kata group yang lain yang dah masuk sekerat jalan kat situ. Bila tengok hujan rintik-rintik mula turun, baru lah kami nak turun. Untuk turun dari peak third and two aku tak kisah sangat. Tapi bila dah sampai kat peak one tu ada kisah sikit. Terus terfikir macamana nak overcome fear tu. Akhirnya aku lalu juga track  yang aku TAK NAK turun ikut situ. Itupun sebab ada group lain yang bagi cadangan and bagi tunjuk ajar macamana nak turun. Tu dia...Sampai juga aku turun ke bawah akhirnya.


Tempat ni dah semak. Dulu aku rasa masih boleh lagi ambik gambar kat buaian tu..




Scary part bila nak turun bukit...serius weh
nasiblah ada ramaiii sangat yang bagi support. Siap tunjukkan jalan mana yang patut lalu.



muka lega...


10.15 am (Parking kereta)

Kitaorang terus gerak nak breakfast kat Tesco. Oleh kerana tak ada banyak choice sangat, kitaorang makan kat Old Town je dalam tu. Then borak sampai tak ingat dunia sampai pukul 12 lebih. Lepas tu out of planning terus pergi PD.




Sempat singgah kat Teluk Kemang PD sekejap....

Akhir kata, aku rasa pengalaman hiking kali ni lain sangat. Paling penting overcome my fear factor and confident level (elehhh...ini semua poyo)...wah gitu..apapun, perjumpaan dan unproper planning ni best sangat. Sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan diorang ni.

Last, looking forward untuk activity lain. Tapi kalau zam dah pregnant, dia tak boleh join...haha


No comments: