Wednesday, February 13, 2013

Bila Mak Mengandung Lagi






Tajuk drama kat astro. Best lah jugak. Tapi motif sebenarnya nak menulis pasal adik aku.

my youngest sister,  form 4 dah. Masa dia balik asrama dia baru tengok cerita ni (almaklumlah astro kan ada ulangan-ulangan). So satu malam tu duduk tengok tv. Dia duduk kat sebelah mak aku.
lepas tu dia melesit-melesit dengan mak aku. Then dia cakap;

" kak, tengok mak mengandung lagi"
sambil pegang perut mak aku yang buncit

" oklah tu dik. Pasni kitaorang panggil adik 'akak adik' "

" Tak nak tak nak. Biar adik je yang last. Tak boleh ada yang lain"

" ok lah tu. kitaorang tak kisah. sebab lepas ni adik yang kena jaga baby. Kitaorang dah tak nak jaga dah"

" Tak eh. Kalau ada adik lagi, adik balik hari raya je"

Kitaorang dah start gelak ramai-ramai kat dia.

" mak, tak payah mengandung lagi. Biar perut mak macam busung  (boncit) sampai bila-bila"

hahaha..nampak tahap kejeleousan kau melampau dik.
sebab selama ni semua kelebihan kau dapat. (kitaorang tak jeleous lah sebab dah besar)
jangan tak tahu, mak aku siap belikan dia losyen fellina yang aku berkira-kira nak beli. Dengan harapan dia boleh kuruskan badan. 

Yang penting bila dia start buka cerita tu, kitaorangada 'bahan' nak kenakan dia.
padahal mak aku bukan boleh mengandung lagik.

p/s : bila aku teringat balik, senyum sorang-sorang je.


us..recently



No comments: