Tuesday, February 5, 2013

Akibat tak boleh tidur



Yes.aku tak boleh tidur ni. Confuse kejap dengan mata aku ni.Padahal esok aku ada benda penting nak kena settle kan. Habis dah aku baca buku 'Act like woman, think like man'. Tapi confuse jugak sebab mata tak boleh lelap. Normally aku suka layan mata aku dengan membaca sebelum tidur. Tapi salahkan diri juga sebab masa baca tu aku cuba applikasikan dengan segala benda kejadian dan pengalaman dan juga yang masih wujud dalam hidup aku bagi memahami apa yang penulis tu cuba cakap. walaupun aku tak adalah memikir terlalu jauh.
 
Azam aku tahun ni adalah untuk tidak mudah sentap. Aku rasa aku dah boleh balance sikap positif yang aku dah pupuk dari last year. Tapi biasalah kita kan manusia biasa. Iman pun kadang-kadang diuji. Kadang-kadang terpelot sikit. Tapi bila dah terasa tu, kenalah bagi balancing balik. Hah, lagi satu tak nak jadi gossiper. Well, perempuan lah katakan. Nak kurang kan sikit lah. (ini semua poyoo).
 
Aku kan sekarang adalah sangat 'reserve'. Susah sikit kot nak sharing bodo-bodo kisah personal macam zaman dulu. Dulu aku rasa macam tak kisah sangat. Tapi sekarang aku rasa aku lebih memilih dengan siapa aku nak cerita. Sebabnya, kadang-kadang orang ni ambik kesempatan dan salah faham motif kita ni bercerita. Umpama macam ni je lah, "aku rasa dia ni suka kat aku..uiii takut ahhh nak lepak dengan dia lagi"...Padahal sebaliknya " hoi, aku cuma cerita. Aku memang macam ni". Nampak tak beza apa yang kita fikir sebenarnya.
 
Back to buku yang aku baca tu. Aku dah baca adalah 3 kali masuk malam ni. Tadi pun aku tak tahu nak baca buku apa sejak aku dah habiskan novel 7 hari mencintaiku (gila weh tak tidur semalaman dan siap nangis-nangis sebab sedih gila cerita tu). Apa yang aku dapat? actually banyak yang we as perempuan kena tahu apa yang sebenarnya lelaki ni perlukan dari seorang perempuan. Adakah sebenarnya lelaki tu nak jadikan perempuan tu 'ikan mainan' atau 'ikan peliharaan'. Even penulis ni bukan muslim, tapi ilmu tu tak kira dari siapa pun kan. Asalkan tak melanggar syariat Islam, tak salah adopt. Amboihhh, bajet alim tak aku? haha. Since ada orang dah labelkan dengan ayat tu, aku memang suka nak guna. Wah gitu.
 
Back to buku di atas, aku kan rasa kan aku boleh dapat jawapan dari apa yang pernah aku alami dan apa yang wujud dalam hidup aku sekarang. Dulu keadaannnya mungkin berbeza dan sekarang pun agak berbeza. Tapikan, aku pun tak faham bagi sesetengah orang yang cakap " please open your mind, don't mental block. You still young and you have fun with your life". Tapi kan kalau ayat tu masa umur aku remaja aku rasa aku boleh hadam. Sekarang ni aku anggap itu 'ayat perangkap' jek. Well, siapa yang faham akan fahamlah. Senang je, masing-masing ada cara untuk enjoy dengan life. Aku rasa, aku okay je dengan life sekarang walau tak moden macam kamu kan. Bukan lah nak cakap yang aku ni baik sangat. Tidak lah. Kalau kita pernah buat silap, tapi kita tak belajar dari kesilapan...aku rasa...okay, tak payah habis kan ayat. Nanti ada orang kata aku bajet bagus kan.
 
Typical orang kita pandang orang perempuan yang baya baya aku ni tak kahwin-kahwin ni macam 'something'. Boleh tak aku nak cakap, zaman aku stress sebab tak kahwin-kahwin tu dah lepas. Maksud aku, zaman aku jadi risau sangat dengan kata-kata orang. Bukanlah aku tak memikirkan tentang hidup bekerluarga. Fikirlah juga. Kena fikir. Cumanya, aku kan kesian dengan mak aku. Tahu je lah typical melayu kampung ni. Tapi aku tak salahkan orang-orang kampung ni. Cumanya aku rasa kan, satu je nak overcome semua ni. Jangan lari dari face dengan komuniti di sekeliling. Maksudnya kalau ada majlis kahwin jiran tetangga,kenduri ke..jengguk lah muka. Aku rasakan ini salah satu cara nak overcome semua ni. Aku rasa muka aku dah tebal dah. Macam, lantaklah kan makcik-makcik kepochi, takpun anak-anak dia yang kepochi.
 
Aku ada kenal ramai wanita yang 30-an dan masih single. Mesti ada sebab mengapa dan kenapa.  Kita tak tahu cerita mereka. Kadang-kadang ada yang nak berbakti dengan keluarga. Aku ingat lagi ayat Prof.Muhaya. Ayat dia sangat positif " kalau niat kita nak berbakti pada keluarga, wanita ini harus dipuji. Ada pahala untuknya".  Yang lebih penting diorang tu berdiri atas kaki sendiri. Biasalah kan, bila kita lebih sesuatu kita akan kurang pada sesuatu. Cumanya sekurang-kurangnya mereka bukan kaki kikis. Sekarang ni aku rasa ramai je lelaki yang 'tak budiman'. Mempergunakan perempuan. Give and take itu penting (dalam r/tangga), tapi kalau nak mengikis duit perempuan (macam cerita perempuan syurga kat TV 3 tu), well "where your dignity? Tak malu ke?". Kalau perempuan tu ikhlas dan memang mampu aku rasa tak apa. Tapi, kalau sebaliknya? Ada trick diorang ni bila nak gunakan kita ( Aku bercakap dari benda yang fakta dan sangat general dan dengan apa yang terjadi pada kawan-kawan dan sekeliling). Tapi tak apalah, past is past. move on kan. Lagipun hidup ni ada karma. Diorang pun ada mak, adik-beradik, saudara-mara dan anak-anak perempuan.
 
Housemate aku pernah cerita yang officemate dia terpaksa menanggung hutang 'along' atas sebab wang yang bf o/mate dia pinjam atas nama dia. Dah dapat duit, lelaki tu lari. Sekarang dengan kad along pegang, duit gaji dia habis bayar hutang along. Bukan satu along pulak tu. Kesian sangat. Macam tak percaya, ada erk orang yang buat macam tu. Biasalah perempuan ni, nak menunjukkan kesetian dan sayang konon dengan cara macam tu. Padahal side lelaki tu pulak " yes, ada chance aku nak gunakan dia ni". Well brother, what you did you get back soon or later.
 
psst: untuk kisah di atas ..aku tak adalah kaya dan berjaya pun sangat. So so je. almaklumlah kerja SYMP ni berapa sangat lah kan daripada orang yang kerja sector swasta.
 
akhir kata sebelum aku merepek meraban yang tak tentu hala ni, baik aku habiskan ayat. Kalau ada yang terasa dengan ayat aku, aku minta maaf (kalau terbaca). Benda ni sangat general dan bukan nak point sesiapa pun.


Jam 2.53 am. hoii gila..esok ada benda penting nak buat tapi tak boleh tidur #pitamjap

No comments: