Friday, January 25, 2013

Short Vacation : Port Dickson



Aku punya masa yang agak senggang untuk sebulan ni. Makanya bolehlah spent time buat aktiviti tertentu. Last wekend, short planning sebenarnya lepas hiking aku dan 2 orang lagi geng bermalam di PD. Tempat yang bukan luar biasa pada kitaorang. Dulu tempat ni adalah tempat menuntut ilmu bagi aku dan rakan-rakan dan juga lokasi pertama aku bekerja lepas habis je final exam waktu Diploma.

PD tak banyak berubah. Masih seperti dulu. Kedai Cendol + Pisang goreng bawah pokok besar dan tepi jalan kat Taman Orkid yang dulunya menjadi tempat kitaorang lepas habis je kelas petang masih wujud lagi. Makin besar. Selama aku duduk PD, sejujurnya tak pernah mandi pantai. Cuma sekali je waktu dah nak habis belajar waktu tu. Itu je lah sekali..

Pantai kat PD banyak. Hampir semua dah pergi. Tapi tak jakun sangat lah dulu. Sebab hari-hari nampak pantai. Kalau orang luar datang PD mesti pergi Teluk Kemang. Padahal masa duduk sini, pantai tu tak famous pun pada orang tempatan. Kalau untuk kitaorang ni, Pantai Poli tu lah yang kat belakang Laguna tu lah yang paling famous..

Bila dah jumpa, banyak cerita yang keluar dulu-dulu. Tempat dating, tempat makan yang best, tempat buat kerja ukur, naik motor sampai mana, Minta mangga kat rumah auntie lah, bla bla...Memories tu datang tiba-tiba.



Motif?
Alin cakap zam suka bergambar macam ni. Aku rasa memang tak lah kan. Ada lah satu je kot..

Kenal minah ni masa nak cari rumah sewa masa hari register. Almaklumlah, aku masa tu baru pindah dari Kuantan kat PD ni. Walau dia lain course sebab dia ambik Elektrik, tapi sampai sekarang kitaorang keep in touch walau jauh je lokasi kami kan. Kenal mula-mula aku tak dapat rentak bergurau kasar orang Negeri ni.. Sentap lah juga mula-mula. Lama-lama dah terbiasa sampai sekarang, tak adannya aku nak sentap ...




PD ada satu lagi lokasi baru. PD waterfront kat Bandar PD..
Kalau dulu aku tak rasa PD best, apa-apa je pergi Seremban..

Malam tu ada perasmian tempat ni by MB. Tapi yang tak best masa persembahan artis. Sorry lah, kalau setakat nak nyanyi tapi suruh penonton menyanyi sekali sebab suara tak sampai, aku rasa buat rugi je penganjur bayar kat Saida tu. Sorry kak, suara akak tak sedap langsung tau.




Throw back memories here...

Zaman waktu Diploma kami berlangsung kat sini...
Shima sama class dengan aku. Cuma dia lagi advance sebab dah ada master sekarang.
Bila kira-kira matematik balik, dah lama rupanya zaman Diploma kan kan...





Next location adalah Blue Lagoon..
Favorite beach kat PD....

Sebab? pantainya memang cantik tak macam Teluk Kemang yang tak nak berapa cantik..
Kalau nak memancing, kat Pantai Cermin dekat je dengan tempat ni..
Kalau nak hiking, pergilah Tanjung Tuan yang tak jauh dari Ilham Resort..
Semuanya kat area-area ni jugak...



Hanya mampu bermain air sebab waktu ni dah pukul 12 lebih..



Blue Lagoon


Rupanya dah jauh perjalanan hidup aku ni. Sepanjang tinggalkan zaman belajar dah banyak yang berlaku. Antara sedar tak sedar kan.....


Salam Maulidur Rasul

No comments: